Jumaat, September 28, 2007

Aku teringat zaman kecik-kecik

Sekolah rendah adalah tempat kita semua membesar. Pasti banyak kenangan manis dan manis ketika zaman persekolahan. Mana tidaknya, kalau di Selangor dalam 1 hari kebanyakan masa memang akan diluangkan bersama kawan-kawan. Seawal 7.30 pagi sudah dihantar atau menghantarkan diri ke sekolah kebangsaan atau lebih mesra dengan jolokan sekolah pagi. Pulang sebentar untuk mandi, makan dan solat, kemudian harus bergegas ke sekolah agama pula di sebelah petang. Pukul 6 petang barulah duduk di rumah.

Kalau nak cerita pasal permainan kat sekolah rendah ni, rasanya bila bercerita dengan kawan-kawan seuniversiti/sekolej/sekerja semuanya hampir serupa. Dari permainan lawan pemadam, bola kertas, galah panjang, rounders sampailah ke permainan kereta Tamiya boleh dikatakan setiap tempat mengalaminya. Kalau di sekolah agama, kalau lutut seluar yang putih tu tak bertukar warna memang tak sah. Kalau nak lagi mencabar, sampai koyak dan bertampal dua tiga kali. Pasrah sungguh ibu-ibu di rumah.

Bagi aku, semua tu memang memori yang sukar untuk dilupakan. Apatah lagi kenangan kartun-kartun dan hero TV lama. Sebutkan saja. Ultraman, Flashman, Gaban, Satria Baja Hitam, Power Rangers. Dekat-dekat maghrib pula Doraemon lah yang setia menemani. Kadang-kadang sebab nak tengok Flashman pukul 4 petang hari Rabu, sampai kena cover dengan member masa nak escape aktiviti Ko-kurikulum. Sah-sah la. Karang kalau anak cikgu kantoi, mama lah pulak yang segan dengan rakan setugas.

Satu lagi, menu di kantin sekolah. Kuih-muih ni memang wajib ada. Tempe goreng, tauhu sumbat, tepung gomak, donat, kuih lapis, kuih masak lodeh(aku tak tau ape korang panggil kuih ni..tapi aku memang panggil masak lodeh). Kadang-kadang ada sandwich sambal bilis. Perghh..layan. Nasi lemak tak payah cakap ar, sambal dia..sendiri mau ingat. Air pulak, sah-sah air tak masak. 1 cawan 10 sen. Kalau bungkus plastik jadi 20 sen. Mama aku paling bengang kalau aku ikut member makan RTM (eh ke RMT haa?)nye makanan. Nak buat macam mana. Benda lebih, hentam sudah. Haha.


Sudah-sudahlah mengenang barang yang lepas. =P

7 ulasan:

Unknown berkata...

RMT la wak. rancangan makanan tambahan. hehe.

Tanpa Nama berkata...

haha..yup2..rtm tu rancangan tambahkan makanan...huahuahua

Tanpa Nama berkata...

ah x nak kalah.. nak jugak rindu..hauhau

Tanpa Nama berkata...

mana bole kalah..huahuahua

Tanpa Nama berkata...

kat sekolah ada jual tempe goreng??..fuyyoo..hehe..

Tanpa Nama berkata...

tau xpe

Ct AdAh berkata...

weh, mana ko dpt gmbar tempe yg menyelerakan tu? haha..