Aku suka berjalan-jalan tempat orang. Tapi tak suka mengharungi perjalanan yang panjang. Rasa muak duduk dalam kereta/keretapi/kapal terbang/kapal laut/bot/gondola dan apa-apa lagi jenis pengangkutan dalam jangka waktu yang lama. OK. Nak cerita benda-benda yang jadi kat kitorang masa travel hari tu.
Manchester
Semua ok je. Hasila banyak tolong daripada airport, bawa jalan-jalan, carikan tempat berteduh, carikan tiket bola, ajar jalan laju-laju, bawa makan dan macam-macam lagi.
Liverpool
Nak study map kat stesen bas punyalah lama. Bila tanya nenek kat kaunter rupanya senang je jalan kat Liverpool. Sengal.
London
Salah timing. Berjalan time Christmas sah-sah tak ada tube apatah lagi bas. Jadi kerja mengangkut beg berjalan berbatu-batu nak pergi hotel. Yop ngan Farah pulak tertinggal serta sesat di bandaraya London. Tapi sesat-sesat pun masih boleh cakap English kira ok la. Daripada sesat kat Burkina Faso, baik sesat kat London.
Paris
Perjalanan yang sangat senang sebab ade tour guide budak Malaysia kat sana. So diorang ar tukang cakap, tukang tunjuk jalan, tukang beli tiket dan tukang tangkap gambar. Airport Beauvais kat Paris kecik nak mati. Lagi besar stesen bas Tanjong Sepat agaknya (gile auta). Tapi memang kecik ar.
Spain
Kat Spain memang banyak gile masalah. Nak sewa kereta kat Madrid tunggu sampai dekat 3 jam. Sebab kredit kad yop tak cukup kredit. Ulang alik kat kaunter tu 7-8 kali gak ar. Naik segan ngan minah Europcar tu. Dah tu, nak cari hotel punya la payah. 3 jam gak. Cari makan pun payah. Makan biskut je malam tu. Esoknya time makan kat restoran cina, sah-sah tak tau cakap English. Nak tanya ada tandas ke tak pun susah. Esok paginya kat Granada, kereta sewa kitorang kena pecah la pulak. Sengal. Terpaksa bawak gi airport tukar kereta baru. Kena charge 190 euro lagi sebab insurans tak cover. Lemau. Kat Barca sampai dalam pukul 3 pagi. Banyak gile pelacur wanita mahupun pondan berkeliaran depan Nou Camp.
Italy
Kat Italy tak ada peristiwa pasrah sangat. Rakyatnya sangat membantu walaupun muka cam ala-ala gangster je. Makan pun senang sebab banyak je kedai halal.Orang Rome aku rasa memang pantang ada dinding kosong. Ada je nak conteng ngan grafiti. Handbag Gucci, Prada jual tepi jalan je. (ni sah-sah cetak rompak) Tapi malam last kat Rome memang pasrah. Homeless depan terminal keretapi dengan sejuk gile dengan tak tahan nak kencing. Saving punya pasal.
Thank you! Merci! Gracias! Grazie!
Selasa, Februari 05, 2008
Khamis, Januari 17, 2008
menghapus jejak
Salam
Maaf lama tak bersua. Sudah hampir 3 minggu diserang penyakit alahan ini secara bertubi-tubi. Alhamdulilah dengan izinNya sudah hampir sembuh dan mampu menjalani hidup secara normal. (Ceh! Gaya cam dapat penyakit serius yang tak ada ubat mahupun vaksin je). Sebenarnya hari tu macam berhasrat menggantung papan kekunci dari alam blog ni. Sekali kerajaan boleh extend perkhidmatan ketua SPR lah pulak. Oleh sebab tak nak kalah, so extend gak la. Untuk entry istimewa penjelajahan ke bumi eropah. Lepas ni tak tau la dapat menulis lagi ke tak.
Nak cerita penjelajahan tu diringkaskan dalam 1 entry alamat panjang gile entry kali ni. So mungkin entry baru nanti la kot. 1 negara 1 entry. Jadi, tunggu saja la. Buat kali ini aku kepilkan gambar-gambar kenangan saja.

Jumaat, November 16, 2007
Cantik?

"Beauty lies in the eyes of the beholder"
Berbagai-bagai tafsiran, takrifan, penilaian, pandangan, terjemahan yang manusia cipta untuk menerangkan apa sebenarnya maksud tersirat dan tersurat perkataan CANTIK. Secara global, boleh aku simpulkan cantik itu bermakna sempurna. Obsesi masyarakat umum terhadap kecantikan menyebabkan media cetak juga elektronik berlumba mengetengahkan model jelita yang sempurna serba-serbi. Tiada cela. Persetankan itu seketika. Mari menjengah pendapat yang lebih realistik.
Kecantikan itu dinilai dari mata yang memandang. Ya. Aku setuju. Tapi bagaimana? Ada yang menilai mulus kulitnya, mancung hidungnya, mungil bibirnya, redup matanya, montok tubuhnya, baik perilakunya dan berbagai lagi. Citarasa setiap manusia berbeza. Bukan sahaja berbeza mengikut kaum, bangsa, keturunan malah setiap kujur tubuh yang berisi roh bergelar insan punya rasa berbeza.
Mahu contoh? Yang paling dekat dengan aku, budak-budak Iowa sendiri. Tidak lama dahulu, kami sama-sama dihiburkan dengan drama KAMI. (Ya, aku tahu cerita ini agak lagha). Anas obses dengan Adii (suka yang chubby katanya). Jimbo lebih gemarkan Sophie (cun habis). Dan aku pula lebih tertarik dengan Lynn (sebab adalah rahsia). Dan jikalau semua orang punya citarasa yang sama, alamat hanya seorang wanitalah yang kami sang lelaki rebutkan. Kacau dunia.
Dan dalam mencari teman sehidup (dan mungkin semati), kecantikan juga salah satu faktor penentu. Bohong kalau ada yang mengatakan tidak melihat rupa paras dalam mencari pasangan. (Kecuali yang ditakdirkan Tuhan cacat penglihatan). Malah Junjungan Besar Nabi Muhammad juga telah memberi garis panduan kepada kita umatnya tentang kriteria yang perlu diambilkira untuk mencari pasangan. Kecantikan, kekayaan, keturunan dan juga agama. Dan agamalah yang menjadi tunjang kebahagiaan selamanya.
Kesimpulannya, setiap manusia itu diciptakan cantik dn mempunyai keistimewaannya yang tersediri. Terserah bagaimana dirinya menjaga dan memelihara kecantikan itu dan bagaimana ia menilai kecantikan. Perlu kita bersyukur dengan kurniaan Allah terhadap penciptaanNya tak kira melalui perbuatan, perkataan dan juga hati. (ceh, macam jawab PQS je).
"Allahumma hassanta khalqi fa hassin khuluqi."
Rabu, November 14, 2007
Beckham - Kisah sedih di sebalik wajah tampan

Hujung minggu lepas aku dan beberapa rakan ke Minneapolis. Buat ke sekian kali. Kehadiran yang sedikit istimewa. Mahu menjadi saksi membuang tanggapan kurang manis rakyat kebanyakan di benua Amerika dan membuktikan David Robert Joseph Beckham 'is not just a pretty face'. Ya! Demi Beckham, aku korbankan masa dan wang ringgit. (Dan sememangnya pengorbanan ini berkadar lurus dengan perkataan 'Pembaziran').
Benar, kebanyakan gadis yang datang pada malam tersebut tergila-gilakan bekas ketua pasukan England itu. Malah kanak-kanak perempuan juga menghadapi sindrom kronik ini. Buktinya? Tanyakan sahaja nama pemain-pemain yang beraksi di atas padang malam itu. Pasti hanya satu nama yang akan keluar dari kotak suara gadis-gadis. DAVID BECKHAM! Lihat juga pada sepanduk yang dibawa. 'Marry me, Beckham!', 'Beckham, Take your shirt off!' 'We love you, Beckham!' dan bermacam lagi.
Tiada apa yang istimewa dalam permainan Beckham malam itu. Aksinya longlai, kurang berlari, juga beberapa hantara yang cuai. Namun semua itu ditutup dengan hantaran-hantaran jauh tepat yang mana memang sinonim dengan gaya permainannya. Mungkin disebabkan perlawanan tersebut yang kurang prestijnya juga alasan tambahan untuk mengelakkan kecederaan. Keseluruhan pasukan LA Galaxy juga tidak menunjukkan permainan meyakinkan di sebalik kemenangan mereka melalui penentuan sepakan penalti untuk membawa pulang Copa Minnesota.
Dan akhir sekali aku menyedari yang kedatangan Beckham di negara bukan bola sepak ini bukan untuk bermain di tahap tertinggi. Tiga faktor ini mungkin salah satu sebabnya:
1. Kontrak bernilai jutaan dolar lantas mengesahkan status dirinya sebagai figura bola sepak paling tinggi bayaran dan paling popular di dunia.
2. Mempromosi bola sepak di benua Amerika dan bertindak sebagai duta di sini disebabkan fenomena Beckham yang berstatus selebriti.
3. Takut bini. =p (boleh duduk kat sebelah rumah Tom Cruise)
*Ramai yang berkata rupa paras, pangkat dan harta bukan ukuran, tapi hati yang tulus, kudus dan luhur yang jadi keutamaan. Dan sampai sekarang aku masih sangsi dengan mereka yang sering mengungkapkannya.
-gambar belum ada lagi, dah dapat karang, aku upload-
Jumaat, November 02, 2007
Hikmah
Hari Selasa yang lalu. Usai kelas Bahasa Arab terus kuatur langkah menuju ke makmal berkomputer. Mahu terus ke perhentian bas pun terpaksa menanti kurang lebih 30 minit. Daripada melangut memerhati gadis-gadis bermata biru, baik aku melayar internet memeriksa peti masuk emel. Mana tahu aku ada terlepas pandang emel-emel penting kuliah.
Nah! Baru aku teringat. Patutnya aku ke Ames Police Department semalam. Ada sesuatu yang penting perlu aku selesaikan. Selepas log keluar daripada komputer, aku bergegas menanti bas Cyride No. 1 berwarna Merah. Dua tiga kali aku memeriksa waktu dan laluan bas tesebut agar tidak tersilap bas. Sampai di Downtown Ames, aku hilang arah. Terpinga-pinga mencari bangunan 515 Clark Avenue.
Rasanya tadi sudah masuk ke bangunan yang betul. Oleh sebab kurang yakin dengan diri sendiri, aku keluar semula. Menyeberang jalan memeriksa nombor bangunan yang lain. Sah. Bangunan tadi itulah yang sebenar-benar bangunan polis. Sengal. Buat penat saja. Masuk dengan hati yang berdebar. "Nak pergi meja yang mana satu ni? Police Records? Police Investigation/ FBI Cases? Arghh, terjah saja. Macam rancangan Melodi tu."
Selepas menerangkan tujuan kedatangan aku, lantas seorang pegawai polis yang sedang bertugas membawa aku ke bahagian rekod. Lama juga aku terpaksa menunggu. Tergagap-gagap aku masa polis tadi tanya macam-macam. Mujur semuanya berjalan dengan baik. 15 minit kemudian muncul seorang wanita bersama 1 fail. Fail rekod jenayah. Jenayah la sangat. Rekod barang yang dipulangkan kepada pihak polis.
Alhamdulillah. Dompet aku yang hilang kira-kira 2 tahun lepas telah dijumpai. Hilang di Movies 12. Ketika itu aku masih dalam semester pertama. Kehilangan tersebut berlaku kira-kira seminggu sebelum cuti Thanksgiving. Rencana kami seIowa State mahu menjelajah kawasan Midwest semasa cuti itu. Agak susah juga hidup tanpa dompet. Terpaksa ke sana sini memohon untuk kad baru, permit baru. Naik bas kena bayar $1. Dunia seolah-olah gelap. (Walaupun memang gelap pun sebab mendung je.)
Tapi siapa menyangka, setelah harapan untuk kembali menemui dompet tersebut terhenti, emel daripada Ames Police Department minggu lalu sangat mengejutkan. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui. Dia yang menentukan segalanya dan memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jadi setiap yang terjadi itu ada hikmah yang tidak terjangkau oleh kematangan akal fikiran kita. Oleh itu, kala datang musibah, banyakkanlah menyebut nama Allah dan jangan berhenti berdoa.
Petikan lirik lagu Hikmah (alaa..OST sinetron Hikmah yang pelakon dia Tamara Bleszinsky tu..)
O.. Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia-sia
Semua kan ada hikmahnya
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.'" (Al-Baqarah: 155-156)
Sebenarnya entri ini boleh diringkaskan menjadi 1 ayat saja. "Aku dah jumpa balik dompet aku yang hilang dua tahun lepas." Sekian.

Langgan:
Catatan (Atom)