Rabu, Julai 30, 2008

Masalah-masalah yang selalu ada

Apa itu hidup,
Bila tidak ada,
Masalah-masalah.


Kadang-kala manusia boleh merasa atau seolah dapat menjangka seakan adanya musibah yang akan berlaku kepada mereka. Sebagai contoh, seorang ibu merasa tidak sedap hati tatkala melepaskan anaknya tinggal seorang di asrama. Seminggu selepas itu, sang ibu dikhabarkan anaknya cedera teruk dibuli rakan pelajar yang lebih tua. Mungkin perasaan tersebut adalah alamat yang Tuhan berikan supaya kita berjaga-jaga dalam menghadapi mehnah tribulasi kehidupan.

Bagaimana menghadapi cubaan? Ada sesetengah insan menyalahkan diri dan sering berkeluh-kesah kerana tidak berdaya menghalang musibah yang berlaku. Kata-kata seperti "Kalaulah aku tak pergi ke pasar raya tadi, sudah tentu tak kena tipu dengan salesman." atau "Aku dah jangka ada benda tak baik nak jadi, tapi kenapa aku tak berhati-hati?" sering diungkapkan. Tetapi tepatkah tindakbalas seperti itu dalam menangani ujian yang diturunkan?

Sebagai seorang hamba, kita hanya mampu merancang dan Tuhanlah yang menentukan. Dan sebaiknya, apa-apa ujian yang kita tempuhi patut dihadapi dengan sabar dan redha. "Wah, senangnya kau bercakap. Kau tak kena, bolehlah." Perkara yang perlu kita lakukan ialah sentiasa positif dalam menghadapi sesuatu perkara. Cuba tukar situasi malang yang sering kita samakan dengan ujian itu kepada sesuatu yang lebih mendatangkan manfaat.

Sebagai contoh, kita diuji dengan sakit. Tidak perlu merintih meraung menyalahkan Tuhan atas penyakit itu, tetapi hadapi dengan fikiran terbuka, berusaha menyembuhkan penyakit dan anggap ia sebagai ganjaran kerana kita akan sentiasa ingat kepada Tuhan setelah selalu mengabaikanNya di waktu senang. Dan kita boleh belajar dari pengalaman agar penyakit tersebut tidak menyerag kita lagi akan datang.

Masalah manusia dari dahulu hinggalah sekarang ialah menganggap masalah yang menimpa itu sebagai masalah. Maka masalahlah yang mereka hadapi.

Ahad, Julai 20, 2008

Strawberry Shortcake

Katakan anda adalah penggemar strawberry. Anda dihidangkan dengan strawberry shortcake yang mana ada sebiji strawberry merah yang ranum di atasnya. Anda sangat teruja untuk menikmatinya. Yang mana tindakan anda antara berikut:

1. Anda dengan pantas mengambil strawberry tersebut dan menikmatinya.

2. Anda menghabiskan dahulu bahagian-bahagian lain shortcake itu, dan menyimpan strawberry untuk dinikmati akhir sekali.



Nota kaki:
Pengaruh televisyen itu ada pro dan kontranya.

Rabu, Julai 16, 2008

Meroyan tak tentu pasal

Semester musim panas tahun ini telah berakhir untuk aku. Alhamdulillah. Bolehlah meringankan beban semester musim luruh nanti. Tak payah ambil sampai 18 jam kredit. Kelas-kelas yang dah terdaftar setakat ini pun memang dalam rekomendasi pelan belajar untuk kursus Kejuruteraan Aeroangkasa. Jadi kemungkinan besar aku akan daftar untuk 1 lagi kelas. Sama ada untuk keperluan Elektif Teknikal atau Sains Sosial/Kemanusiaan. Tengoklah nanti.

Sementelah luang masa cuti sebelum bermula semester baru ini, aku mengambil keputusan untuk mencari sedikit duit poket tambahan. 'Menjilat ludah' bak kata Zulu. Kerja semula di Hotel Memorial Union. Pekerjaan yang aku tinggalkan lebih kurang 2 tahun lepas. Daripada duduk di rumah menghabiskan beras sendiri dan beras orang, baik aku isi masa bekerja. Dapat juga merasa bagaimana jerih perit mama dan abah mencari duit untuk keluarga.

Bercakap tentang kerja, setahun saja lagi tinggal sebelum aku memasuki alam pekerjaan. Itupun kalau dapat kerja. Aku bukan jenis yang memikirkan sangat tentang masa depan. Bak kata Orang Putih, "Go with the Flow." Abang-abang dan kakak-kakak di sini selalu cakap, "Zaman kerja dengan zaman belajar lain dik!" Aku ia kan sahaja. Lambat-laun aku akan rasa juga benda yang sama.

Hai. Apalah yang akan jadi 10 tahun dari sekarang ye?


- MSR -
15 Julai 08
Ames, IA

Selasa, Julai 08, 2008

40 Hari Bangkitnya Pocong

Baru habis menonton cerita hantu Indonesia. Tajuknya '40 Hari Bangkitnya Pocong'. Jadi cuak nak bila tengok cermin dengan tab mandi kat bilik air. Pengaruh televisyen yang sangat kuat. (tapi awek cite ni comel gak la..)

Bila tengok filem-filem macam ni, aku teringat pulak dengan amalan-amalan salah orang Melayu (dan yang serumpun. Lagi-lagi orang Jawa.) Bela jin, waris saka, bomoh orang, sihir, santau dan lain-lain. Disebabkan pergaduhan, hasad dengki dan sikap tak boleh tengok orang lain senang, muncul benda-benda macam ni. Kadang-kadang yang jadi mangsa anak-anak dan cucu-cicit yang tak tau apa-apa.

Minta-minta dijauhi dengan perkara yang seperti ini. Akibat daripada ilmu-ilmu salah ni, keluarga porak-peranda dan bangsa kita sendiri tak akan maju. Nauzubillahi min zalik.

Rabu, Julai 02, 2008

cerita copy paste

Cerita copy paste yang aku copy dan paste dari blog orang lain ke blog aku.

Ceritanya begini:

Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat saja saya suka balik rumah.. pasal masa rehat yang panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan turun dengan lebatnya... So. saya tumpang office mate saya sampai depan rumah. Rumah saya ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak ambil saya pukul 2.30 petang... Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. saya mandi dan sembahyang... . lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang ambil saya. Jam dah kul 2.35 saya dah risau.. mana akak ni.. tak sampai sampai lagi... office masuk kul 2.45 ptg.

Tunggu punya tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! Keter proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah saya. Hujan punyerlah lebat... so saya ambil surat kabo lipat tebal tebal takut tudung saya basah... lepas kunci pintu.. saya terus berlari turun... pasal rumah saya berbukit.. saya kena berlari hati hati .Sampai saja kat kereta... saya tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi Kenapa akak tu tak jalan. saya toleh kat sebelah... lah... rupanya orang lain!!!!

saya tengok orang tu.. orang tu tengok saya... . Mulut orang tu siap ternganga lagi... Ish... siapa ni?! bagaimana saya boleh silap ni... habis tu.. kat luar hujan lebat.. takkan saya nak keluar.. saya dengan muka macam kerang busuk berkata,"Err.. bang boleh tulung hantar kat UTM tak?" Abang tu pun... tak jawap apa-apa agaknya pasal masih tergamam lagi.. terus angguk. Sepanjang perjalanan saya diam... abang tu pun diam... masing masing masih gabra lagi.. saya lagi lah gabra. EnTah keter sapa saja saya main redah. saya malu.. bengang.. rasa muka saya dah di tepek-tepek dengan taik... saya berdoa semoga saya pengsan masa tu.. tapi sayang.. saya tak pengsan pun. Bila sampai kat destinasi... saya pun turun... lepas ucap terima kasih.

Sampai kat opis saya tunggu kakak yang sepatutnya ambil saya. Bila kakak tu sampai dia tanya saya, "Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?" Maka saya citalah peristiwa yang sadis tu... . Ya Allah.. kakak tu punyerlah gelak gila kat saya... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu cerita 3tahun lepas... sekarang ni... Abang yang saya tumpang tu.. dah jadi suami saya He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami saya pun kata masa tu dia ingat saya nak rompak dia... . he..he.he.he. saya pun tanya Kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah saya... Then.. dia kata dia nak ambil beg duit kat seat belakang, tu pasal dia berenti. Tapi tau tau saya pulak yang masuk... .. He..he..he.. sampai sekarang ni.. dia masih ejek saya lagi pasal perisitwa kurang tu... Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe saya tak jumpa lagi suami saya yang sowang ini? ihiks!!

Nota kaki: Boleh pakai ke taktik ni? huahuahua