Khamis, Oktober 01, 2009

Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Mohon maaf lahir dan batin.

* * * * *


Ops Sikap tahun perayaan kali ini menunjukkan statistik yang makin membimbangkan. Angka kematian menunjukkan jumlah yang terkorban tahun ini adalah yang kedua tertinggi sejak Ops Sikap dilancarkan beberapa tahun lalu. Patutkah pengguna jalan raya dan masyarakat awam umumnya menuding jari menyalahkan satu-satu pihak dalam erti kata mencari penyelesaian terhadap masalah ini? Nampaknya Ops Sikap yang dilancarkan masih belum mampu menangani sikap 'hanjin' kebanyakan pengguna jalan raya.

Namun bagi aku, ketika berada di atas jalan raya (tak kiralah sebagai pemandu kereta, penunggang motosikal malah pelistas jalan sekalipun) yang paling menakutkan adalah kehadiran lori-lori babi. Haram kau pemandu lori babi, tiap kali aku ada, mesti ko nak melintas. Maka kata-kata carutan mengalis deras dari mulut umpama menatang minyak yang penuh. Astaghfirullah.

Isnin, September 14, 2009

10

Ada satu iklan dekat Hot FM yang aku dengar pasal nombor 10. Kalau tak silap pasal iTalk kot. Dalam iklan tu ada sorang tanya member-member dia apa yang menarik pasal nombor 10. Ada yang jawab jersi bola dia nombor 10, plat kereta dia nombor 10, hari jadi dia 10 hb dan macam-macam lagi la. Akhir sekali mesejnya cuma nak cakap iTalk tu kadar dia hanya 10 sen per minit.

Jadi sempena 10 hari terakhir Ramadan ni, marilah sama-sama meningkatkan amal-amal baik. Kurangkan memaki-hamun ketika di jalan raya walaupun pemandu lain memandu macam haram. Banyakkan bersabar dan jangan lupa kewajipan sebagai seorang umat Islam dan seorang warganeraga yang bertatasusila. (dulu aku pernah minat sorang awek nama Suziela, hari tu terserempak dekar bazar Ramadan, sekarang dah free-hair)

Lagi satu, walaupun aku dikira sebagai orang tak berguna (sebab asyik menghabiskan beras mak bapak sendiri dan mak bapak orang lain), tapi sebagai remaja (chewah, remaja konon) aku sangat tak suka dengan fenomena hari ini yang aku perhatikan. Ramaja sekarang, malah kanak-kanak sekali, dah makin kurang ajar dan tak tau menghormati orang tua dan juga keadaan sekeliling.

Dahlah ponteng sekolah, hisap rokok, merempit depan rumah orang, lepas tu boleh selamba je minum todi. Masa bulan Ramadan pun bukan tau makan saman. Selamba menunjuk-nunjuk depan orang yang mereka tu tak puasa. Apakah akan terjadi dengan masa depan bangsa, agama dan negara agaknya?

Malas ar aku nak taip banyak-banyak dah. Korang pun bukan suka baca benda-benda macam ni kan. Korang pun jenis yang tutup mata je bila jumpa golongan-golongan macam ni. Agak-agaknya berdosa ke tak aku doakan yang buruk-buruk untuk diorang ha? Ya Allah ampunkan aku ye.

Khamis, Ogos 27, 2009

Puasa Yang Yuk

Assalamualaikum semua,

Tahun ini aku berpuasa di Malaysia. Setelah 4 tahun bersahur kurma dan air, kadang-kadang kurma sahaja, kadang-kadang air sahaja dan kadang-kadang terlepas sahur. Jadi kepada semua rakan-rakan dan saudara-mara serta bakal-bakal isteri, selamat menjalani ibadah berpuasa. Jangan mengelat ye.

Imanan wahtisaban..

Isnin, Jun 29, 2009

Kafe Siber

Dah dekat tiga minggu aku kat Malaysia. Apa aku buat?

Malas nak cari kerja. Ada tak kerja yang cari orang? Sedangkan perigi pon dah ada yang cari timba.

Tender hantar-ambil adik aku pergi-balik sekolah. Leceh gila. Nasib baik tak bertembung dengan siaran sinetron Upik Abu dan Laura. Oh My Gosh!

Isi minyak moto dan beli surat khabar. Sambil menghirup udara segar. Dan menggunakan duit ibu bapa dengan hati girang.

Rewang. Setelah letih menggoreng kentang dan menjaga apinya sekali, aku memutuskan untuk menjadi jurukamera tanpa gaji. Juga berjumpa dengan dua pupu-dua pupu wanita yang tidak pernah aku kenal. Kekeke.

So, bila nak kerja ni? Tunggu raya? Ala, pikir besok la. Ciao, dah nak sejam kat cc ni..lol

Sabtu, Jun 06, 2009

Pernahkah Kau Merasa~

*Ada seorang pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Setelah kelas persediaan dan ujian khas untuk melayakkan beliau ke sana, akhirnya tiba waktu untuk berlepas. Dalam fikiran pelajar itu, tiada satu pun yang mengujakan untuk terbang ke destinasi itu. Fikiran beliau mula terfikir perkara-perkara yang di luar kehendak manusia. Kapal terbang jatuh terhempas, serangan sakit jantung, pengebom berani mati, apa sahaja yang boleh menghalang penerbangan. Malah mati itu adalah opsyen terbaik kerana beliau sanggup menghadapi itu dari menghadapi sebuah perubahan.

*Ada seorang pelajar yang tidak suka langsung membuat presentasi di hadapan audiens. Setiap kali beliau melakukan itu, apa yang dirancang tidak pernah terjadi. Baginya saat bercakap di hadapan ramai membuatkan kredibiliti diri menjadi rudum kerana kelemahan dirinya itu membuatkan dirinya seperti dibogelkan di tempat awam. Justeru mulalah akal melayang memikirkan mesin projektor meletup, pensyarah ditimpa kemalangan maut, gempa bumi berskala richter tinggi terjadi, dan apa sahaja yang bisa menghindarkan diri beliau dari melakukan apa yang tidak digemari.

2 contoh di atas adalah menunjukkan bahawa manusia mampu berimaginasi sehingga tahap ekstrim dalam keadaan tertentu lebih-lebih lagi dalam keadaan yang mendesak. Keadaan ini memang ada berlaku dalam diri manusia. Tidak dinafikan memang ramai yang mengambil langkah berfikiran positif dalam menangani masalah dan isu kehidupan yang merumitkan. Namun mencari jalan keluar yang senang iaitu dengan melarikan diri dari masalah adalah yang paling mudah dan paling memikat hati di saat sedang berhadapan konflik hidup.

Eh, kejap. Apsal aku tulis mende alah ni? Oh, 1.15 am waktu Ames. Fikiran sedang memikirkan kejadian-kejadian buruk sebagai satu eskapisme melarikan diri dari realiti yang menyakitkan. Haha. Sila layan lagu Hatiku Hampa nyanyian Ungu. Ia seperti kelakar tapi mengujakan. Kekeke..