Khamis, Mei 10, 2007

Ku Bertanya


Bertanya tentang pilihan
Mana satu intan
Mana satu kaca tiruan
Tampak sama dari luaran
Namun tidak kenyataan
Benarlah kata bidalan
Hanya jauhari kenal manikam

Bertanya tentang insan
Masing-masing punya kelebihan
Penilaian kulit depan
Tak semestinya bertepatan
Pandailah kau cari teman
Bukan yang makan kawan
Bukan juga yang tikam belakang
Teman selalu beri panduan

Bertanya tentang perhubungan
Dengan Tuhan
Patuhlah dengan suruhan
Jauhlah dari larangan
Dengan ciptaan
Sentiasa dengan senyuman
Pelihara keharmonian

Bertanya tentang kehidupan
Bukan sekadar hiburan
Bukan mainan
Juga bukan angan-angan
Hidup dengan tujuan
Buru hidayah dan keredhaan
Agar tidak tuju kesesatan
Akhir dengan kemenangan


-Entri istimewa buat Akhi Hazrul Izuan Shahiri, University of Minnesota, ex-KISAS 01, yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 3 Jun 2007. Moga gerbang perkahwinan yang dibina akan dirahmati Allah SWT.

11 ulasan:

hazrul berkata...

Jazakallah khayr akh syafiq al-bantingi :).May you find one in the near future and dont keep it secret from me.hehe

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Apabila baju melayu bertemu baju kurung..=)

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya..itu janji Dia, jadi aku rasa tak perlu menilai intan atau kaca..sbb kita cermin dirinya..(wah..biar benar aku ini..huahua)

tahniah Akhi Hazrul Izuan Shahiri..Semoga masjid yang terbina mendapat keberkatan dan dibanjiri rahmat-Nya dunia dan akhirat..

p/s:warx, ko ble lg?..adah nk jd pengapit tu..ahahaha..

amnah my. berkata...

salam..

hmm.. sajak untuk pengantin baru rupanya.. tahniah buat yang punya diri.. bila pulak la tiba giliran shafiq ni ye.. jangan lupa bitau tau.. nanti bolehla bagi hadiah sajak jugak.. huhu.. apalah saya merepek ni..

Tanpa Nama berkata...

izuan: haha, ana x mcm nta..xdenye rahsia2..huhu

amie: mmgla lelaki baik utk pompuan baik..tp yg dtg dlm hdup kita ni, kena kita nilai..contoh, kalau nak beli kasut, kita dh berkenan ngan design dia, pastu org kedai tu kasi yg ada dlm kotak, kena check dlu elok ke x, kalau x check mana tau saiz dia lain sebelah ke..isk2

amnah: lambat lagi la sy nya giliran..awak tu yg kena cr dlu..org laki x pe..byk pilihan..hehe

Ct AdAh berkata...

salam..

ingatkan bertanya ttg ape..ttg pilihan rupanya..spesifikkan lg..pilihan utk mendirikan rumah tangga..aih, makin hari aku tgk entry ko makin jiwang2..isk2..ape pn, tahniah buat tuan punya diri yg akan melangsungkan perkahwinan..Akhi Hazrul Izuan Shahiri..soalan yg sma mcm sume org, ko bila lg wak? bak kata amie, aku mmg xsabar nk jd pengapit pengantin perempuan ni..haha..ok, chiow~

Sarah Mohd Shukor berkata...

salam shafiq,

eh, hazrul izuan org temerloh? dah nak kawin? subhanallah. selamat pengantin baru. moga jodoh hingga ke syurga kekalnya. klu betul ni akhi hazrul from temerloh tu, yg dulu perkisasian tu, anak saudara ustazah selamah n hamdah, maknanya sedara mara la jgk ni ;) once again, selamat melangsungkan majlis.

Tanpa Nama berkata...

odah: heh mana de jiwang..aku lambat lg ar..tunggu ko beranak pinak dl..huahauhaua

kak sarah: ni mmg hazrul izuan org temerloh la ni..huhu

Sarah Mohd Shukor berkata...

sampaikan salam pd dia ye..eh, majlisnya kt mana? msia ke, kt sana? ups. sory byk pulak tanyanye.

Tanpa Nama berkata...

kat malaysia je..huhu dia dh nak grad dah..

Vann berkata...

Adik2 dah kahwin..abg2 calon pun blum ada...

Syafik..nak numpang syafaat dari puisi kamu nih..walau pun tak nak kawin lagi..huhu

Tanpa Nama berkata...

kita sama je abg mukhriz..belum ade calon..hehe btw time kasih belanje nasik lemak telur wak kanang hr tu..huahuahua