Isnin, Julai 09, 2007

Jakarta Oh Jakarta 2

Sambungan catatan perjalanan aku sepanjang pengembaraan singkat di Kepulauan Jawa. Hari esoknya, aku dan Zul berangkat pulang ke Jakarta tatkala menyaksikan Aji, Farid dan Gapo berangkat ke Jogja. Pencarian cinta aku berhenti setakat Bandung sahaja. Jogja bukan destinasi jodohku kali ini. Haha.


Memilih untuk menaiki kereta api kelas eksekutif memang pilihan yang tepat. Perjalanan kami selama tiga jam penuh dengan keselesaan. Tiada lagi penjaja yang naik turun menjaja hasil jualan mereka. Tiada juga persembahan percuma(atau berbayar jika memilih untuk menderma).

Sampai di Jakarta, aku memutuskan untuk melawat MONAS (Monumen Nasional). Mak datuk! Punyalah panjang barisan. Beratur dekat sejam jugaklah semata-mata mahu naik ke puncak. Yang buat aku jadi panas tu, apa pasal la kerajaan Indonesia ni buat lif yang sangat sempit. Muat untuk 11 orag dewasa saja. Sedangkan yang nak naik ke atas beribu-ribu. Kalau buat besar sikit, kan senang. Tak de la panjang sangat nak beratur pun. Sampai di puncak, makin kecewa aku. Bukan ada apa pun. Tegok-tengok Jakarta dari pandangan atas. Tangkap gambar sikit. Lepas tu turun.

Kemudian, kami menunaikan solat di Masjid Istiqlal, antara masjid paling besar di Asia Tenggara. Usai solat, kami mengambil langkah pulang. Zul ada exam esoknya dan sambil berjaan pun dia mengadap buku. Tak sampai hati pulak nak ajak dia jalan-jalan lagi. Kami singgah makan di McD di Mall Ciputra(tak ingat sangat nama mall ni).

Satu peristiwa yang sangat menyentuh hati aku sepanjang kembara ini berlaku selepas kami makan. Oleh kerana sudah kenyang, aku membawa pulang kentang goreng dan air berkarbonat pulang. Cadangnya mahu dihabiskan dalam angkut sahaja. Namun sebaik sahaja keluar dari bangunan pusat membeli-belah, aku terpandang sekumpulan anak kecil sedang basah ditimpa hujan. Oh ya, dalam perjalanan ke mall tadi, hujan turun mencurah dengan lebat. Apabila terpandang aku yang sedang membawa segelas air dan sedikit kentang goreng, sebahagian anak kecil itu berlari kearahku.

“Om! Om! Mintak airnya! Itu, itu, kentangnya! Makasih ya, Om!”
Berebut-rebut mereka menjamah makanan tersebut. Mesti mereka sangat lapar. Dan kata-kata anak-anak kecil itu masih lagi terngiang-ngiang di teliga aku. Dalam kesenangan hidup yang kita lalui, masih ramai yang hidup melarat. Dan kalau kita tak menolong mereka, adakah mereka akan mati kebuluran ataukah masih ramai lagi mereka yang baik hati menolong di luar sana? Yang pasti, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah karuniakan.

2 ulasan:

AmiE berkata...

Salam..

Huhu..panjang pulak cerita kau ke jakarta ek..

Dulu-dulu aku pernah tanya mak aku, kenapa ada yang miskin ada yg kaya, ada yg cacat ada yg sempurna.Dan mak aku cakap, sbb tu kte kn bersyukur, kte cukup sempurna.Even buah-buahan pun ada yg bergantung, ade yg dkt atas tanah.Tuhan kan maha Adil.Rezeki masing2 sume sama.itu janji Dia.

kesimpulannya, teruskanlah sifat kepemurahan ko tu, tanpa mengira kedudukan manusia.

p/s: ble nk blanja mkn besar aku dan ainul?

huhu

Ct AdAh berkata...

wak, om tu apa? sinonim ngan 'pak' eh? haha..sesuai sgt la tu ngan ko..tp x puas hati laa..ada ke patut bg budak2 tu kentang goreng n air berkarbonat..isk2x..mknn x berkhasiat btul..sian diorang..len kali belanja la mee goreng ke..nasi goreng ke..apa la ko..=P