Ahad, Ogos 26, 2007

Wajah Suci

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Setelah mendengar dan meneliti lirik lagi ni, secara umumnya lagu ini berkisar tentang isu pembuangan bayi dan juga kerosakan akhlak remaja masa kini. Lagu-lagu sebegini sangat baik untuk didengar dan diambil pelajaran oleh kita generasi muda ini khususnya. Sebagai seorang penggemar lagu (semua lagu pun aku balun je dengar), salah satu kriteria penting untuk aku meminati sesuatu lagu adalah liriknya yang membawa impak maksima, mempunyai mesej yang sarat dengan peri-peri kebaikan, serta kepuitisan susunan kata-kata.

Tapi malangnya, lirik yang baik dan membawa kesan kesedihan seperti ini, hanya didengar oleh kalangan peminat nasyid sahaja. Peminat muzik mainstream seperti tidak tahu akan kewujudan lagu-lagu seperti ini kerana biasanya lagu nasyid yang keluar di radio-radio popular, dan stesyen televisyen swasta hanya terhad kepada kumpulan Rabbani, Raihan dan Mirwana sahaja. (hanya menyebut beberapa nama).

Aku rasa, mereka yang meminati lagu tangkap lentok pun boleh merasa insaf dan terkesan dengan lagu yang sedih-sedih macam ni, sebab diorang kan sensitif. Kalau lagu Ada Cinta nyanyian Irwansyah dan Acha diorang boleh layan, for sure lagu mestica dan nasyid lain yang tak kurang bagusnya, akan mereka minati. Itupun kalau mereka menyedari kewujudannya. Masalahnya, yang dengar lagu ni, orang nasyid je. Hmm..

Tulisan ini tidak berdasarkan fakta. Hanya mengikut naluri semata-mata.

Mestica 313



Album terbaru Mestica..aku minat 2 lagu ni..sekali dengar je dah ditangkap kesedapan melodinya olehvenzim pendengaran aku. Namun begitu, aku masih belum menghayati liriknya lagi. So, sekarang nak cari lirik dia. Terimalah Nasuha dan Wajah Suci.

Jumaat, Ogos 24, 2007

Firefox yang agak menyakitkan hati


Tadi aku dah tulis panjang gila. Melepaskan rindu di kalbu yang rawan mengharapkan kasih suci. Sekali firefox ni buat ragam Mak Enon dia pulak. Hampeh. So, lain kali la aku post entry.

Malaysiaku Gemilang


Haa, ni la entry yang tiba-tiba hilang sebab firefox (rujuk atas) hari tu. Jumpa dah. Hehe.

Ramai kawan-kawan bertanya tentang aktiviti aku sewaktu di Malaysia. Selain daripada melarikan diri dari beban ilmu kepesawatan, keangkasaan, serta keaerodinamikan (perkataan apakah ini?) yang menghantui fikiran sepanjang permukiman (ke pemastautinan? cam tak sedap je perkataan ni) di bumi Ames yang selalu sahaja melukakan hati dan perasaan aku ini, aku juga menimba banyak perngalaman hidup yang menyedarkan aku tentang hakikat persinggahan sementara kita di dunia ni. Perghh, ayat tak ingat tu.

Secara jujur dan tiada hipokrasi, aku langsung tak menyentuh buku pelajaran. (jap, ada la. buku adik aku si Aiman. itu pun sebab mama suruh ambilkan buku dia yang tertinggal kat rumah. kalau tak, jangan harap. haha) Ada la beberapa buku novel cinta Melayu yang aku beli dan habiskan dalam masa 2 hari. Antaranya Surat Ungu Untuk Nuha dan juga 5 Tahun 5 Bulan. Syok gila baca novel jiwang ni. Terasa seperti terawang-awang di kayangan dan langsung tak jejak di bumi yang nyata. Buku lain yang aku baca? Hmm, Ujang, APO, Shin Chan, dan juga buku hadiah Zul kasi masa lawat dia kat Indon. Tajuk dia 'Di Bawah Naungan Cinta' buku terjemahan kitab asal 'Thauqul Hamamah' tulisan Ibn Hazm Al-Andalusi. Isinya pasal cinta. Baru separuh je habis. Dah dekat sebulan baca. Camni la manusia, kalau novel jiwang, cepat je. Isk2.

Aktiviti lain, selalunya aku akan duk kat rumah melayan tv 24/7. Semua drama Melayu, sinetron Indonesia, telenovela Latin, drama Filipina, termasuk talk show Salih Yaacob pun aku layan. Antara cerita-cerita yang wajib ditonton ialah Isnin - Kaber Hero Kaber Zero, Selasa - Natasha & Datin Diaries, Rabu - Puteri, Khamis - Susuk, Cinta Medik 2, Jumaat - Sembilu Kasih, Bong. Pastu tiap-tiap hari mesti layan Mutiara Hati ngan Manjalara. Perghh. Sakit tengkuk maa. Paling tak best kalau time Aiman ada kat rumah. Layan kartun Adik di 9 je. Dari Dora The Explorer, Blue's Clues, Spongebob, Teletubbies sampailah kartun-kartun yang aku sendiri tak penah dengar.

Kalau aku keluar, selalunya pergi Banting, layan CC. Tak pun jalan-jalan kat Klang usha-usha shopping Complex. Kalau ada movie best aku tengok la. Kat US 7 dolar maa. Kat Malaysia 7 ringgit je. hehe. kalau rajin sikit, tercampak la sampai Shah Alam, KL, Putrajaya. Pastu gi kenduri kahwin member. First rumah Kak sam pastu majlis Shiraj&Aini pulak. Sepanjang 3 bulan, aku singgah Kisas 2 kali je. Masa meeting ALKIS jumpa la ngan Cidud, Amir, Zaki ngan Shidi. Pastu second time, aku jumpa cikgu-cikgu ngan Zul & Pot. Itu je la kitaran hidup aku kat Malaysia. Tapi aku rasa puas jugak la. 3 bulan tidak menggunakan otak.heh

Dah, nak tidur la. Tak pun layan drama yang aku download ni. Ciao!