Rabu, Julai 18, 2007

Pelamin Anganku Musnah





Pada 14 Julai 2007, Kak Sam dan fakhrul selamat bertunang dan seterusnya diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Moga perkahwinan ini berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat. Gambar di atas merupakan kenang-kenangan aku sewaktu menghadiri majlis mereka di Felda Ulu Jempol, Jengka, Pahang.
Selamat Pengantin Baru!!



Jakarta Oh Jakarta

Hari-hari terakhir di kota Jakarta banyak aku habiskan dengan melayan member di ruangan maya. Oleh sebab Zul ada exam begitu juga budak-budak lain. Aku pulak cam agak kurang berani nak jalan sorang-sorang kat Jakarta. Sesak semacam je. Tak pasal-pasal sesat karang. Naya je. Sebelum pulang aku sempat sekali lagi ke Tanah Abang mencari ole-ole buat keluarga.

Oh ya, aku juga ke Jakarta Fair bersama Nabieh dan Azhan. Seramai-ramai umat berkumpul di sana. banyak kedai yang menjual barangan berjenama dan kurang berjenama dengan harga berpatutan. tapi tiada satu pun menarik minat aku. Aku juga menikmati beberapa menu yang terdapat di Jakarta ini seperti Pecel Lele dan Es Buah. Sedap!

Tiba hari untuk pulang ke Malaysia, aku menyedari yang lawatan ke Tanah jawa ini membawa seribu satu kenangan pahit manis dan menambah pengalaman merantau di tempat orang (walaupun asalnya ini tahan asal keturunan aku jugak :P). Yang baik jadikan teladan dang yang buruk jadikan sempadan. Renung-renungkan dan selamat beramal! :)

Isnin, Julai 09, 2007

Jakarta Oh Jakarta 2

Sambungan catatan perjalanan aku sepanjang pengembaraan singkat di Kepulauan Jawa. Hari esoknya, aku dan Zul berangkat pulang ke Jakarta tatkala menyaksikan Aji, Farid dan Gapo berangkat ke Jogja. Pencarian cinta aku berhenti setakat Bandung sahaja. Jogja bukan destinasi jodohku kali ini. Haha.


Memilih untuk menaiki kereta api kelas eksekutif memang pilihan yang tepat. Perjalanan kami selama tiga jam penuh dengan keselesaan. Tiada lagi penjaja yang naik turun menjaja hasil jualan mereka. Tiada juga persembahan percuma(atau berbayar jika memilih untuk menderma).

Sampai di Jakarta, aku memutuskan untuk melawat MONAS (Monumen Nasional). Mak datuk! Punyalah panjang barisan. Beratur dekat sejam jugaklah semata-mata mahu naik ke puncak. Yang buat aku jadi panas tu, apa pasal la kerajaan Indonesia ni buat lif yang sangat sempit. Muat untuk 11 orag dewasa saja. Sedangkan yang nak naik ke atas beribu-ribu. Kalau buat besar sikit, kan senang. Tak de la panjang sangat nak beratur pun. Sampai di puncak, makin kecewa aku. Bukan ada apa pun. Tegok-tengok Jakarta dari pandangan atas. Tangkap gambar sikit. Lepas tu turun.

Kemudian, kami menunaikan solat di Masjid Istiqlal, antara masjid paling besar di Asia Tenggara. Usai solat, kami mengambil langkah pulang. Zul ada exam esoknya dan sambil berjaan pun dia mengadap buku. Tak sampai hati pulak nak ajak dia jalan-jalan lagi. Kami singgah makan di McD di Mall Ciputra(tak ingat sangat nama mall ni).

Satu peristiwa yang sangat menyentuh hati aku sepanjang kembara ini berlaku selepas kami makan. Oleh kerana sudah kenyang, aku membawa pulang kentang goreng dan air berkarbonat pulang. Cadangnya mahu dihabiskan dalam angkut sahaja. Namun sebaik sahaja keluar dari bangunan pusat membeli-belah, aku terpandang sekumpulan anak kecil sedang basah ditimpa hujan. Oh ya, dalam perjalanan ke mall tadi, hujan turun mencurah dengan lebat. Apabila terpandang aku yang sedang membawa segelas air dan sedikit kentang goreng, sebahagian anak kecil itu berlari kearahku.

“Om! Om! Mintak airnya! Itu, itu, kentangnya! Makasih ya, Om!”
Berebut-rebut mereka menjamah makanan tersebut. Mesti mereka sangat lapar. Dan kata-kata anak-anak kecil itu masih lagi terngiang-ngiang di teliga aku. Dalam kesenangan hidup yang kita lalui, masih ramai yang hidup melarat. Dan kalau kita tak menolong mereka, adakah mereka akan mati kebuluran ataukah masih ramai lagi mereka yang baik hati menolong di luar sana? Yang pasti, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah karuniakan.