Rabu, Jun 27, 2007

Bandung oh Bandung

Perjalanan ke Bandung memang pengalaman yang tak boleh aku lupakan. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2-3 jam telah menjangkau hingga 6 jam. Aku dan Zul berdua memutuskan untuk mengambil bas ke sana. Dari Tanjung Duren (rumah Zul) ke Kampung Rambutan (stesen bas) kami terpaksa 3 kali bertukar kenderaan. Mula-mula kami naik angkut (van mengangkut penumpang), kemudian 2 kali bertukar bas.

Keadaan di dalam bas adalah sesuatu yang meyeronokkan untu dikongsi. Kebiasaannya aka nada persembahan di atas bas. Ini adalah salah satu punca rezeki masyarakat di sini. Dari 1 bas ke 1 bas, mereka akan membuat persembahan. Bukan 1, tp begitu ramai yang mencari rezeki cara ini. Ada 4 kategori persembahan menurut senior di UKRIDA. 1. Nyanyian, 2. Syair/Puisi, 3. Tazkirah dan 4. Tiada persembahan, hanya meminta sumbangan.

Semasa mahu menaiki bas ke Bandung, memang kami direbut oleh kaki-kaki bas. Tapi Alhamdulillah, kami dapat juga menaiki bas yang tepat. Perjalanan melalui jalan pedalaman ke lereng-lereng bukit yang bersusur-galur. Sepanjang perjalanan, pantang bas berhenti pasti da ahja mereka yang mencelah naik menjaja barang jualan. Habis semua diletakkan padaku suruh dilihat dahulu. Tapi tak 1 pun yag aku beli. Malas melayan.

Sepanjang perjalanan aku tertarik dengan keindahan pemandangan sekitar kawasan pergunungan. Nama kawasan tersebut ialah Puncak. Kebetulan sebelum ke Indonesia aku pernah menonton sinetron dan penggambarannya dilakukan di sini. Juga aku tertarik dengan 1 persembahan seorang lelaki pertengahan usia. Dengan kotak muzik yang digendong, dia mengalunkan 5 buah lagu sepanjang perjalanan. Dia mungkin bukan penyanyi professional yang mampu menggunakan teknik suara yang bagus namun alunan muzik yang syahdu serta lontaran suara yang kena dengan lagu-lagu sedih ala 60-an sangat menyuit hati. Ditambah lagi aku memikirkan kesusahan yang dilalui oleh kebanyakan saudara kita di sana yang terpaksan berusaha membanting tulang mencari rezeki bukan untuk keuntungan tetapi untuk survival hidup.


Sampai di Universitas Padjajaran, Jatinangor. Sementara menanti Aji Zubr dan rakan-rakan sampai aku mencuba Batagor. Bakso Tahu Goreng. Usai solat, kami diajak Aji untuk menjamah ikan bakar. Esoknya kami akan ronda-ronda Bandung Pusat. Malam itu aku bermalam di asrama pelajar Malaysia atau lebih tepat di bilik Aji. Mendaki bukit kami utuk ke sana. Hmm..

Tiada ulasan: