Khamis, Mei 08, 2008

Pitaya

"Setahun telah berlalu, sewaktu kau meninggalkanku, hatiku pedih ditusuk sembilu..~"

Kedengaran berkumandang lagu Gelombang Cinta nyanyian kumpulan Heavy Machine menemani diri kala senja dekat-dekat nak maghrib ini. (Dah nak maghrib pun layan rock kapak. Isk! Isk!)

Kelmarin, peti masuk emel aku menerima kehadiran gambar kiriman mama. Gambar Aiman bersama sebiji buah pitaya hasil pokok yang abah beli setahun yang lalu. Waktu aku pulang tahun lepas, memang musim orang ligat menanam pokok pitaya ni. Abah dan mama yang minat mereka bercucuk tanam kecil-kecilan, tak nak kalah juga. Ada 4,5 anak pokok yang telah ditanam di halaman rumah. Dan salah satunya telah membuahkan hasilnya.
Dan aku bertambah pilu melihat Aiman yang sudah kelihatan besar. Walhal semasa aku berbual melalui telefon dengan mama tidak lama dahulu, dia pun sibuk nak menyanyi lagu Ketahuan dendangan Matta. Dengan suara nyaringnya, dalam sayup-sayup kedengaranlah bait-bait lirik lagu tersebut.

"Oo..Oo..Kamu ketahuan pacaran lagi, dengan dirinya teman baikku, Oo..Oo..Kamu ketahuan pacaran lagi, dengan dirinya teman baikku.."

Dan aku semakin pilu. Haha. (Wa feeling la.. wa cemas sekarang ni..)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenape lu cemas beb?
btw, buah pitaya tu buah ape ek?dragon fruit ke?

Tanpa Nama berkata...

haha..wa cemas nak exam kak jaja..hehe

aah, dragon fruit..cube akak google image 'pitaya' akan ternampak lah buah itu..hehe

Tanpa Nama berkata...

oo..tak bis exam lg ke..tula..lu pi layan rock kapak waktu nak maghrib..bertambah cemasla..:p cuba dgr quran recitation..pasti kan tenang hati tu walaupun nak naik bende yg upside down tuh..(senyummm)

Tanpa Nama berkata...

oo..tak bis exam lg ke..tula..lu pi layan rock kapak waktu nak maghrib..bertambah cemasla..:p cuba dgr quran recitation..pasti kan tenang hati tu walaupun nak naik bende yg upside down tuh..(senyummm)

AmiE berkata...

Salam.

Balik sudaa warx thn ni huhu

btw, dragon fruit- kandungan antioksida yg tinggi = lmbt tua.huahua

Tanpa Nama berkata...

kak jaja: terima kasih atas nasihat..alhamdulillah, exam dah berakhir..wpun cam pasrah je..haha

amie: ko support ar tiket..