Isnin, Jun 29, 2009

Kafe Siber

Dah dekat tiga minggu aku kat Malaysia. Apa aku buat?

Malas nak cari kerja. Ada tak kerja yang cari orang? Sedangkan perigi pon dah ada yang cari timba.

Tender hantar-ambil adik aku pergi-balik sekolah. Leceh gila. Nasib baik tak bertembung dengan siaran sinetron Upik Abu dan Laura. Oh My Gosh!

Isi minyak moto dan beli surat khabar. Sambil menghirup udara segar. Dan menggunakan duit ibu bapa dengan hati girang.

Rewang. Setelah letih menggoreng kentang dan menjaga apinya sekali, aku memutuskan untuk menjadi jurukamera tanpa gaji. Juga berjumpa dengan dua pupu-dua pupu wanita yang tidak pernah aku kenal. Kekeke.

So, bila nak kerja ni? Tunggu raya? Ala, pikir besok la. Ciao, dah nak sejam kat cc ni..lol

Sabtu, Jun 06, 2009

Pernahkah Kau Merasa~

*Ada seorang pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Setelah kelas persediaan dan ujian khas untuk melayakkan beliau ke sana, akhirnya tiba waktu untuk berlepas. Dalam fikiran pelajar itu, tiada satu pun yang mengujakan untuk terbang ke destinasi itu. Fikiran beliau mula terfikir perkara-perkara yang di luar kehendak manusia. Kapal terbang jatuh terhempas, serangan sakit jantung, pengebom berani mati, apa sahaja yang boleh menghalang penerbangan. Malah mati itu adalah opsyen terbaik kerana beliau sanggup menghadapi itu dari menghadapi sebuah perubahan.

*Ada seorang pelajar yang tidak suka langsung membuat presentasi di hadapan audiens. Setiap kali beliau melakukan itu, apa yang dirancang tidak pernah terjadi. Baginya saat bercakap di hadapan ramai membuatkan kredibiliti diri menjadi rudum kerana kelemahan dirinya itu membuatkan dirinya seperti dibogelkan di tempat awam. Justeru mulalah akal melayang memikirkan mesin projektor meletup, pensyarah ditimpa kemalangan maut, gempa bumi berskala richter tinggi terjadi, dan apa sahaja yang bisa menghindarkan diri beliau dari melakukan apa yang tidak digemari.

2 contoh di atas adalah menunjukkan bahawa manusia mampu berimaginasi sehingga tahap ekstrim dalam keadaan tertentu lebih-lebih lagi dalam keadaan yang mendesak. Keadaan ini memang ada berlaku dalam diri manusia. Tidak dinafikan memang ramai yang mengambil langkah berfikiran positif dalam menangani masalah dan isu kehidupan yang merumitkan. Namun mencari jalan keluar yang senang iaitu dengan melarikan diri dari masalah adalah yang paling mudah dan paling memikat hati di saat sedang berhadapan konflik hidup.

Eh, kejap. Apsal aku tulis mende alah ni? Oh, 1.15 am waktu Ames. Fikiran sedang memikirkan kejadian-kejadian buruk sebagai satu eskapisme melarikan diri dari realiti yang menyakitkan. Haha. Sila layan lagu Hatiku Hampa nyanyian Ungu. Ia seperti kelakar tapi mengujakan. Kekeke..