Khamis, Jun 26, 2008

Sembang EURO & Wimbledon

Minggu ini EURO 2008 sudah masuk ke minggu terakhir. Peringkat separuh akhir akan menemukan pasukan Jerman dan Turki dan satu lagi separuh akhir menanti pertarungan antara Sepanyol dan Rusia. Siapa pilihan untuk ke akhir? Pada perkiraan aku, Jerman akan ke akhir. Mungkin berhadapan dengan Sepanyol namun pasukan Rusia juga tidak kurang hebatnya.

Minggu ini bermulanya kejohanan tenis Wimbledon. Thank God Ana Ivanovic berjaya mengatasi saingan hebat Nathalie Dechy di pusingan kedua pagi tadi. Permainan Ana sangat goyah dan tidak begitu meyakinkan. Mungkin kerana pertukaran gelanggang dari tanah liat kepada gelanggang rumput memberikannya sedikit masalah. Apapun, Ana perlu meningkatkan permainannya di pusingan berikutnya.


Khamis, Jun 19, 2008

Antara nasi lemak dan drama Melayu


"Warx, jom rumah Kak Yati. Layan nasi lemak!" ajak Zulu.

"Kejap, aku letak barang kat rumah dulu." balas aku.

Sebentar kemudian,

"BUZZ!!!"
"Weh, jomlah. Karang habis nasi lemak!" mesej Jimbo.

"Jom!" ujarku.

Nasi lemak, sambal bilis, telur rebus sampai ke timun-timun pun licin.

"Lapar budak-budak ni, Kak Yati. Tambah sampai 2,3 pinggan. Isk2!" (teka siapa punya dialog?)

Setelah kenyang membedal nasi lemak, kami melicinkan pula tomyam Kak Yati.

"Lepas ni mana pulak destinasi lunch kita?" Zulu dan Jimbo bertanya lagi dan kali ini dengan wajah girang. Haha.

Terima kasih Kak Yati kerana menaja makan tengah hari kami.


* * * * *


Petang itu kami memacu 2 buah kereta ke lapangan terbang. Zulu dan Razif bersama Toyota Tercel putih berplat 'KELATE' manakala aku dan Kak Siti dengan kereta Mitsubishi Galant milik Abang Fazli. 4 Buah beg besar dimuatkan dalam bonet kereta.

"Banyak barang baby!" ujar Kak Siti.

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, banyak yang aku dan Kak Siti bualkan. Nasib baik Kak Siti rajin bercerita, kalau tak, mengantuklah aku jadinya. Manakan tidak, habis licin pinggan membaham nasi lemak Kak Yati. Borak punya borak, sampailah kepada subjek masalah sosial di Malaysia yang semakin membusung. Ala, tengoklah sahaja drama-drama Melayu sekarang (layan Ezora beb), keadaannya lebih kurang dengan realiti yang ada di kota-kota metropolitan bahkan tak kurang juga yang berlaku di kawasan desa dan felda seluruh Malaysia.


Kak Siti pun berkongsi sedikit pengalaman dirinya sewaktu masih menuntut dan bekerja di UPM tidak lama dahulu. Banyak yang tidak mengendahkan batas-batas beragama dan hidup tanpa kawalan. Dari isu pergaulan bebas, hidu gam, pengguguran anak hinggalah kepada isu ibu bapa yang tertipu dengan kehidupan anak mereka di bandar. "Yang elok ambillah sebagai teladan dan yang tidak jadikan pengajaran." Ujarnya lagi.

Ada lagi. Sedikit nasihat berkenaan perancangan masa depan, pekerjaan dan kewangan. Kak Siti menegaskan akan kepentingan simpanan wang, menggalakkan pelaburan yang tidak berteraskan unsur yang haram serta perlunya membeli insurans. Tidak kiralah insurans kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Tidak dilupai sedikit tips percintaan dan bagaimana memilih pasangan hidup yang baik dan berbudipekerti mulia. Cewah.


Kami sampai ke destinasi jam 4 petang dan alhamdulillah proses check-in segalanya berjalan lancar tanpa ada masalah yang perlu dibimbangkan.

Selasa, Jun 17, 2008

Smoothies

8.53 malam akan berkumandanglah azan dari corong speaker menandakan masuknya waktu maghrib bagi wilayah Ames dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Ada 10 minit lagi, jadi sempat dan menarik juga kalau dapat menulis entri baru untuk blog ni. Dari sebalik kain langsir yang jarang, kelihatan bulan hampir penuh di ufuk sana. Samar-samar.

Baru sebentar tadi aku dan lelaki-lelaki gagah mengerah keringat mengangkat barang-barang Razief keluar dari rumahnya. Beliau dan isteri (Kak Siti) akan pulang ke Malaysia esok. Kalau hendak dibilang, barangan tersebut tidaklah banyak mana. Hanya beberapa buah kotak, perabot, dan alat elektronik yang perlu dipindahkan ke stor di basement Rumah Kak Nor dan Kak Siti. Namun, kalau tidak diusahakan bersama, manakan mampu beliau mengalihkan semuanya seorang diri. Bak kata pepatah, 'Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama dijinjing'.

Razief & Kak Siti. -Gambar: Ihsan laman Friendster Razief. Muahahaha!

Setelah selesai membantu proses pemindahan barang, kami disajikan dengan smoothies yang dibeli oleh Effa dan Zaf (dibiayai oleh Kak Siti) di Borders. Peh! Layan. Dengan tekak kering yang menanti untuk dibasahkan, kami dengan rakusnya menghirup minuman tersebut laju-laju seperti 'Orang mengantuk disorongkan bantal'. Dingin. Dan esok komuniti Melayu Ames akan berkurang lagi. Selamat jalan kalian berdua. Insyaallah, kalau Kak Siti sampung PhD kat sini, kita jumpa lagi.

Got Smoothies?

Khamis, Jun 12, 2008

Bnjr

2 mggu lps, ms ak tggu bas nk gi kls, gle tkejut ak tgk pdg uv tggelm. Bnjr gle. Air sg naik smpi stgh tiang crt basket. Peh. Mlmnye mmg hjn lbt r. Tp ak x sdr pn sbb ak tdo nyenyak gle. Mmg sdp gle tdo mlm tu. Sjuk n nyaman. Lps hbs kls, bas x lalu jln biasa dia. Sbb jln yg bnjr tu ttp. Psrh je ak kne jln jauh sbb bas bhenti kt schilletter.

Spnjg jln ak usya byk omputih jakun amik gmbr bnjr. Sbb mayb dh lme diorg x rse bnjr kot. Smnjak 2 ni, kt tv mmg sll kuar forecast psl flood wrning ngn tornado wrning. Yg truk rsnye kat des moines kot. Smlm ak tgk kt ch 13, siap diorg provide pasir free utk org awm. Nk suh tmbak tnh dpn umah ke ape ntah.

2,3 hr ni pn asik hjn je. Nk bgn gi kls pn mls. Ni esk nk exm ni, tp smpt lg buang ms wat entry. Hrp org2 kt msia sna ok ar skrg ek. Ye r, myk dh naik skrg, hrg brg pn sah2 naik krg. N doakn r kitorg kt cni dr kne bencana alam. Ni sme ade hkmhnye. Ok la, ak chow dlu. Tdo skit, sbuh skit, hfl2 skit, gi kls skit. Peh, lyn!

Huh, wat entry tlsn shortform lg pyh rpnye. LOL.

Jumaat, Jun 06, 2008

Esok hantar budak-budak ni kat airport

Hari ini penuh dengan suasana gembira. Kaki melangkah penuh girang untuk menghadiri kelas Math 307 dan Relig 210. Usai kuliah, aku berjalan pulang dari Bessey Hall ke University Village. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 15-20 minit. Mengapa tidak menaiki Cyride? Aku terlepas bas 12.30. Mahu menunggu selama 20 minit adalah pengalaman ngeri bagi seorang jejaka kacak. Maka eloklah 20 minit itu digunakan untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan di sekeliling kita (as if melihat kehijauan dedaunan, kebiruan langit yang terbentang luas dan sinaran mentari yang menyuluh terik).

Angin sepoi-sepoi lewat tengah hari tadi membawa ribuan mahupun jutaan dandelion terbang bebas ke angkasaraya. Bersimpang siur di udara. Dan keharuman aroma malar segar tumbuhan hijau singgah di deria bau menimbulkan suatu pengalaman yang luar biasa yang jarang-jarang aku rasai sebelum ini. Terasa besarnya dan agungnya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan mencaturkan segala yang ada antara keduanya. Lihatlah garis-garis halus di tapak tangan anda dan tanyalah pada diri anda, bagaimana ini semua boleh tercipta. Chewah!

Sebenarnya, hari ini sangat best kerana buat sekelian kalinya ada jemputan makan. Kali ini di rumah Kak Siti/Razif pula. Not to mention sebelum ini di rumah kakak-kakak yang lain, barbecue dan grilling di taman-taman sekitar Ames, kenduri-kendara sempena kepulangan rakan-rakan yang telah grad. Juga memori manis menyambut kedatangan baby Suha. Dan akan datang di rumah Kak Farah/Abang David dan Kak Siti/Abang James. Dan hari ini adalah jamuan terakhir sebelum kepulangan 3 individu berbakat. Ayie, Hakim dan Anas.

Esok, penerbangan mereka akan meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Des Moines jam 12 tengah hari. Pastinya suasana syahdu syahdan sebelum melepaskan pemergian mereka akan berlaku. Doa aku dan rakan-rakan lain agar kalian berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi. Apa sahaja yang kalian lakukan, tempuhi dengan keazaman yang tinggi dan sentiasa tabah mengharungi mehnah dan tribulasi yang mendatang. Hahaha. Jumpa lagi lah suatu hari nanti.

Aku terasa entri ini sangat poyo dan feeling! Euww..

Ahad, Jun 01, 2008

Suha Bahirah

Petang 30 Mei 2008 mencatatkan sebuah lagi memori indah dalam catatan perjalanan kami sebagai perantauan di bumi Ames. Suha Bahirah hadir menyerikan lagi kehidupan keluarga Abang Talhah dan Kak Farrahdina serta keluarga besar Malaysia lainnya. Bayi perempuan seberat kurang lebih 3.4 kg selamat dilahirkan pada jam 7.15 petang di Hospital Mary Greeley, Ames. Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah. Tahniah kepada Abang Talhah, Kak Farrah dan Toriq. Semoga kehadiran adik Suha menjanjikan kebahagiaan dan kegembiraan berpanjangan bagi keluarga kalian. Saya di sini senantiasa mendoakan yang terbaik untuk semua warga Malaysia di Ames.

Yeah! Dapat sorang lagi baby girl. Muahahaha..

Maksud di sebalik nama SUHA BAHIRAH:

"Suha" - Bintang kecil yang cahayanya tersembunyi - i.e. "bintang";
"Bahirah" - Yang bercahaya; Yang cerdik
Kesimpulannya - "Bintang yang bercahaya dan cerdik"


Sedikit add-on:

Jam 10 malam hari yang sama, aku menerima panggilan dari Abang Talhah. Abang Talhah mengajak aku untuk menemankannya ke rumah Abang David esok harinya bagi menyelesaikan proses penanaman uri. Apa lagi, menggelabah aku meng'google' tentang penanaman uri. Tak cukup dengan Pak Haji Google, aku dengan semangatnya menelefon mama. Mama pula tengah sibuk kondangan, jadi mama cuma janji untuk sms saja maklumat tentang penanaman uri itu nanti.

Esoknya, dalam pukul 11, kami (aku, Abang Talhah, Ayie dan Toriq) tiba di perkarangan rumah Abang David. Setelah bersetuju untuk menanam uri tersebut berhampiran dengan pohon epal di belakang rumah, kami pun mula menggali lubang. Setelah siap proses penanaman uri, doa untuk kesejahteraan/kesihatan bayi dan keluarga pun dibacakan didahului dengan lafaz syahadah, istighfar dan selawat.

Usai doa, kami pun meminta diri untuk pulang menjenguk ibu dan bayi di hospital. Untuk makluman, penanaman uri ini bukanlah termasuk dalam sunnah atau apa-apa ibadah khusus lainnya. Ia hanyalah ritual masyarakat Melayu (dan yang sewaktu dengannya) dan hukum melakukan penanaman uri ini adalah harus.