
Menyorot kenangan berpuasa kat sini, teringat masa hari pertama puasa di tahun pertama. Kebetulan pulak time berbuka tu cantik je bajet masa time exam. Sah-sah la kena buka dalam exam hall. Kat Le Baron 1210. Minum air gas pulak tu. Beli Mountain Dew kat vending machine je. Nak buat macam mana. Nak siapkan cepat, bukannya pandai pun. Haha layan sudah buka kat exam hall.
Dan aku sekarang tengah menghitung hari untuk kembali merebut tender air sewaktu majlis berbuka juga majlis hari raya sebab masa potluck dengan family-family baru hari tu, tender terlepas ke tangan Yop dan Jimbo. Hehe. Apa-apa pun harap kita tak sekadar mengimarahkan Ramadan hanya dengan testimonial kat Friendster sahaja. Tapi gandakan semua perbuatan baik sebagai latihan untuk juga dipraktikkan di bulan-lan lain.
Wallahua'lam.
2 ulasan:
salam ramadhan. =)
"Apa-apa pun harap kita tak sekadar mengimarahkan Ramadan hanya dengan testimonial kat Friendster sahaja. Tapi gandakan semua perbuatan baik sebagai latihan untuk juga dipraktikkan di bulan-lan lain"
sgt setuju ngn statement di ats.. moge bulan ni mnjadi tarbiyah buat kta sume.. Selamat mnjalani ibadah puasa!
selamat juga utk anda syahidah..
Catat Ulasan