Isnin, September 14, 2009

10

Ada satu iklan dekat Hot FM yang aku dengar pasal nombor 10. Kalau tak silap pasal iTalk kot. Dalam iklan tu ada sorang tanya member-member dia apa yang menarik pasal nombor 10. Ada yang jawab jersi bola dia nombor 10, plat kereta dia nombor 10, hari jadi dia 10 hb dan macam-macam lagi la. Akhir sekali mesejnya cuma nak cakap iTalk tu kadar dia hanya 10 sen per minit.

Jadi sempena 10 hari terakhir Ramadan ni, marilah sama-sama meningkatkan amal-amal baik. Kurangkan memaki-hamun ketika di jalan raya walaupun pemandu lain memandu macam haram. Banyakkan bersabar dan jangan lupa kewajipan sebagai seorang umat Islam dan seorang warganeraga yang bertatasusila. (dulu aku pernah minat sorang awek nama Suziela, hari tu terserempak dekar bazar Ramadan, sekarang dah free-hair)

Lagi satu, walaupun aku dikira sebagai orang tak berguna (sebab asyik menghabiskan beras mak bapak sendiri dan mak bapak orang lain), tapi sebagai remaja (chewah, remaja konon) aku sangat tak suka dengan fenomena hari ini yang aku perhatikan. Ramaja sekarang, malah kanak-kanak sekali, dah makin kurang ajar dan tak tau menghormati orang tua dan juga keadaan sekeliling.

Dahlah ponteng sekolah, hisap rokok, merempit depan rumah orang, lepas tu boleh selamba je minum todi. Masa bulan Ramadan pun bukan tau makan saman. Selamba menunjuk-nunjuk depan orang yang mereka tu tak puasa. Apakah akan terjadi dengan masa depan bangsa, agama dan negara agaknya?

Malas ar aku nak taip banyak-banyak dah. Korang pun bukan suka baca benda-benda macam ni kan. Korang pun jenis yang tutup mata je bila jumpa golongan-golongan macam ni. Agak-agaknya berdosa ke tak aku doakan yang buruk-buruk untuk diorang ha? Ya Allah ampunkan aku ye.

2 ulasan:

Jimbo berkata...

ish mana ada. aritu baru je aku lempang bdk skolah sedas dua. ada ke dia bole layan korek hidung time2 pose camni. x pose ke hape.

oh ya. aku sokong apa ko ckp. bdk remaja skang (aku adult skang), senang cite bdk skolah mmg x reti hormat org. isap rokok ilek je dpan skolah time tgh2 sibuk mak bapak nak pikap anak memasing. apa cer? agak2 la kan. kot ye pon lepak la blakang paip air tmpt tersorok sket la kan. nak langgar je diorg tp sayang keta nye pasal xjadik aa.

tu aku tekankan. apa yg penting? kerjasama.

tp cite skang lu buat hal.. kitorg dah setting bukak pose kat s.alam tp lu xmau turun. lu bikin panas dowhh..

warx.hensem berkata...

sori ar jim..aku mmg selalu ar mengecewakan rakan2..cm x biasa lak..maaf zahir batin doo..