Dan kita singgah di tanggal yang sama, purnama yang sama, meski edaran keliling matahari yang beda.
Segala puji dan puja kepada dan hanya kepadaNya Allah Maha Azim. Dalam kesempatan ini, dalam situasi dan suasana negara yang hingar oleh keluhan dan rintihan marhaenis menyuarakan isi hati oleh kenaikan segala macam perbelanjaan isi rumah, aku masih dikurnia upaya bernafas selesa menghirup udara segar senikmatnya. Ah, kita, 53 persen lawan 47 persen, telah sama-sama kembali mentaklifkan mereka bagi urusan-urusan harta negara. Lalu sesal bertambah kesal, tahankan saja. Suara kita, garau-nyaring-merdu-offpitch dengarnya sayup-sayup oleh cuping pendengaran mereka di tampuk kuasa.
Dua ribu tiga belas. Ingatkah lagi? Pertemuan-pertemuan, perpisahan-perpisahan. Pencapaian-kecemerlangan, kegagalan-penderitaan. Andaian, impian, sangkaan dan harapan. Setiap insan punya perjalanan silam, meniti titian berisim sekarang dan berhak mendapat cerah masa depan. Alhamdulillah, segala jerih payah dan nikmat melimpah, moga jadi modal terus rapat dengan Khaliq. Bukan semata demi laba dunia, tapi jaminan ridho dan selamat akhirat. Insan kan selalu mempersoal keadilan. Nah, keadilan siapa lagi yang kita mahu selain Dia yang maha adil. Yang mana definisi adil bukan hanya disandarkan pada logika manusiawi.
Dua ribu empat belas. Dengan ancaman-ancaman berdarah. Dengan harapan-harapan merekah. Dan cintalah penyebab manusia masih mampu melihat mentari menyinarkan kasihnya waktu siang. Juga cinta yang menjadi asbab rembulan memantul rindu berteman gugusan bintang kala malam. Ya, cintaNya. Cinta yang perlu kita sama-sama damba. Tadah tangan kita berdoa. Aku, kau, mereka yang kita sayang juga insan-insan lain seperti kita. Moga pada titik ini di pusingan orbit hadapan, kita menjadi pelaku ibadah, khalif dan hamba yang lebih baik dari sekarang.
Hmm, moga diberikan yang terbaik untuk watanku. Bermula fard, bait, ummah dan khilafah. Jangan kedengaran lagi ungkapan seperti ini, "Kalau tak suka ......, sila .......". Cukup-cukuplah.
Selasa, Disember 31, 2013
Selasa, Disember 24, 2013
Simpul
Segala puji bagi Allah. Raja segala perencana.
Segala puja bagiNya yang telah mengurniakan keberuntungan-keberuntungan. Dengan inayah dan kebesaranNya telah menyampaikan aku ke fasa ini. Fasa yang penuh pancaroba tak kurang mehnah. Takatan hidup yang membutuhkan tekad, kudrat, kesungguhan bagi meningkatkan nilai diri. Bukan untuk sekadar dipertonton kepada khalayak, tapi sebagai wadah dan batu loncatan menyelusuri hidup dengan lebih bermatlamat dan berdaya saing.
Ah, tak perlulah diulas lagi dan lagi tentang khilaf semalam. Apatah lagi pencapaian-pencapaian kelmarin. Pernah sekali kuterbaca makalah dunia maya. Penuh hikmah adanya. Hidup itu perumpamaan kepada pemanduan kereta. Skrin masa hadapan yang jelas nyata umpama kristal. 90 peratus pemanduan menghadapnya. Baki 10 peratus? Kan kita punya cermin sisi kanan dan kiri juga cermin refleksi belakang. Gunanya sebagai panduan dan medium lonjakan pasca masa silam.
Sekali lagi segala puji-puja bagi Al-Haq Azza Wa Jalla.
Aku akui kadang lelah, lemah dalam menghadapi cobaan. Yang kalau dinisbahkan dengan nikmat, tidaklah sebesar mana ujian itu. Namun rasa tiada daya, tiada upaya itu sungguh sinonim dengan peradaban manusia sejak sekian lama. Aku bergantung padaMu. Bergantung dengan sungguh-sungguh. Maka tetapkanlah iktiqad ini agar lestari kebergantungan ini padaMu selama-lama.
Juga kupanjatkan harap agar segala episod hidup samada duka mahupun bahagia, aku juga seluruh kesayanganku, akan teguh kami segera kembali padaMu. Aku dan kesayanganku mendamba redaMu, belas ihsanMu, kasih cinta sayang dan rinduMu. Sampaikan kami ke destinasi dengan selamat dan afiat.
Ya Allah Rabbul 'Izzati,
Selawat serta salam untuk junjungan Nabi Muhammad penghulu dan pengakhir sekalian nabi dan rasul. Juga ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat yang diredaiMu atas mereka dan mereka yang selalu berada di bawah lembayung kebesaranMu. Moga bingkisan ini bukan terakhir kali aku mengingat akanMu.
Amin.

Jumaat, September 20, 2013
Analogi anatomi
Aktiviti cetak dan tampal di blog ini dipengaruhi oleh ketiadaan medium yang sesuai untuk sesuatu artikel panjang yang mahu disimpan (baca: tidak sempat dijamah) untuk rujukan masa hadapan.
* * * * *
Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Isnin, September 16, 2013
Kediaman Seribu Bayu
Jangan kau risau dik,
Abang di sini baik-baik saja,
Usai urusanku,
Akan segeralah pulang,
Hingga waktu itu,
Himpunlah sabarmu sedalam-dalam,
Biar sekuat mana rindu dendam,
Akan tetap teguh diredam.
B01-09
Marina Court Resort, KK
7.20 Malam
Jumaat, Julai 19, 2013
Dzaalika Mataa'ul Hayaatid Dunyaa
Apa kau kira kasih sayang sudah luput dari dunia? Sungguh Ramadan ini pelajaran yang manis-manis bagi tamu-tamunya.
Kisahnya begini.
Seorang pemuda tampan singgah ke masjid buat tumpang berbuka. Tubuhnya letih lesu namun hatinya lonjak teruja. Mahu merasa salah satu kegembiraan bagi orang berpuasa seperti yang dijanjikanNya. Sampai-sampai juadah utama kehabisan. Si pemuda walau sedikit kecewa, namun bersyukur masih ada kudapan yang tersedia untuk santapan berbuka. Ah, masih ramai yang sukar, yang susah di luar sana berbuka sekadar air jarang. Malah, usai maghrib atau usai terawih nanti pun masih punya kesempatan diladeni yang sedap, yang enak.
Langkah disusun atur ke perkarangan yang mana orang ramai duduk sama menunggu laungan kebesaran. Indah suasananya. Meriah rumah Allah dengan jemaah yang mengimarahnya. Doa-doa berkepul-kepul naik ke langit. Bukan satu, tapi beribu. Tasbih, tahmid, takbir dan tahlil banyak sekali kedengaran. Yang datang berkeluarga, duduk berkelompok di sudut-sudut masjid. Terhibur oleh telatah ibu bapa yang melayan anak-anak kecil yang banyak ragam. Juga adik-adik muda remaja yang karib hatinya oleh masjid.
Kemudian, sesuatu yang syahdu telah berlaku. Entah manusia, entah malaikat. Si pemuda diberi sebungkus makanan yang tadinya kehabisan. Baginya bungkusan itu adalah keberkatan. Yang datang dari Allah melalui ciptaanNya. Tanda kemahaluasan rahmat dan kasih sayangNya. Bukti ramadan adalah untuk mengenang payah dan lelah mereka yang jarang ketemu dengan makanan. Insan pemurah itu entah bagaimana rupanya. Hilang bersama memori. Namun segala kebaikan dari Allah si pemuda tujukan untuknya atas ihsannya yang jadi manusia pemurah sempat senja itu.
Dan nikmat Tuhan yang mana lagi mahu engkau dustakan?

Ahad, Jun 30, 2013
Durjana (Sebuah Permintaan Yang Belum Tertunaikan)
Akan ada waktu bila kita merenung perjalanan hidup yang telah ditempuh, kita merasakan yang sangat sedikit apresiasi kita pada kurnia yang dilimpahkan.
Maka sebab itu selalu kita membayangkan yang adalah mungkin lebih baik kalau semua akumulasi kecelakaan tertimpa ke atas kita. Biar mereka yang selalu senang melihat kita susah, berasa puas hati teramat. Biar ia jadi satu manifestasi bahawa keberuntungan selalu pada mereka dan ketidakupayaanlah yang selalu menghantui kita. Sangat mahu kita menunjukkan pada dunia dan dengan megah suatu hari nanti berkata, "Lihatlah dunia. Aku memang selalu di bawah. Tertindas. Digilis. Dan engkau rasa bahagia kan melihat aku begini. Timpalah celaka itu ke atas aku. Timpalah dengan sebanyaknya agar sengsara ini menjadi kepuasan engkau yang selalu beruntung."
Setidaknya itu yang kita rasa saat tiada daya. Berdosakah? Jawapannya ada pada diri. Kebergantungan dan keterikatan kita itu pada siapa?
* * * * *
Ada seorang budak lelaki belasan tahun pernah meminta agar pesawat udara yang dinaikinya terhempas mengorbankan dirinya dan penumpang lain. Hanya kerana oleh jangkaan bebanan masa hadapan yang baginya tiada dapat ditanggung dan sangat menakutkan. Bodoh. Tiada jalan pintas seperti itu, hai budak.
Ada seorang lelaki suku abad pernah meminta agar kereta yang dipandunya terlibat dalam nahas jalan raya yang dahsyat dan mengakibatkan dirinya mati serta-merta di tempat kejadian. Hanya kerana dirasakan banyak manusia-manusia pembenci akan mengingatnya saat dia pergi. Bodoh. Tiada jalan pintas seperti itu, hai lelaki.
Ada seorang yang bodoh, mengulang-ulang permintaan celaka untuk diri sendiri. Hanya kerana baginya hidup tak pernah adil. Bodoh. Tiada jalan pintas seperti itu, boi.
Kau ingat tiada manusia yang sayang padamu? Kalaupun tiada satu makhluk yang merasa belas, kan masih ada Tuhan.

Rabu, Mei 01, 2013
Otanjoubi Omedetou
Pada pembicaraan kita yang lalu
Masa terbang dengan laju
Kau tak putus perkataan
Yang melukiskan angan-angan
Yang mengibarkan sayap impian
Dari jauh aku angguk mengiyakan
Senang merenung kau bahagia
Bersisip sungging tawa ceria
Dan sepasang mata yang bercahaya
Pada pembicaraan kita yang lalu
Tersentak aku dipukul pilu
Tutur bahasamu yang lincah
Namun berencah duka dan amarah
Yang melayangkan resah
Yang membayangkan retak serta belah
Dalam kelu aku masih mengiyakan
Sakit dirimu bukan kau seorang merasakan
Terjemahanku mungkin dagang
Namun takrifnya dekat menumpang
Entah masihkah ada pembicaraan mendatang
Di masa hadapan
Yang bakal kita kongsikan
Dengan kunang-kunang harapan
Dengan kelip-kelip impian beragaman
Engkau
Tidakkah kita dikurnia ulung
NikmatNya yang banyak tak terhitung
Lalu ditakdir pertemuan
Berkepil rahsia yang belum kita temukan
Ah, sangat mahu aku
Akan banyak lagi kesempatan
Untuk kita meneruskan pembicaraan
Yang ini dan yang itu
Yang begini dan yang begitu
Ayuh aku mulakan
Di hari besarmu

Jumaat, April 26, 2013
Bukanlah Aku Fansuri
Ragu dan sangsi
Dengan hati-hati, dia tanyakan lagi
Tentang kasihnya yang kucuri
Aku diam
Kerna ternyata aku berdosa mencuri
Katanya
Kuanggap engkau wali, manusia suci
Tapi mengapa engkau lakukan ini
Tak henti menyakiti
Aku masih diam
Kerna aku mengerti
Memang dia selalu tersakiti
Katanya lagi
Terus-terang padaku kasih
Katakan yang engkau memang tak pernah peduli
Selama ini hanya mengambil hati
Aku terus diam
Kerna aku tahu bukanlah aku Fansuri
Yang hadir dengan bait-bait puisi
Kasih
Bisakah kau percaya?
Walau sedikit
Walau sekelumit
Abang
Pagi Jumaat
Lima hari sebelum Jubli Perak dirimu.

Langgan:
Catatan (Atom)