Khamis, September 13, 2007

Kudap-kudapan

Mari kita berbicara tentang juadah berbuka puasa. kalau kat Malaysia salah satu perkara yang paling menarik di bulan Ramadan adalah pasar Ramadan. Kat mana-mana tempat pun pasti ada orang berniaga makanan untuk berbuka. Nampaknya selain bulan bonus ibadah, Ramadan ni pun bulan melimpahnya rezeki bagi peniaga. Baguslah mencari rezeki dengan berniaga. Menambah pendapatan di samping mencontohi Nabi kita yang juga dahulunya berniaga.

Namun, bila dilihat dari kaca mata pembeli pula, ada juga keburukan pasar Ramadan ni. Puasa untuk kita menahan nafsu. Jadi kalau dah terlanjur berbelanja sehingga membazir, kan dah lari tujuan kita berpuasa tu. Bukan apa, kalau dah nampak macam-macam makanan yang berwarna-warni dan harum semerbak baunya, mulalah nafsu tu bergejolak. Tak salah berbelanja tapi haruslah bersederhana. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Aku kata, ukur makanan di perut sendiri. Hehe.

Berbalik kepada juadah berbuka puasa, ada 2 jenis kuih yang aku paling suka makan masa berbuka. 1) Kuih Lopes dan 2) Tepung Pelita. Jadi kerinduan terhadap kedua-duanya akan aku abadikan dengan meletakkan foto mereka di blog sendiri. Silalah tatapi buah hati pengarang jantung aku.

Kuih lopes

Tepung Pelita

Lantak koranglah kalau terliur. Peduli apa aku. Haha. Selamat Berbuka kepada yang dah masuk waktu. =)

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ooo..patut la tanye org nama kuih tepung pelita tu aritu..ini rupanye kegunaanye..hehe..apa2 pun selamat berpuasa..(^_^)

Tanpa Nama berkata...

haha kantoi..selamat berpuasa gak..huhu

Sarah Mohd Shukor berkata...

nak tepung pelita jgk!

Tanpa Nama berkata...

sy tau makan je..x tau buat..haha

Tanpa Nama berkata...

waa. sedapnye! mmg trliuar pun. :b boleh batal pose gamaknye tgk lame2 blog ni. hehe~ Happy Fasting Month brader warx.

Tanpa Nama berkata...

selamat berpuasa gaks..huahuahu

Ct AdAh berkata...

salam..

ceh, apa kes nk rindu2 kuih..haha..buat la sndiri kalu teringin sgt nk mkn..x yah tggu nk beli dr pasar ramadhan..=p

Tanpa Nama berkata...

huh..aku tau makan je..x tau buat..haha