Pejam celik sudah 5 tahun alam persekolahan aku tinggalkan. Jadi berapa umur aku sekarang? Err, 17 + 5 = 22. Peh, tua siut. 5 tahun dahulu, pada tarikh yang sama seperti hari, apakah yang sedang dilakukan oleh seorang Mohd Shafiq Ramjis?
Sesungguhnya aku tidak tahu dan tidak ingat dengan jelas. Tapi apa yang boleh aku agak, aku mungkin sedang mengantuk kerana cuba memaksa diri untuk mengulangkaji. Di sekolah aku, persekitarannya memang sangat kondusif untuk belajar. Kalau tak konon-konon pegang buku, rasa macam berdosa. Sebab kebanyakan member memang rajin gila baca buku. (Adakah mereka juga seperti aku? Terpaksa berpura-pura belajar walhal keinginan tak serupa realiti?)
Minggu ini, bermulalah perjuangan adik-adik pelajar tingkatan 5 di Malaysia berperang dengan kertas soalan SPM. Rajinkah mereka seperti kawan-kawan aku dahulu? Atau pura-pura rajinkah mereka seperti aku yang dahulu? Semoga diberi kelapangan dada untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Semoga juga dipermudah urusan ketika di dewan peperiksaan. (Ye la, karang kalau time exam tiba-tiba perut sakit nak terberak, kan susah.)

Juga semoga berjaya kepada
Nur Akmal Aiza Binti Ramjis. No KP 910807-??-???? (Melampau la pulak sampai ingat No KP, KP mama dengan abah pun aku lupa. Hauhauhau) Bang Cik doakan. Insyaallah.
Oh, ya! Tajuk entri agak mengelirukan. Sebenarnya nak kasi tajuk SPM. Tapi macam singkat sangat.
* * * * *Keputusan UPSR meningkat lagi tahun ini. Berapa markah nak dapat A tahun ni ek? Masih nak teruskan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik lagi ke Hishamuddin?