Jumaat, Jun 22, 2007

Jakarta oh Jakarta

Salam

Aku dah lama tak menulis ni. Dah dekat sebulan. Sekarang ni di depan komputer Zulfadli Aris. So ini menandakan aku berada di kota Jakarta. Dirgahayu Jakarta. Sebenarnya aku tak termimpi pun nak melawat tanah Jawa ni. Tapi kira-kira 5 bulan yang lepas idea melawat kawan-kawan yang berada di sini tiba-tiba muncul. Ditambah dengan special offer dari Air Asia dengan promosi tempat duduk percumanya. Jadi aku hanya perlu membayar cukai sahaja. Murah? Ya, boleh dikatakan begitu. Pergi balik dengan kos sebanyak RM175.00.

Sampai di Jakarta, aku ketemu sama kawan-kawan lama di KISAS dan INTEC dahulu. Zul, Azhan, Fahmi Mansor, Wira, Zack, Khalis, Nabieh dan beberapa kawan baru. Banyak perkara yang diborakkan. Dan aku juga pelajari beberapa perkataan baru yang digunakan di sini. Menu pertama di Jakarta ialah nasi Padang. Malam itu, aku bermalam di rumah Azhan sahaja.

Pagi esoknya, kami merancang untuk berjalan sekitar kota. Pagi-pagi lagi Zul sudah mengajakku ke pasar. Sempit sungguh persekitaran Jakarta. Kepadatan yang melampaui batas imaginasi manusia normal. sebelum itu sempat juga aku bergambar di pintu masuk kampus Universitas Trisakti yang menempatkan Azhan dan lain-lain. Setelah sarapan dengan kuih apam berupa seperti Dorayaki, kami beramai-ramai ke Taman Anggrek (antara mall paling besar pernah aku jumpa. Parking lot pon siap dengan jubin. Perghh, tapi rakyat banyak yang di bawah tahap kemiskinan.)Destinasi pertama kunjungan kami ialah Tanah Abang. Cakap saja nak apa, semua ada di sini. kain batik, kain pelikat, sejadah, baju koko, telekung, tudung, baju dan macam-macam lagi. kalau golongan wanita sampai di sini, mesti suka. Shopping sakan punya. Murah-murah pula tu. Rambang mata nak memilih. Aku sempat membeli baju koko lelaki, kain batik sikit, dan kain pelikat. Mungkin aku ke sini lagi sebelum pulang. Banyak kiriman dari rumah nampaknya. Solat di masjid yang indah di atas bangunan kompleks Tanah Abang tadi.


Kemudian kami ke gerai buku. Kawan-kawanku sibuk memborong kitab-kitab agama. Memang di Indonesia terkenal dengan kerja-kerja penterjemahan buku. Segala jenis buku ada diterjemah. Even drama bahasa asing pon dialihsuara ke bahasa Indonesia. Kelakar jugak bia menonton drama hindustan berbahasa Indonesia.

Oleh kerana kepenatan, kami memutuskan berehat sebentar dan bercadang untuk makan malam di Muara Angka (ejaan entah betul ke tak ni). Tapi disebabkan isteri Khalis kurang sihat, jadi plan dibatalkan dan kami hanya makan malam di TA (Taman Anggrek). Kemudian kami pulang kerana esoknya aku dan Zul akan ke Bandung. Melawat Aji Zubir dan kawan-kawan di Universitas Padjajaran.

Hari pertama di Jakarta memang memenatkan. Banyak makanan pelik-pelik yang aku jumpa. antaranya Es Doger, teh yang rasanya seakan air epal dan anggur, Bakso Malang, nasi Uduk dan lain-lain. istilah yang baru bagi aku adalah seperti Es Teh Manis, Es Jeruk dan Batagor. Selain itu, ada beberapa pengangkutan di sini yang tidak kedapatan di Malaysia. Antaranya bajaj (disebut sebagai 'bajai'), dan angkut. So, sampai sini dulu. Report hari seterusnya sedikit masa lagi.

5 ulasan:

syuqaira berkata...

sy malas nak bace entry kali ni,
sy tgk gambar saje,
macam seronok..,
aih..
sy teringin nak naik cab tu..
macam dalam TV :p

Mudzil berkata...

siott ko..pegi indon x bgtau..hampeh!!!!

dah2..pasni pegi mane2 aku xnk ajak..hauauhauha

Tanpa Nama berkata...

sikin: haha..baca boleh tgk gambar pon bole

mudzil: ko x ajak aku gi uia..aku x ajak ar ko gi indon

Anak Singa berkata...

salam wak,

baju koko tu apa benda?

Tanpa Nama berkata...

baju koko tu nama bagi baju yang dipakai oleh kebanyakan orang indonesia. ala yang macam ibu arini pakai dalam drama mutiata hati tu. baju dia agak labuh gak ar.