Rabu, Mei 23, 2007

Banting


Banting ini bukan banting yang bermaksud baling, campak dan yang seerti dengannya. Kegunaan ayat bagi perkataan banting yang itu adalah seperti berikut: Pak Abu membanting tulang mengerjakan sawahnya yang sekangkang kera itu.


Banting ini adalah nama khas untuk sebuah tempat yang terletak di daerah Kuala Langat (KL), Selangor. Tempat lahir dan tumpah darah aku. (Sekejap! Yang tumpah darah, aku ke mama aku ek?) Lewat tengah hari Khamis yang lalu sekitar pukul 1.26 tibanya seorang patriot di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Yeah! Sampai juga akhirnya setelah dihujani kebimbangan tatkala kurang lebih 20 jam menghabiskan masa di atas pesawat. Sengal, sakit, kebas, semut2, semua ada.


Semasa menunggu bagasi-bagasi seberat 20 kilogram tiba, seorang warga Cina kelahiran Malaysia yang satu pesawat bersama aku dari Taipei ke Kuala Lumput menyapa. "Sampai dari mana? Taipei?" "A'ah." Jawabku ringkas. "Lambatlah servis KLIA ni. Kat Taiwan tadi laju je. Malu kat orang luar. Dia orang banyak komplen pasal servis kat sini tadi." Ujarnya panjang lebar. Ya. Aku mengakui akan proses yang begitu lambat di sini. Salah siapa? Birokrasi? Atau mentaliti? Entah.


Apabila melepasi pintu automatik yang memisahkan orang ramai dengan kawasan mengangkut bagasi, aku terlihat dua kujur tubuh yang dirindui. Abah dan mama. Mama mengambil gambarku sambil menahan sebak. Rindu sungguh barangkali. Abah lebih tenang. Dan ketenangan itu terwaris pada diriku. Aku memeluk erat keduanya. Alhamdulillah. setelah hampir 2 tahun, oanjang juga umur kami.


Sampai di Banting, abah dan mama mengajak aku makan di hadapan bangunan TESCO yang masih belum siap waktu aku ke Amerika 2 tahun lalu. Banyak cerita yang aku kongsi bersama mama dan abah. Mama yang banyak bertanya sebenarnya. Aku sekadar menjadi tukang jawabnya. Banting tak banyak berubah. Cuma semakin sarat dengan pasaraya. Namun kedai-kedai kecil yang menghisasi Banting yang dulu tetap ada. KFC tetap ada 2. Lokasi salah satu darinya sahaja yang berubah. Jalan raya tetap padat dengan kenderaan. Hmm, sampai sini dulu. Lain kali aku ceritakan lagi.

9 ulasan:

JeMari MaNisKu berkata...

klang lg best..
sbbnye kt klang skrg ade TESCO, GIANT, pastu nnt nk ade JUSCO kat bkt tinggi..wahaha.. aku suke KLANG!! Maju KLang!! ehehehe.. apepun, aku pernah gak gi Banting.. xsilap aku gi beli kerepek kot.. entahla xingatla.. anyway, wak selamat pulang ke Tanah Melayu.. eehehe..

munirmuji berkata...

salam bro!!!selamat membanting di banting...selamat2...

amnah my. berkata...

salam..

mesti best kan perasaan lama tak jejakkan kaki ke tempat sendiri.. saya ni hampir 3 tahun di moscow dah 3 kali balik.. hujung bulan 6 ni balik lagi..huhu.. orang mesia pun pelik gaknya.. duduk oversea tapi asyik balik je.. macam dari kl ke jb plak.. kalau nak tahan tak nak balik..hmm..susah tu..

genkidene berkata...

salam..

ohh org banting rupenye..
erm..baru je pi banting last weekend..
lalu laa depan TESCO tu, gi Kg Bandar, panjat bukit Jugra, jln2 kat Kelanang Bay..
dah makin maju ehh..heehee... mcm2 ade kat banting town..
orang kat situ pun baik2 n ramah belaka..

Tanpa Nama berkata...

nuha: heh, wpun supermarket nya x sebanyak kelang, tp jumlah pendatang asing masih lg kurang banyak dr yg bole ko jumpa kat depan mydin tu..huahuahua

munir: selamat pdmu juga di bumi tadahan susu lembu itu..huahauhua

amnah: xpe org pompuan tiap2 tahun balik..kalau org laki tiap2 tahun balik tu yg x leh terima..huahuaha

syahidah: awak gi bahagian banting yg jarang sy gi..sbb kg saya kat bahagian lain..yg belah abah dkt ngan kolej mara banting..belah mama plak lps dr pantai morib..uhhu

Ct AdAh berkata...

to wak.poyo: isk, kecoh la pakcik ni dh balik banting..aku nk balik msia ni..xde pn nk kecoh2 cam ko..biasa la hidup atas muka ni..sentiasa bermusafir dan berhijrah dr satu tmpt ke tmpt yg baru..kesimpulannya, dok banting tu senyap2 sudaa..muahaha..

p/s: uwaa..xsbr nya nk blk msia..lg 6 hari..huhu..

Tanpa Nama berkata...

Salam

huhu..ko nye peta tu, cam peta dlm undgn majlis kawin.huahua.

aku kalau g banting, g kmb je, htr sedara aku balik..kalau x, aku x pernah jejak banting la agknya..

part yg masa ko and warga cina tu complaint kelambatan KLIA, utk pengetahuan ko, aku ade tergelak sikit..sbb kalau nk dibandingkan airport lain yg aku slalu transit, tak de airport yg lbh baik selain KLIA.Airport Russia apatah lg...

Neway, sementara berada di Malaysia, gunakanlah masa sebaiknya..byk benda bley di buat dan dimakan..=D

Hafiz berkata...

jalan2 sampai kat sini :)

org banting rupanya. Banyak ker dah berubah banting tu? Last time berada di banting pun sebab belajar di kmb.

Sarah Mohd Shukor berkata...

salam shafiq,

before balik, x bgtau pun. tup2 tau dh sampai msia. tu pun bro mukhriz cerita dia gi makan d wak kanang dgn kamu wkt AGM ALKIS. adui.sampainye hati ye.. nanti kamu gi kenduri abg izuan? salam buat family kamu d banting ye. terutamanya mama kamu! hehe