Sabtu, Mei 17, 2008

Dan Dandelion Pun Berterbangan

Musim bunga. Dandelion mula berputik dan membunga. Suatu ketika dahulu, zaman Doraemon dan Nobita menghiasi waktu maghrib kanak-kanak sedunia, komik hasil buah tangan Fujio F. Fujiko memang kegemaran. Dan antara kisah yang paling aku ingat hingga sekarang adalah kisah Nobita & Ibu Dandelion juga Nobita & Patung Dharma. Penat sungguh aku memujuk rayu mama untuk tolong membeli komik-komik tersebut dengan susah payahnya.(Itu belum dikira komik-komik terbitan Comics House lagi. Dragon Ball, Dragon Quest dengan Johan Bolasepak. Pening mama aku.)

Hari ini, 16 Mei 2008, aku berteman si comel dandelion yang sedia melepaskan putik-putiknya terbang jauh entah ke mana. Terbang mencari destinasi baru untuk meneruskan kemandirian generasi seterusnya. Moga salah satu debunga dandelion bisa sampai membawa salam rindu dari anakanda yang jauh. Selamat Hari Guru untuk mama dan abah. Doa restu kalian amat aku harapkan.

Ayat entah apa-apa entah. Pointnya nak ucap selamat hari guru je. Juga untuk guru-guru yang pernah mengajar aku di PASTI Al Hidayah Simpang Empat, Tabika KEMAS Batu Laut, SK Batu Laut, SRA Batu Laut, SMK Batu Laut, SMKA Kuala Selangor, KISAS, INTEC, ISU dan juga guru-guru yang mengajar di pusat-pusat tuisyen, pusat-pusat latihan memandu, pusat membeli-belah dan lain-lain. Jasa kalian sangatlah besar sebesar tasik Michigan yang dikelilingi Michigan, Wisconsin, Indiana dan Illinois(betul ke?). Heh, apa punya perumpamaan la.

Terngiang-ngiang lagu Guru Malaysia semasa sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan di kantin ketika di sekolah rendah dulu.

Khamis, Mei 15, 2008

Senggang Masa

Sewaktu diri dijengah aulawiyat yang lebih perlu diutamakan, keinginan untuk menulis entri datang membuak-buak, berpusu-pusu dan bertali arus. Namun entah mengapa, di kala kapasiti masa membuah dengan galaknya di waktu cuti, semua keinginan tersebut lesap hilang dari pandangan. Jauh pergi ke sisi lain dunia saujana mata memandang. Dan berdasarkan observasi aku terhadap fenomena dunia, situasi ini tiada jauh bezanya dengan konsep konservasi tenaga. Tidak hilang mahupun tercipta, namun tersalur melalui medium pertukaran untuk digunakan pada posisi yang lain.

(Serebelum, serebrum dan medula oblongata tidak dapat berfungsi dengan lancar seperti selalu, maka penghasilan perenggan di atas hanya di bawah kawalan separa sedar. Terima kasih)

Khamis, Mei 08, 2008

Pitaya

"Setahun telah berlalu, sewaktu kau meninggalkanku, hatiku pedih ditusuk sembilu..~"

Kedengaran berkumandang lagu Gelombang Cinta nyanyian kumpulan Heavy Machine menemani diri kala senja dekat-dekat nak maghrib ini. (Dah nak maghrib pun layan rock kapak. Isk! Isk!)

Kelmarin, peti masuk emel aku menerima kehadiran gambar kiriman mama. Gambar Aiman bersama sebiji buah pitaya hasil pokok yang abah beli setahun yang lalu. Waktu aku pulang tahun lepas, memang musim orang ligat menanam pokok pitaya ni. Abah dan mama yang minat mereka bercucuk tanam kecil-kecilan, tak nak kalah juga. Ada 4,5 anak pokok yang telah ditanam di halaman rumah. Dan salah satunya telah membuahkan hasilnya.
Dan aku bertambah pilu melihat Aiman yang sudah kelihatan besar. Walhal semasa aku berbual melalui telefon dengan mama tidak lama dahulu, dia pun sibuk nak menyanyi lagu Ketahuan dendangan Matta. Dengan suara nyaringnya, dalam sayup-sayup kedengaranlah bait-bait lirik lagu tersebut.

"Oo..Oo..Kamu ketahuan pacaran lagi, dengan dirinya teman baikku, Oo..Oo..Kamu ketahuan pacaran lagi, dengan dirinya teman baikku.."

Dan aku semakin pilu. Haha. (Wa feeling la.. wa cemas sekarang ni..)

Sabtu, Mei 03, 2008

Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi MISTERI..!!

Mari bicara tentang alam ghaib. Umat Melayu dan yang serumpun dengannya memang terkenal dengan cerita-cerita yang angker, seram sejuk malah meremang-riukkan bulu roma dan bulu tengkuk. Bermacam-macam jenis dan nama hantu wujud dalam tradisi masyarakat Melayu. Hantu raya, pontianak, polong, pocong, jerangkung, toyol, penanggal dan lain-lain. Ada juga yang mengamalkan ilmu hitam (sihir), membela jin, saka, susuk dengan alasan untuk menjaga keluarga, kecantikan luaran, kekayaan dan banyak lagi alasan.

Teringat pula zaman kanak-kanak dahulu. Waktu itu rumah Nek Jah (sebelah rumah nenek aku) sedang mengadakan kenduri kahwin. Aku bersama adik aku, sepupu-sepupu, pakcik-pakcik yang umur lebih kurang sebaya duduk bercerita di bawah rumah Nek Jah. Waktu tu dah malam. Bila dah buka cerita hantu, apa lagi memang seram gile ar, ditambah dengan suasana malam yang sepi pi pi, Pak Mat jual topi pi pi. Cerita tentang hantu penanggal yang mencari bayi-bayi baru lahir. Bila kena sergah dengan tukang cerita, seekor-seekor lari lintang pukang. Aku siap jatuh masuk parit divider rumah nenek aku dengan rumah Nek Jah. Sengal!

Teringat lagi. Zaman di SMKA. Peh! Masa form 3 memang kemuncak seram. Boleh dikatakan dalam 4-5 bulan tahun 2001 itu memang zaman jin dan kaum kerabat diorang mewarnai hidup kami di SMKA. Secara personal, aku menamakan tahun itu sebagai 'Tahun Histeria'. Dalam seminggu kalau tak ada 1 kes histeria memang tak sah. Bila seorang kena kacau, pelajar-pelajar puteri lain yang lemah semangat pun terkena sekali. Macam bersahut-sahutan jeritan diorang. Dan rutin kami memang baca Yasin, laungkan azan dan panggil ustaz-ustaz serta Wak Jazuli untuk tolong tengok-tengokkan mereka.

Kemuncak keseramannya apabila salah seorang daripada pelajar puteri dirasuk oleh jin yang menjaga tapak sekolah kami.(katanya!) Masa tu kami tengah prep malam. Minggu hadapannya peperiksaan percubaan PMR. Tiba-tiba terdengar jeritan dan lolongan. Ingatkan histeria biasa. Tapi lepas beberapa minit, ustaz suruh semua pelajar duduk dalam kelas, tutup tingkap dan jangan pandang ke luar. Kebetulan aku punya meja mengadap ke arah koridor dan cermin tingkap yang betul-betul depan aku pecah.

Pelajar yang dirasuk tu berjalan ke hulu ke hilir sepanjang koridor. Meracau! Dan meracau! Ustaz dan Wak Jazuli mengekor dari belakang sambil cuba menenangkan keadaan. Ada satu tahap pelajar tersebut dah panjat tembok dan nak lompat ke bawah. Tapi sempat diselamatkan. Nak dijadikan cerita, masa dia tengah meracau tu, dia berhenti betul-betul depan cermin tingkap kelas aku yang pecah tu. Apa lagi, semua dah cuak. Aku memang tunduk je ar. Bila aku dongak, dia tengah pandang aku, lepas tu dia cakap "Apa pandang-pandang?" (gaya cam ala-ala Maya Karin gitu.) Terus tunduk je aku sepanjang kelas prep malam tu. Muka dia memang muka orang kena rasuk. Putih dan pucat semacam. Tapi macam cun jugak la. Hehe.
Gambar ditukar kerana tidak sesuai untuk tontonan mereka yang lemah semangat

Apa yang aku nak cakap sebenarnya, kita wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib. Allah jadikan syurga, neraka, dosa, pahala dan makhluk-makhluk yang dihijab dari pandangan kita sebagai bukti kekuasaan Allah. Supaya kita tunduk dan menyerah kepada hanya Allah. Namun ada juga manusia yang ingkar dan tunduk pada hawa nafsu dan hasutan syaitan. Ada yang mengamalkan ilmu sihir untuk kepentingan diri, kerana hasad dengki dan menjual roh kepada syaitan laknatullah. Semoga kita dijauhkan dari golongan yang mansyirikkan Allah dan mereka yang mengkufuri nikmatNya.

Jumaat, Mei 02, 2008

Kena Tag Lagi

Kali ni, Syahidah pulak yang tag. Adoi!

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:

Sila rujuk entri lepas.

7 THINGS THAT SCARE ME:

1) Dia Yang Satu.
2) Terlepas waktu solat. Especially Subuh.
3) Nak wat senior presentation. (selepas menyaksikan Habirah pagi tadi)
4) Kantoi Final Exams.
5) Orang suruh belanja. Saving maa!
6) Kena langgar dengan kereta kat depan laundry. (kurang asam Fakhrul)
7) Cerita hantu semasa menontonnya di rumah Jimbo.

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

1) Ungu - Saat Indah Bersamamu
2) Intan Nuraini - Gubrak
3) Matta - Ketahuan
4) Kugiran (Iowa State Malay Band) - Belaian Jiwa
5) Baby - Cinta Yang Lain
6) Bonnie Tyler - Total Eclipse of the Heart
7) Sting - Roxanne

7 THINGS I SAY THE MOST:

1) can i have.....
2) hi
3) ok
4) i'm good
5) see you
6) yes
7) no

7 THINGS I TREASURE THE MOST:

1) Hidup yang indah bersama keluarga, rakan-rakan dan juga orang tersayang. Ewah!
2) Keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan galakan agar terus berjaya menjadi orang yang berguna di suatu masa akan datang.
3) Guru-guru umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi kegelapan anak-anak didiknya.
4) Rakan-rakan yang sering nasihat-menasihati lantas membelanja makan tengah hari di restoran.
5) Keluarga-keluarga bahagia di Iowa State ini yang sentiasa menjemput kami ke rumah untuk bermesra dengan anak-anak kecil mereka lantas menyiapkan makan malam.
6) Memori zaman kegemilangan semasa di sekolah rendah, menengah rendah juga menengah tinggi. Tak dilupa juga di kolej.
7) Pengalaman itu luas bila perjalanan itu jauh. Tapi bila dah penat berjalan, apa kata kita duduk sebentar.

7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:

1) Membawa kapal terbang kecil terbang bebas di udara bagaikan burung hering mencari bangkai untuk dijadikan santapan anak-anak di rumah.
2) Bermain dodgeball melawan 5 orang kaukasian bertubuh sasa sedangkan ahli pasukan sendiri terdiri dari kalangan 3 orang melayu yang membaling bola melelong ke atas.
3) Makan hidupan laut yang mentah bernama sushi sehingga rasa nak muntah kerana kehanyirannya.
4) Makan malam di rumah Amerika sewaktu cuba-cuba kononnya belajar tentang budaya sambutan Thanksgiving. Namun juadahnya adalah ikan salmon juga cendawan. Sedap dimakan kerana terlalu lapar.
5) Menikmati rasa gerun dan kecut perut tatkala menaiki benda alah yang meng'upside-down'kan diri korang dan secara tiba-tiba bergerak dengan laju ke arah bumi. Terasa jantung dah sampai kat hujung tekak. (ala, benda kat funfair tu.)
6) Memesan KFC halal sebanyak 110 pieces sehingga disangka baru keluar penjara oleh pakcik jaga kaunter itu.
7) Membela rambut panjang sehingga ke paras tak boleh belah dah jiwa ini merayu-rayu minta dipotong rambut itu namun tidak dilayan oleh pemiliknya.

7 PEOPLE TO DO THIS:

Tak apa la. Aku malas nak tag orang.