Alunan Lembah Kesepian mengiringi saat aku melewati garismasa mukabuku. Paparan teman tentang ibu, ayah dan neneknya menangkap perhatian. Lantas terbit rasa rindu pada mama, abah dan nenek.
Sungguh waktunya telah tiba. Waktu yang mana tanggungjawab dan tugas sebagai anak sedang menguji. Ya Allah, permudah urusan diriku dan keluargaku dalam apa jua bentuk dan rupanya. Kekalkan aku dan orang aku sayang atas jalanMu dan tempatkan kami dalam reda dan berkahMu.
Rindu bertandang.
Isnin, Disember 16, 2019
Ahad, Mac 08, 2015
Dengan Tenang
Setahun yang lalu. Aku datang bertugas seperti biasa. Syif pagi yang selalu dimulakan dengan sedikit mengantuk dan perasaan berat. Ah biasalah. Pagi yang gelap seperti itu pasti mengundang sensasi tidur yang lebih daripada biasa. Dan tidak aku tahu kegelapan itu mengandung misteri yang sehingga sekarang belum bisa dirungkaikan.
Aku di Sektor 4. Latihan tugas yang masuk purnama kedua. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari, masih banyak aspek pengawalan trafik udara yang perlu dipertingkat. Masih banyak pengalaman yang perlu ditempa selari dengan masa. Pertukaran syif, ambil alih tugas berjalan lancar dan rapi. Lalu mengapa masih ramai yang belum beransur pulang?
Kecoh tentang kehilangan pesawat itu sampai juga ke pengetahuan kami. Pesawat nasional. Di ruang udara perantaraan. Terputus hubungan sudah beberapa jam. Disyaki terhempas. Juga teori lain mengatakan ia mendarat mengejut di lapangan terbang di suatu lokasi terpencil. Tentang tempoh waktu lama yang diambil pihak jiran berhubung ketiadaan komunikasi dan paparan radar.
Perkara ini menjadi bahan bualan kami satu jabatan. Sekejap kemudian ia menjadi perhatian seluruh dunia. Lalu massa menanti penuh harap akan apa sudahnya. Mencari bukti fizikal dan bukan fizikal, mencipta teori dan konspirasi, menambah ikhtiar, usaha, doa dan tawakal. Sungguh ghaibnya hanya Pencipta yang tahu. Setahun dan kita terus menghitung.
Moga dalam kebaikan.

Khamis, Februari 05, 2015
Kod da Vinci
Rebiu yang terlalu baik. Terlalu diplomasi. Entah apa yang telah dihurai sirat dan surat. Pada akhirnya hanya simpulan mati yang ketara. Simpul selamat yang menjerat. Simpul yang menaikkan amarah. Simpul yang tadinya seakan jadi penyudah, tapi rupa-rupanya permulaan setelah noktah.
Kasih, telah terlalu banyak ihsan yang kau beri. Dan aku minta-minta lagi. Fahammu. Toleransi. Tarik tolak dan ansurannya. Kerana sifat tamakku ini. Mahu semuanya dan lebih lagi. Setiap bucu dan setiap inci. Aku tahu kau mengerti dan pasrah mendepani. Setiap kali.
Terima dan ambillah kasih ini. Jangan ujar ia masih ditimbang-timbang lagi.

Selasa, November 18, 2014
Secalit Merah Dalam Legap Malam
Kipas siling berputar dengan kelajuan 2. Efek bunyi jenteranya adalah bukti tiada sempurna abadi dalam ciptaan makhluk. Ia mengganggu malam. Kicau unggas terus-menerus meneman sang bulan yang terlindung di balik awan-gemawan gelita. Guruh kedengaran jauh sayup tetapi teguh dan meyakinkan. Kilat membawa cahaya sekali-sekala. Cicak begitu nakal meluruhkan isi burit. Meminta caci penghuni rumah keesokan pagi.
Situasi ini. Ya, situasi yang begini begitu kondusif bagi hati manusia yang walang. Lama memikir adakah sang kekasih bisa nyenyak bersama pari-pari mimpi. Ah, mana mungkin. Hatinya sarat lara, kepalanya berat duka. Dan manusia walang itu lena bersama dosa-dosa yang dibawa sampai hari muka.
Sabtu, Oktober 04, 2014
Nota Diri
Aku bertanya. Allah itu di mana?
Jawabnya. Allah itu dekat sahaja.
Berdoalah dekat hati. Doa adalah tempat beristirehat bagi mereka yang miskin, tempat berteduh bagi yang gundah, dan kelegaan bagi yang terbakar api hasrat. -Kekasih Waktu, Noor Suraya-

Langgan:
Catatan (Atom)