Selasa, April 29, 2008

Gatal

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini:

Anda sedang duduk di dalam kelas. Buku nota, pensel tekan dan pemadam getah sedia digunakan untuk sesi pembelajaran. Di hadapan, pensyarah anda sedang menerangkan dan berkongsi ilmu-ilmu baru untuk disemadikan dalam minda. Rakan-rakan sekuliah berada di sekeliling. Ada yang tekun menyalin nota, ada yang khusyuk mendengar, tak kurang yang sedang bersembang kecil, juga yang menahan ngantuk.

Tiba-tiba, perkara yang tak diundang berlaku kepada anda. Tapak kaki anda dilanda gatal. Arghhh! Tension gile. Nak garu susah sebab pakai kasut. Lagipun awek-awek 'panas' kang usha lain macam pulak. Nak tahan, gatal dia tak ingat menikam kalbu. Sehabis baik pergelangan kaki digerakkan untuk menghilangkan gatal. Namun sia-sia.


Apakah reaksi anda?

Jumaat, April 25, 2008

Tag Team

AMARAN: Entri ini mengandungi perkataan-perkataan yang boleh menyinggung, kasar dan nista, juga kata-kata yang hanya boleh menjadi tatapan mereka yang berfikiran terbuka. Tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa suci dan siqoh.

KATEGORI: 18 PL

* Jika anda terdiri dari golongan pembaca yang tidak menepati ciri di atas sila tekan kekunci berikut. 'CTRL+ALT+F4'

Ake kena Tag. Tak pasal-pasal aku terpaksa korbankan tidur selepas subuh aku untuk entri ni. Macam mana ko boleh terfikir nama aku Iqbal? Walaupun sememangnya tanpa ragu aku adalah mantan junior popular kat Kisas, tapi tak pulak aku expect diganggugugat dengan benda bernama 'Tag' ni. Cet!

Arahan/peraturan untuk 'Tag' ni:

1. Aku kena link kepade orang yang 'Tag' aku.
2. Aku kena tulis 8 fakta rambang berkenaan diri aku.
3. Aku kena senarai lapan orang lain yang aku nak 'Tag' dan
aku kena bagitau diorang dah kena tag melalui komen dalam blog diorang.

Jawapan:

1. Iqbal Munauwir (bin aku tak ingat. ngah3!)

2.
Fakta 1:
Hensem. Tidak mampu disangkalkan lagi.

Fakta 2:
Tengah belajar dalam jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa. Susah nak mati. Walaupun aku tak tahu apa aku akan jadi lepas habis belajar, tapi kenapa aku ambil kursus ini? Adakah kerana namanya yang ala-ala best itu?

Fakta 3:
Senang terpengaruh dengan televisyen. Sebab tu hidup selalu dalam alam khayalan je. Terawang-awang. Peh, layan!

Fakta 4:
Sebagai abang yang sulung, sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjadi abang yang garang tapi cute lagi disukai ramai.

Fakta 5:
Masa kecil itu dipenuhi dengan permainan-permainan tradisional yang menarik seperti galah panjang, police sentri, kejar-kejar, main pemadam, enjit-enjit semut dan lain-lain. Setelah meningkat dewasa, football pun dah tukar jadi soccer.

Fakta 6:
Saya telefon ke rumah saya di Kg. Batu Laut, 42800 Tg. Sepat, Kuala Langat, Selangor TRG(The Red Giants) seminggu sekali. Kalau terlupa, 2 minggu sekali. Itupun sebab dah kena mesej dengan mama. 'Salam, Bang. Kenapa dah lama tak telefon? -Mama.'

Fakta 7:
Nama panggilan 'WARX' diperoleh semasa tingkatan 3 di SMKA Kuala Selangor. Tak logik jugak ar. Sebab antara ramai-ramai budak yang nama bapaknya ala-ala jawa, aku pulak yang kena. Ejaan WARX adalah tribute kepada Tugiman Sabudin. Peace!

Fakta 8:
Hensem. Ditaukidkan sekali lagi.

3. Malas ar aku nak tag orang lain.

Segala fakta yang diunjurkan di atas adalah sebenar-benar fakta. Bukan auta. Haha.

Terima kasih daun keladi.
Jangan harap nak tag aku lagi.

Ahad, April 20, 2008

Kayap

Baru sudah melepas rindu dendam dengan mama. Calling2 sikit. Ingat dengan awek je ke boleh calling2. Hehe. Mama tengah bersiap-siap nak pergi kondangan di rumah Wak Pesek. Kat mana entah, tak tau. Haha. Macam inilah keadaan anak-anak muda yang semakin kurang berminat mengenali saudara sendiri. Apa sudah jadi?

Agenda demi agenda dibualkan sehingga terbuka tentang kisah kayap. Seorang kenalan keluarga tanpa diketahui puncanya telah dijangkiti penyakit kulit ini. Setelah dibawa ke Klinik Idaman di Tanjung Sepat (Ya, tempat ini sangat dekat dengan pusat ternakan babi di Kampung Tumbuk yang menjadi isu hangat di Malaysia dewasa ini. "Kerja Khir Toyo lah ni." bilang mama.), penyakitnya tak sembuh juga.


Lantas diusahakan pula kaedah perubatan cara tradisional. Lantaran ada cakap-cakap tentang penyakit kayap ini memang tak ada ubat yang mujarab dari klinik atau hospital. Aku tak tahu kesahihannya. Kawan-kawan yang sedang belajar ilmu perubatan mungkin boleh memberi pandangan.

Kaedah tradisional yang diberitahu mama ini sangat aneh dan tak pernah aku dengar. Caranya ialah dengan mengunyah putik nangka sambil membaca selawat. Kemudian disemburkan ke tempat yang terkena kayap tersebut. Namun ada satu lagi syarat. Orang yang perlu melakukan semua ini perlulah seorang 'Janda Dapat Bujang'. Maksudnya seorang yang pernah menjanda kemudian berkahwin semula dengan seorang bujang trang tang tang.

Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit kenalan tersebut telah sembuh setelah disembur 3,4 kali.

Macam-macam petua orang tua-tua ni. Tapi semua yang baik itu datang dari Allah. Jadi, kawan-kawan di arena perubatan, boleh tolong jelaskan apakah jenis ubat yang selalu diberi kepada seorang pesakit yang menghidapi penyakit kayap ini?

Selasa, April 15, 2008

Aku tak tau sumber mana yang mentafsirkan maksud lirik lagu Aduh Saliha ini. Tapi yang penting mesej yang ingin disampaikan lewat lagu ini.



Tajuk: Aduh Saliha
Lagu ciptaan: M Nasir
Lirik oleh: Loloq
Nyanyian: Mawi

ADUH SALIHA
// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah

Mana rayuanku hendak ku sampaikan
// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat
// tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya

// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya
(adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)

tak mungkin padam cahaya
// dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan
// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan
kala langit dilindung awan

// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)
barulah ku sedar
yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca

// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya

Sesudah berdarah
barulah ku sedar

// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan
jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya
bukan kepalang

// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha
// Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri
ohh......... saliha
// Tolonglah aku orang-orang yang soleh

Jumaat, April 11, 2008

Istimewa untukmu

Entri kali ini adalah khas buat senior-senior di Iowa State yang bakal menggenggam segulung ijazah tidak lama lagi. Kahadiran mereka dalam lipatan sejarah hidup aku selama hampir 3 tahun di sini meninggalkan memori suka, duka, pahit, manis, kelat, payau dan sebagainya. Moga tautan ukhuwah (chewah, ayat Kisas.) kita berkekalan selamanya hingga ke anak cucu(erk! ini untuk yang bakal berkahwin). Jauh di lubuk hati ini mengharapkan agar kalian sentiasa gembira dan berada dalam keadaan sihat sejahtera. (Ayat macam dah tak nak jumpa dah. Haha.)

Tatapilah wajah-wajah ceria mereka.

kak siti


mislan


nabilah


yeop


zulu


emmy


farah


habirah


jimbo


kak sam


hakim


aisa


anas


ayie


effa

Khamis, April 10, 2008

bola sepak sepak bola


Bola sepak merupakan sukan nombor satu di dunia.

Bola sepak merupakan sukan yang kurang popular di Amerika Syarikat.

Sukan nombor satu di dunia adalah sukan yang kurang popular di Amerika Syarikat.


Bola sepak. Football dalam Bahasa Inggeris. Lebih dikenali sebagai Soccer di Amerika Syarikat. Di Indonesia disebut sebagai sepak bola. Di Gaborone (ibu negara Botswana) ia lebih mesra disapa sebagai Darbuka. *Haha, kena tipu. Darbuka itu sejenis alat perkusi Turki yang biasanya dimainkan dalam lagu-lagu yang berunsur muzik Arab dan wilayah sekitarnya.

Ada beberapa faktor mendorong seseorang untuk menonton sebuah perlawanan bola sepak. Bagi aku, antara beberapa faktor tersebut adalah:

1. Melihat perlawanan membabitkan pasukan kegemaran walaupun tak berapa menarik sangat.
2. Ingin menyaksikan perlawanan yang bagus. (serangan bertali-arus bertubi-tubi lantas menyumbangkan jumlah jaringan yang tidak terhingga banyaknya.)
3. Menghayati skil pemain-pemain berprofil tinggi yang menyayat hati.
4. Mengharapkan pemain-pemain dalam pasukan fantasi agar sekurang-kurangnya menjaringkan gol, mencipta assist, mendapatkan clean sheet mahupun mendapatkan mata bonus agar jumlah mata melonjak naik minggu ini.
5. Suka-suka buang masa di hujung minggu mahupun di hari-hari kerja.

Selasa, April 01, 2008

FITNA

Dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan kehadiran produk pro-Zionis, filem pendek bertajuk Fitna. Filem selama kurang lebih 15 minit garapan seorang ahli perundangan Belanda, Geert Wilders mengundang kontroversi kerana menghina ajaran Islam. Dan setelah menyaksikan sendiri filem tersebut ternyata banyak sekali fakta yang bercanggah dengan ajaran Islam digunapakai untuk menggelar Islam sebagai ajaran pengganas.

Paling ketara, penyalahgunaan ayat-ayat Quran yang sengaja diambil tanpa merujuk akan makna dan konteks sebenar ayat-ayat tersebut. Lalu disalahertikan dengan dakwaan ia menganjurkan umat Islam untuk berbuat kerosakan terhadap mereka yang bukan Muslim. Di penghujung filem pula, Wilders menyamakan ajaran suci tinggalan Nabi Muhammad SAW ini seperti ideologi Nazisme dan Komunisme yang patut dihapuskan dari muka bumi.

Setelah aku me'wikipedia'kan Si Wilders ini, ternyata dia mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan Israel. Ini termasuk menyokong langkah Israel memerangi Islam, memerangi negara-negara seterunya, serta menggalakkan pelaburan kompani-kompani Israel di Belanda. Juga dengan lantang menentang Islam dan umatnya yang semakin berkembang biak di bumi Belanda.

Jadi kawan-kawan, aku menasihatkan diri sendiri, agar kita sentiasa sedar akan ancaman musuh Islam yang nyata atau yang sembunyi. Sama-sama kita berdoa akan kesejahteraan saudara-saudara kita yang tertindas tak kira di mana. Juga bersyukurlah kita dilahirkan dan membesar dengan cahaya Islam.

Allahuakbar!