


Setelah beberapa kali bertukar angkut, kami sampai di Cihawk kawasan membeli belah. Tempatnya memang besar dan disekitarnya pula ada lagi kedai-kedai lain yang juga berniaga pakaian, makanan dan lain-lain. Selesai mencuci mata, kami ke Pasar Baru pula. Tempaat menjual kain dan baju koko seperti Tanah Abang. Solat di sana sambil cuci mata yang dah rambang kerana terlalu banyak barang jual. Kaki semakin lenguh.


Sedang aku menanti rakan lain memborong DVD, aku ditegur mamat took DVD tersebut. Mula-mula ditanya tentang kamera digital yang aku bawa. Kemudian tentang industry cetak rompak di Malaysia hingga ke perihal kuliah. Selesai memborong DVD, kami memborong kerepek pula. Masuk-masuk saja sudah dihulur macam-macam kerepek pada kami. Kerepek pisang keju, dodol aneka warna dan macam-macam lagi. Aku hanya menjamah dan tidak berniat membeli pun.


Seterusnya, kami memutuskan untuk jalan-jalan di mall, solat, makan malam dan pulang ke rumah. Sebelum itu, aku sudah membeli tiket kereta api berharga 60000 rp untuk pulang ke Jakarta. Aji dan beberapa kawannya pula mahu ke Jogjakarta esok. Mulanya mahu juga aku mengikut namun kerana kesempitan waktu, aku mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa hari aku di Jakarta saja.
3 ulasan:
wah..kaya la ko skang..ada 60000 p..muahaha! weh, bwk balik kerepek n dvd utk aku jugak..eh, xmo la dvd cetak rompak..nk yg original shj ok..haha..
alhamdulillah...hidup lagi ko ye...
aku ske catatan diari ko sepanjang perjalanan ke sana...
btw...aku tertunggu tunggu jugak cite si gadis sunda..?
chet!!!saje ko simpan pun tatapan peribadi ye...
btw...pesal bebudak indon reramai tanya aku jadi datang sana tak...?aku confuse...insya ALLAH ade rezki samppai la...tapi taun ni mugkin aku tak balik...n skang ni pun cuti pendek je...camne la aku nak balik...
odah: syurga cetak rompak dah ada..5000 rp je 1 dvd bersamaan 2 ringgit..support piracy ar..haha
munir: catatan perjalanan ni banyak lagi..cuma aku malas nak wat je..nnt2 aku add lg..yg gadis sunda tu aku tangguh dlu..haha
Catat Ulasan