Jumaat, April 24, 2009

Cakap Tak Serupa Bikin


Saya tidak pernah bagus dalam memberi ucapan/syarahan/pidato dan apa-apa sahaja aktiviti yang memerlukan pemprosesan kata-kata di hadapan khalayak ramai mahupun sedikit. Minggu hadapan saya perlu melakukan perkata itu sebanyak dua kali untuk melayakkan diri bergelar graduan.

Ramai yang percaya skil bercakap di hadapan audiens adalah skil yang boleh dipelajari. Yang penting adalah latihan dan pengalaman. Namun setelah berusia 23 tahun dan beberapa kali gagal dalam percubaan terdahulu, saya boleh simpulkan skil itu memang boleh dipelajari tapi sangat sukar diimplimentasi. (Untuk kes saya, "sampai sudah pun kau memang sengal dalam berucap".)

Saya berharap dua tugasan untuk minggu hadapan berjalan dengan kelancaran. Mungkin saya tidak mampu menjadi pemidato sebaik DSAI ataupun Ahmad Shafie Jameran, namun saya berharap agar sekurang-kurangnya saya mampu untuk mengeluarkan kata-kata untuk dua hari itu nanti.

Ahad, April 19, 2009

Maqalah Hari Sabtu


Hari ini hari Sabtu. Hari ini ada perarakan sekitar kampus sempena VEISHEA. Pagi-pagi aku sudah keluar. Bukan. Bukan untuk ke perarakan itu. Aku perlu ke Memorial Union. Nancy panggil aku kerja. Pagi tadi cuaca mendung. Gerimis sepanjang aku berjalan dari rumah ke tempat kerja.

Sampai di kawasan kampus, sudah ramai yang menunggu untuk melihat perarakan. Walaupun ramalan kaji cuaca menunjukkan hari akan hujan. Banyak juga gerai di sepanjang jalan. Di depan Curtis Hall dan sekitar Campanile juga sudah terasa kemeriahan. Beginilah keadaan sewaktu VEISHEA setiap tahun.

Sampai di front desk, aku terserempak dengan Sabrina. Dia tersenyum, aku membalas senyuman. "Dia pun kerja hari ini." Kami sama-sama menaiki lif ke tingkat 4. Beberapa langkah keluar dari lif, aku tersentak. "Wow, comelnya!" Kali pertama aku lihat gadis itu. Laura namanya, setelah Nancy secara tidal sengaja memanggilnya di hadapanku.

Teringat pula dua atau tiga tahun lepas ketika Katie masih bekerja di sini. "Ok, fine! You're freaking hot!" kata Kim kepadanya sewaktu mereka bergurau dahulu. Ya, Katie memang hot dan juga baik hati. Tersenyum sendiri aku sambil menggapai kain buruk untuk menyendal pintu bilik yang perlu aku bersihkan. Bersemangat untuk kerja.

Hampir semua bilik dihuni. Nasib baik ramai yang hadir kerja hari ini. Lewat 30 minit selepas jam 12 kami sudah hampir selesai. Dan aku dibenarkan pulang. Perarakan pun sudai habis waktu itu. Namun sempat juga aku melihat ketika waktu break dan juga dari tingkap sebuah bilik di tingkat 6.

"Thank you, Shafiq!" ujar Nancy dengan pelat Inggerisnya ketika menyebut nama aku. "Come early tomorrow." Tambahnya lagi mengingatkan jadual kerja aku esok. Esok kenalah aku bangun pagi-pagi lagi. Kerjakah Laura esok ya? Kekeke..

Jumaat, April 10, 2009

Laskar Pelangi


Aku sangat terinspirasi dengan filem ini (walau aku tak habis membaca novelnya). Dan filem ini juga sangat dekat dengan hati aku.

Rabu, April 01, 2009

Bila Datang Musibah...

11 tahun lepas, Ustaz Abu Nasir (ketika itu Penolong Kanan di SRA Batu Laut) memanggil aku ke pejabat beliau. Kali ini bukan lagi kerana kes bermain dengan alat pemadam kebakaran. Habis semua alat pemadam kebakaran di sekolah agama tersebut tidak berfungsi gara-gara pelajarnya yang korup. Kali ini aku dipanggil untuk menjadi representatif sekolah dalam acara tilawah Al Quran untuk Ikhtifal peringkat daerah beberapa bulan selepas itu.

Aku merasa pelik. Ya, aku boleh membaca Al Quran, tapi melagukannya? Aku kurang pasti. Ketika itu siapalah aku untuk menolak permintaan guru-guru, lalu aku ikutkan sahaja. Tanpa sedikitpun ilmu tarannum di dada, aku dibekalkan kaset seorang pelagu Al Quran dari Malaysia (aku tidak tahu siapa..hehe) dan diminta meniru lenggok bacaan beliau.

Saat pertandingan, oleh sebab gemuruh jiwa yang begitu kuat, aku tersasul dan bacaan kurang lancar pada satu dua ayat. Aku tahu peluang untuk menang memang tiada sejak sebelum pertandingan lagi. Jadi tiada kesal yang mengganggu cuma sedih tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna. Namun aku berterima kasih kepada ustaz ustazah yang memberi aku peluang mengenali seni tarannum walaupun aku sudah terlupa bagaimana membaca seperti itu lagi.

Antara ayat-ayat yang aku bacakan adalah (Surah Al-Baqarah):


2:154. And call not those who are slain in the way of Allah "dead" Nay, they are alive, only you perceive not.


2:155. And surely We shall try you with something of fear and hunger, and loss of wealth and lives and crops; but give glad tidings to the steadfast.


2:156. Who say, when a misfortune strikes them: we are Allah's and to Him we are returning.