
Sebenarnya aku sangat kagum dengan rakan-rakan yang begitu tekun dan dedikasi dalam pelajaran mereka. Di sini aku perlu akui yang perasaan cemburu dan iri hati sering muncul tatkala melihat induvidu yang sangat gigih mengulangkaji pelajaran. Dan itu yang sering aku alami semasa aku berada di kelas 5/2 dahulu. Ya, mereka semua ini sudahlah pandai, rajin pula tu. Nescaya tidak pelik kalau ada yang jarang melihat aku menghabiskan masa di dalam kelas sewaktu prep. Aku lebih suka ke hulu ke hilir merayau ke kelas lain seperti 5/3 dan 5/4 dan bergurau senda. Adakala aku juga sering bertandang ke Perkisas lantaran mahu menghilangkan sedikit tekanan yang datang dari kelas. (=P)
Setiap individu ada cara belajar yang tersendiri. "Lain padang lain belalang, lain orang lain pula ragam." Ada yang memang caranya menghabiskan masa berjam-jam membaca apa sahaja catatan dan tulisan dalam buku. Hinggakan setiap baris perkataan dihafal. Ada pula yang gemar membuat latihan untuk menambah kefahaman. Tak kurang juga yang jenis senang dapat, lalu baca sekali pun cukup. Ada jenis yang perlu belajar bersendirian di dalam keadaan senyap sunyi untuk memberi fokus. Ada yang lebih senang berada dalam study group. Macam-macam karenah.
Bagi aku, aku lebih suka cara belajar yang lebih santai. Diakui aku bukanlah seorang yang genius yang boleh faham sesuatu perkara dengan mudah. Aku juga bukan seorang yang rajin yang mampu untuk menghabiskan masa bersama buku 24/7. Kalau subjek pembacaan, fokus sangat mudah lari. Namun bila berada dalam keadaan yang senyap dan tenang, mudah pula mata terlelap. Selalunya aku belajar bila datang mood. Kalau mood untuk belajar datang, memang senang nak masuk. Tapi kalau tiada mood, sumbat macam mana pun, tak boleh masuk jugak.
Cara belajar seperti ini sangat berisiko. Sebab apa? Bagi orang seperti aku yang memang malas nak bersedia lebih awal, mood hanya datang bila keadaan menekan. Lalu persiapan kelam-kabut dan keputusan juga tak menentu. Alhamdulillah, setakat ini keputusan masih lagi memuaskan hati aku walaupun aku tau kalau diusahakan dengan lebih gigih lagi, aku mampu lakukan yang lebih baik. Dan untuk keluar dari kemelut masalah untuk rajin belajar ni sangatlah payah. Ditambah dengan kehadiran skrin komputer lengkap bersama talian internet, ia memang mencabar ketekunan. Dan aku masih kalah kepada diri sendiri.
Tapi bila difikirkan semula, memang beginilah cara aku belajar sedari dulu. Tak berubah walau sedikit. Masih selalu memanjakan diri. Dan aku tidak dapat membayangkan diri aku menjadi seorang yang sangat berhempas pulas. Bagaimana agaknya keadaan seperti itu? (beberapa wajah rakanku yang sangat rajin study terbayang dalam kotak fikiran kala ini..korang faham2 je la sapa kan..hehe) Jadi, marilah belajar. Juga pastikan semula, untuk apa dan untuk siapa kita belajar.
Entry ini khas untuk mereka yang sedang atau akan menghadapi kertas peperiksaan akhir masing-masing. Terima kasih.
p/s Mahu kenal lebih dekat dengan sistem pembelajaran di US especially di Iowa State ni? Sila layari pintasan berikut.
Ada apa dengan Iowa State Univ. 1
Ada apa dengan Iowa State Univ. 2