Rabu, Mei 23, 2007

Banting


Banting ini bukan banting yang bermaksud baling, campak dan yang seerti dengannya. Kegunaan ayat bagi perkataan banting yang itu adalah seperti berikut: Pak Abu membanting tulang mengerjakan sawahnya yang sekangkang kera itu.


Banting ini adalah nama khas untuk sebuah tempat yang terletak di daerah Kuala Langat (KL), Selangor. Tempat lahir dan tumpah darah aku. (Sekejap! Yang tumpah darah, aku ke mama aku ek?) Lewat tengah hari Khamis yang lalu sekitar pukul 1.26 tibanya seorang patriot di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Yeah! Sampai juga akhirnya setelah dihujani kebimbangan tatkala kurang lebih 20 jam menghabiskan masa di atas pesawat. Sengal, sakit, kebas, semut2, semua ada.


Semasa menunggu bagasi-bagasi seberat 20 kilogram tiba, seorang warga Cina kelahiran Malaysia yang satu pesawat bersama aku dari Taipei ke Kuala Lumput menyapa. "Sampai dari mana? Taipei?" "A'ah." Jawabku ringkas. "Lambatlah servis KLIA ni. Kat Taiwan tadi laju je. Malu kat orang luar. Dia orang banyak komplen pasal servis kat sini tadi." Ujarnya panjang lebar. Ya. Aku mengakui akan proses yang begitu lambat di sini. Salah siapa? Birokrasi? Atau mentaliti? Entah.


Apabila melepasi pintu automatik yang memisahkan orang ramai dengan kawasan mengangkut bagasi, aku terlihat dua kujur tubuh yang dirindui. Abah dan mama. Mama mengambil gambarku sambil menahan sebak. Rindu sungguh barangkali. Abah lebih tenang. Dan ketenangan itu terwaris pada diriku. Aku memeluk erat keduanya. Alhamdulillah. setelah hampir 2 tahun, oanjang juga umur kami.


Sampai di Banting, abah dan mama mengajak aku makan di hadapan bangunan TESCO yang masih belum siap waktu aku ke Amerika 2 tahun lalu. Banyak cerita yang aku kongsi bersama mama dan abah. Mama yang banyak bertanya sebenarnya. Aku sekadar menjadi tukang jawabnya. Banting tak banyak berubah. Cuma semakin sarat dengan pasaraya. Namun kedai-kedai kecil yang menghisasi Banting yang dulu tetap ada. KFC tetap ada 2. Lokasi salah satu darinya sahaja yang berubah. Jalan raya tetap padat dengan kenderaan. Hmm, sampai sini dulu. Lain kali aku ceritakan lagi.

Khamis, Mei 10, 2007

Ku Bertanya


Bertanya tentang pilihan
Mana satu intan
Mana satu kaca tiruan
Tampak sama dari luaran
Namun tidak kenyataan
Benarlah kata bidalan
Hanya jauhari kenal manikam

Bertanya tentang insan
Masing-masing punya kelebihan
Penilaian kulit depan
Tak semestinya bertepatan
Pandailah kau cari teman
Bukan yang makan kawan
Bukan juga yang tikam belakang
Teman selalu beri panduan

Bertanya tentang perhubungan
Dengan Tuhan
Patuhlah dengan suruhan
Jauhlah dari larangan
Dengan ciptaan
Sentiasa dengan senyuman
Pelihara keharmonian

Bertanya tentang kehidupan
Bukan sekadar hiburan
Bukan mainan
Juga bukan angan-angan
Hidup dengan tujuan
Buru hidayah dan keredhaan
Agar tidak tuju kesesatan
Akhir dengan kemenangan


-Entri istimewa buat Akhi Hazrul Izuan Shahiri, University of Minnesota, ex-KISAS 01, yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 3 Jun 2007. Moga gerbang perkahwinan yang dibina akan dirahmati Allah SWT.

Rabu, Mei 02, 2007

Sesat



Assalamualaikum.

Rakaman Edisi Siasat ini mungkin telah lama disiarkan. Namun aku hanya baru dapat menontonnya kira-kira 2 minggu lepas. Pakcik tua dalam video ni dengan lantang dan yakin mengaku dirinya nabi untuk kaum Melayu. Malah dengan sombongnya mengaku yang dirinya diiktiraf oleh Allah sebagai rasul dengan mendakwa turunnya ayat dalam Surah Yasin khas untuk dirinya. Sesat. Malah menyesatkan. Penyokong-penyokongnya sangat taksub sehingga menghina dan mempersenda Islam. Nauzubillah. Sedarlah. Yang lebih menyedihkan, kebanyakan penyokongnya adalah dikalangan makcik2. Moga Allah beri petunjuk kepada mereka. Satu lagi peristiwa yang berlaku, pakcik yang mengaku nabi dan rasul ni boleh pulak meletakkan jawatan sebagai nabi dan rasul di depan wartawan setelah di dakwa di mahkamah. Apa nak jadi? Moga kita mengikut ajaran Islam yang sebenar dan terpelihara dari kesesatan yang nyata seperti ini.

Mahu tonton rakaman yang lebih jelas? Klik sini.

Khamis, April 26, 2007

Mari Belajar


Sebenarnya aku sangat kagum dengan rakan-rakan yang begitu tekun dan dedikasi dalam pelajaran mereka. Di sini aku perlu akui yang perasaan cemburu dan iri hati sering muncul tatkala melihat induvidu yang sangat gigih mengulangkaji pelajaran. Dan itu yang sering aku alami semasa aku berada di kelas 5/2 dahulu. Ya, mereka semua ini sudahlah pandai, rajin pula tu. Nescaya tidak pelik kalau ada yang jarang melihat aku menghabiskan masa di dalam kelas sewaktu prep. Aku lebih suka ke hulu ke hilir merayau ke kelas lain seperti 5/3 dan 5/4 dan bergurau senda. Adakala aku juga sering bertandang ke Perkisas lantaran mahu menghilangkan sedikit tekanan yang datang dari kelas. (=P)

Setiap individu ada cara belajar yang tersendiri. "Lain padang lain belalang, lain orang lain pula ragam." Ada yang memang caranya menghabiskan masa berjam-jam membaca apa sahaja catatan dan tulisan dalam buku. Hinggakan setiap baris perkataan dihafal. Ada pula yang gemar membuat latihan untuk menambah kefahaman. Tak kurang juga yang jenis senang dapat, lalu baca sekali pun cukup. Ada jenis yang perlu belajar bersendirian di dalam keadaan senyap sunyi untuk memberi fokus. Ada yang lebih senang berada dalam study group. Macam-macam karenah.

Bagi aku, aku lebih suka cara belajar yang lebih santai. Diakui aku bukanlah seorang yang genius yang boleh faham sesuatu perkara dengan mudah. Aku juga bukan seorang yang rajin yang mampu untuk menghabiskan masa bersama buku 24/7. Kalau subjek pembacaan, fokus sangat mudah lari. Namun bila berada dalam keadaan yang senyap dan tenang, mudah pula mata terlelap. Selalunya aku belajar bila datang mood. Kalau mood untuk belajar datang, memang senang nak masuk. Tapi kalau tiada mood, sumbat macam mana pun, tak boleh masuk jugak.

Cara belajar seperti ini sangat berisiko. Sebab apa? Bagi orang seperti aku yang memang malas nak bersedia lebih awal, mood hanya datang bila keadaan menekan. Lalu persiapan kelam-kabut dan keputusan juga tak menentu. Alhamdulillah, setakat ini keputusan masih lagi memuaskan hati aku walaupun aku tau kalau diusahakan dengan lebih gigih lagi, aku mampu lakukan yang lebih baik. Dan untuk keluar dari kemelut masalah untuk rajin belajar ni sangatlah payah. Ditambah dengan kehadiran skrin komputer lengkap bersama talian internet, ia memang mencabar ketekunan. Dan aku masih kalah kepada diri sendiri.

Tapi bila difikirkan semula, memang beginilah cara aku belajar sedari dulu. Tak berubah walau sedikit. Masih selalu memanjakan diri. Dan aku tidak dapat membayangkan diri aku menjadi seorang yang sangat berhempas pulas. Bagaimana agaknya keadaan seperti itu? (beberapa wajah rakanku yang sangat rajin study terbayang dalam kotak fikiran kala ini..korang faham2 je la sapa kan..hehe) Jadi, marilah belajar. Juga pastikan semula, untuk apa dan untuk siapa kita belajar.

Entry ini khas untuk mereka yang sedang atau akan menghadapi kertas peperiksaan akhir masing-masing. Terima kasih.

p/s Mahu kenal lebih dekat dengan sistem pembelajaran di US especially di Iowa State ni? Sila layari pintasan berikut.

Ada apa dengan Iowa State Univ. 1
Ada apa dengan Iowa State Univ. 2

Jumaat, April 20, 2007

Ada apa dengan nama


Gambar kenangan: Selepas majlis pertunangan Acik Su.
Belakang: Awa, Paan, Acik Su, Intan, Kak Ara
Depan: Abang An, Bangcik, Acik Ijis, Kak Inda (tersorok), Acik Kutip

Kurang sebulan lagi aku akan balik rumah setelah hampir 2 tahun kat Bandar Besar Ames yang tenang dan damai ni. Jangan risau, menurut Mayor Bandar Ames, tempat aku bermukim sekarang ni (Ames) adalah bandar kedua paling selamat di United States. Ini berdasarkan statistik jenayah yang berlaku di sini sangat rendah la kot. Jadi, insyaallah perkara yang buruk seperti kejadian seorang pelajar menembak mati 33 orang termasuk dirinya di Virginia Tech tu tidak akan berlaku. Doa-doakanlah agar semua selamat.

Berbalik kepada topik asal yang aku nak ketengahkan. Ada beberapa kawan yang bertanya kenapa keluarga aku panggil aku Bangcik. Sebenarnya, nama panggilan di kalangan orang Jawa bukanlah asing. Malah nama tersebut kadang-kadang sangat berlainan dari nama asal. Setahu aku, nama panggilan tersebut diberi atas alasan kesesuaian. Sebagai contoh kalau ada anak yang baru lahir asyik kena demam dan selalu menangis, maka orang yang lebih tua (biasanya atuk la) akan bagi nama lain untuk dipanggil. Tak tahulah kenapa. Dalam keluarga aku, banyak juga yang ada nama panggilan yang memang jauh dari nama asal. Aku senaraikan nama mereka kat bawah.

Mama aku -
Nama Sebenar: Suhaini
Nama Panggilan: Itah

Nenek saudara aku -
Nama Sebenar: Rokiah
Nama Panggilan: Tijah

Bibik (makcik) aku -
Nama Sebenar: Mahyon
Nama Panggilan: Lina

Paman (pakcik)aku -
Nama Sebenar: Khairul Azri (aku tak pasti sangat =P)
Nama Panggilan: Kutip

Wak aku -
Nama Sebenar: Noriyah
Nama Panggilan: Hawa

Sepupu aku -
Nama Sebenar: Filzah Amani
Nama Panggilan: Ana

Atuk saudara aku -
Nama Sebenar: Daim
Nama Panggilan: Tok Itam

Kalau aku nak list semua memang tak cukup la. Tapi anak-anak sekarang kebanyakannya nama panggilan tu dapat kat sekolah. Ada je kawan-kawan gatal kasi nama. Kalau elok boleh diterima, tapi kalau sampai kena panggil kambing, ayam, jongang dll. tak ke menganiaya namanya tu. Lagipun kita tak boleh bagi nama panggilan yang buruk-buruk kat saudara kita. Yang maksud baik pun, kalau orang tu tak suka dipanggil macam tu, kita tetap tak boleh panggil.

Sejarah aku dipanggil Bangcik pulak. Masa aku lahir, ada sepupu mama aku (Acik Lina) yang dah ada anak. Nama anak dia Yanti. Masa tu dia dah 3 tahun. Patutnya, kalau ikut pangkat, dia kena panggil aku abang. Sebab mak dia panggil mama aku kakak. Tapi disebabkan aku lahir lambat, jadi Yanti ni panggil la aku Abang Kecik. Nak ringkaskan, jadilah Bangcik je. Mulai hari tu kebanyakan ahli keluarga aku kenal dan panggil aku sebagai Bangcik. Ada la beberapa orang yang tetap panggil aku Shafiq, antaranya arwah Atuk Masikin (atuk belah mama) dengan Atuk Muni (belah abah).

Selalunya kalau masa raya atau ada rewang (kenduri kahwin) selalu la orang tanya kat mama aku. "Kak Itah, Bangcik yang mana?" "Itah, Bangcik nye tak dibawak?"

Aku dah tak tau macam mana nak tutup entry ni. Sebab tak ada idea untuk konklusi. Aku berundur dulu.