Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak ke kampus Universitas Padjajaran. Oleh sebab mereka sedang bercuti, maka tidak ramai pelajar yang ada di kampus. (ala, tak dapat usha awek U!). Selepas selesai sesi penggambaran, bermulalah perjalanan ke Bandung. Orang cakap, di Bandung ni syurga membeli-belah. Banyak barang berjenama dijual dengan harga murah. Ketika dalam perjalanan, ada pula demondtrasi yang diadakan oleh rakyat di sini. Wallahua’am tentang apa. Tapi yang dapat aku lihat, ada bendera menunjukkan huruf SPP.
Setelah beberapa kali bertukar angkut, kami sampai di Cihawk kawasan membeli belah. Tempatnya memang besar dan disekitarnya pula ada lagi kedai-kedai lain yang juga berniaga pakaian, makanan dan lain-lain. Selesai mencuci mata, kami ke Pasar Baru pula. Tempaat menjual kain dan baju koko seperti Tanah Abang. Solat di sana sambil cuci mata yang dah rambang kerana terlalu banyak barang jual. Kaki semakin lenguh.
Kemudian, aku dibawa ke syurga cetak rompak dunia. Memang tak boleh dikata dengan perkataan. Banyak gile. Satu gedung tersebut penuh dengan DVD cetak rompak. Cakap sahaja, dari Hollywood, Bollywood, Korea dan Jepang. Dari filem blockbuster, drama bersiri mahupun anime. Semua ada. Sempat aku membeli beberapa DVD kartun untuk adik aku si Aiman tu.
Sedang aku menanti rakan lain memborong DVD, aku ditegur mamat took DVD tersebut. Mula-mula ditanya tentang kamera digital yang aku bawa. Kemudian tentang industry cetak rompak di Malaysia hingga ke perihal kuliah. Selesai memborong DVD, kami memborong kerepek pula. Masuk-masuk saja sudah dihulur macam-macam kerepek pada kami. Kerepek pisang keju, dodol aneka warna dan macam-macam lagi. Aku hanya menjamah dan tidak berniat membeli pun.
Seterusnya, kami memutuskan untuk jalan-jalan di mall, solat, makan malam dan pulang ke rumah. Sebelum itu, aku sudah membeli tiket kereta api berharga 60000 rp untuk pulang ke Jakarta. Aji dan beberapa kawannya pula mahu ke Jogjakarta esok. Mulanya mahu juga aku mengikut namun kerana kesempitan waktu, aku mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa hari aku di Jakarta saja.