Khamis, September 25, 2008

Name Tag


7 FAKTA YANG PALING TEPAT UNTUK DISENARAIKAN TENTANG DIRI ANDA

1. Sedang dilamun cinta buat kesekian kalinya. Namun cinta itu jauh dari jangkauan sejauh terpisahnya Laut Jawa dan Selat Melaka.

2. Mencari pekerjaan itu seumpama menanti bulan jatuh ke riba. Dan aku seumpama pungguk rindukan bulan lantas bulan itu mungkin tidak akan pernah jatuh ke ribaku.

3. Kata orang, keajaiban dunia itu ada tujuh. Namun bagiku keajaiban dunia itu hanya satu. Oh familiku, kamu memang ajaib di hatiku.

4. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Namun bukan kenyang yang jadi misi, tali silaturahim itulah yang utama sekali.

5. Jauh perjalanan luaslah pengalaman. Andai penat kau berjalan, singgahlah sebentar di tempat rehat agar pulih tenagamu dan mampu meneruskan perjalanan dengan selamat.

6. Muzik penghibur jiwa di kala duka. Juga medium indah menyebar suka. Ingat jangan sampai kau leka. Hingga kerja sekolahmu disiapkan di saat terakhir sebelum waktu luputnya.

7. Rupa paras bukan ukuran. Kerana bagiku kecantikan bukan hanya pada luaran. Andai wajahmu sejelita Jessica Alba atau lebih dari itu, tetapi tingkahmu ala-ala Dynas di dalam drama Ezora, tetap kutolak. Namun lobang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku.

Dah siap dah Shaiza. Sesuka hati ko je tag2 aku ni.

Lupa pulak aku dah ada entri yang lebih kurang dengan entri ni.

Fine, kena pilih orang lain. Dan manusia bertuah itu adalah ibu kepada dua orang anak. Mempunyai tali persaudaraan dengan seorang pelakon drama Sindarela. Tak lain dan tak bukan, Kak Jaja..fiwiiittt..

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wak member aku ckp..game ni kena sambung2..ko kena TAG org lain pulak..keke..dah cm budak2 pulak aku rase..ble buat gini ahakzs!

Tanpa Nama berkata...

ye2, dah suh kak jaja..hikhik

qyla berkata...

wah..mcm dipersalahkan plak..ahaks..anyway, sekali sekala jadi budak2 aper salahnyer kan?kan?hehe

7 fakta disini sgt mncbr minda dan sungguh kreatif dan puitis..good job ha!!=p

Tanpa Nama berkata...

siapakah gerangan cik/encik qyla ini..secara mendadak dangdut hadir dalam blog yg kurang pengunjung ini..apapun terima kasih atas dorongan dan sokongan dari anda..hikhik

qyla berkata...

saya lah kawan cik sesa yg menyebbkan anda di tag..cik aqilah yer..terima kasih..=)

Tanpa Nama berkata...

cessssssssssssssssssss..ku sangkakkn musim fall telah tiba tp rupe2nye masih summer..adeh deh de..
akk punyela bersenang-lenang mengamati bait2 puisi awk ni stlh membace sgl jaw.2 cecha (yg lebih mudah difahami itu), alih2 ade plak nameku di barisan ayat yg terakhir..aduhai..tp sib baik tag ni cam menarik tertarik ko mmg de bom, so kire bulehla nk layan..tp nanti2 la ye wak..bile en.aiman ni sdg berehat diulit mimpi akk cube sudahkan..:)

p/s: awk dtg fp akk senyap2 je ye, tak de bunyi pun psl tag nih..:p

Tanpa Nama berkata...

haha, sy save the best for the last..diam tanda setuju, senyum tanda suka kak..haha