Ahad, Ogos 26, 2007

Wajah Suci

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Setelah mendengar dan meneliti lirik lagi ni, secara umumnya lagu ini berkisar tentang isu pembuangan bayi dan juga kerosakan akhlak remaja masa kini. Lagu-lagu sebegini sangat baik untuk didengar dan diambil pelajaran oleh kita generasi muda ini khususnya. Sebagai seorang penggemar lagu (semua lagu pun aku balun je dengar), salah satu kriteria penting untuk aku meminati sesuatu lagu adalah liriknya yang membawa impak maksima, mempunyai mesej yang sarat dengan peri-peri kebaikan, serta kepuitisan susunan kata-kata.

Tapi malangnya, lirik yang baik dan membawa kesan kesedihan seperti ini, hanya didengar oleh kalangan peminat nasyid sahaja. Peminat muzik mainstream seperti tidak tahu akan kewujudan lagu-lagu seperti ini kerana biasanya lagu nasyid yang keluar di radio-radio popular, dan stesyen televisyen swasta hanya terhad kepada kumpulan Rabbani, Raihan dan Mirwana sahaja. (hanya menyebut beberapa nama).

Aku rasa, mereka yang meminati lagu tangkap lentok pun boleh merasa insaf dan terkesan dengan lagu yang sedih-sedih macam ni, sebab diorang kan sensitif. Kalau lagu Ada Cinta nyanyian Irwansyah dan Acha diorang boleh layan, for sure lagu mestica dan nasyid lain yang tak kurang bagusnya, akan mereka minati. Itupun kalau mereka menyedari kewujudannya. Masalahnya, yang dengar lagu ni, orang nasyid je. Hmm..

Tulisan ini tidak berdasarkan fakta. Hanya mengikut naluri semata-mata.

2 ulasan:

Farahz berkata...

dah penah dgr lagu ni. dasat gak nasyid org skang!

Tanpa Nama berkata...

wait..which farah is this? byk sgt ar farah..fara fauzana? huhu