Khamis, Oktober 25, 2007

Pencemaran.....................................................BAHASA

Setelah membaca UJANG, didapati memang tepat sekali pantun SMS yang telah dicipta ini memberi penjimatan yang tidak berbelah bahagi. Jimat masa, huruf dan juga jimat kredit. Haha.


Jumaat, Oktober 19, 2007

Aidilfitri 1426H, 1427H, 1428H di Ames

1426H
Tempat: Le Baron Hall

Masa ni aku baru beberapa bulan merasa hawa sejuk bumi Pakcik Sam. Bersua muka dengan senior-senior yang poyo tapi cool. Pengalaman berpuasa, berbuka, bersahur, berterawih dalam suasana yang asing. Masa raya tahun ni, aku makan tak ingat punya banyak. Abang Fauzi dengan Kak Fauziah pula menghabiskan baki masa tinggal dengan kami. (chewah guna ganti nama diri KAMI tu.) Kemeriahan turut dirasakan dengan kedatangan Fu dan Acap, serta penampilan istimewa Faraz dan Ted.

1427H
Tempat: Rumah baru Kak Siti Sabtu

Tahun kedua beraya. Tahun ni Bad Boys pergi beraya ke Chicago. Bad Boys la sangat. Ayie, Mislan dengan Jimbo je. Tahun ni rasanya hari raya paling banyak gambar diambil. 60% masa dihabiskan dengan pengambilan gambar. Selebihnya makan. Oleh sebab warna tahun ini merah, jadi baju aku salah konsep. Patut Irama Malaysia, tapi terpakai kategori Pop Rock pulak. Tapi kalau dah hensem tu, segala pakatan mengganggugugat tak akan berjaya. Oh ya, tahun ni aku beraya dengan cellphone baru. Haha. Tahun ni Kak Dina, Abang Talhah dan Toriq jadi anggota baru keluarga kami.

1428H
Tempat: University Village Community Center

Tahun ini banyak perubahan. Kami kebanyakannya pindah ke rumah baru di UV. Jadi tahun ni serba baru. Rumah baru, langsir baru, perabot baru dan status baru. Kak Sam dan Fakhrul beraya sebagai suami isteri untuk kali pertama. Bertambah lagi bilangan ahli keluarga tahun ni. Kali ini dengan biaknya. Kami ada junior baru. Fazmin usus namanya. Kemudian, 3 famili baru sampai. Abang Fazli, Kak Jaja, Maisarah dan Aiman. Kak Rosita, Abang Jalal, Maisarah, Luqman dan Nabilah. Kak Nor, Abang Razi, Sofia dan Maisara. Makin banyak la budak-budak kecik. Abang Azhari, Kak Shida, Amira's dari Iowa City pun datang. Juga Kak Tini dari Florida. Lepas beraya di CC, kami ke rumah Abang Talhah pula.


* Hensem macam ni pun tak de orang nak..isk2..huahuahua

-Maaf Zahir Batin-

Sabtu, Oktober 13, 2007

Salam Aidilfitri




Esok raya. Ramadan kali ini banyak mengajar aku. Buat ke sekelian kalinya gagal lagi mengkhatamkan 30 juzu' Al-Quran. Terawih di masjid boleh dikira dengan jari. Bahkan yang buat sendiri pun tak berapa cukup. Qiam? Hmm, qiam dengan kurma dan air je la. Solat sunatnya entah ke mana. Belajar pun terumbang-ambing. Masih di takuk lama. Masih kalah dengan nafsu malah telah dibelasah dengan teruknya. Umpama kekalahan skuad bola sepak Malaysia pada Piala Asia yang lepas. Tapi bab raya tak nak kalah. Moga tahun hadapan bertemu lagi dengan bulan Ramadan. Azam yang sama. Tapi harap hasilnya lebih baik. 11 bulan sebelum kembali bersua pasti menjanjikan cabaran hebat.

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr: 27-30)

Nota kaki: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada mama, abah, awa, intan, ejah, aiman, nenek dan atuk di kampung (Banting, Selangor), saudara jauh dan dekat, rakan-rakan seantero dunia, guru-guru di SK & SRA Batu Laut, SMKA Kuala Selangor, KISAS, INTEC. Tak lupa kepada kenalan baru dan lama juga seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sepuluh jari disusun memohon ampun serta duit raya.

Isnin, Oktober 01, 2007

Upin Dan Ipin

Kartun 3-D buatan Malaysia sempena kedatangan Ramadan dan Syawal. Pertama kali menonton aku sudah tertarik dengan kecomelan Upin dan Ipin ditambah lagi dengan kejelitaan Kak Ros. Hehe. Animasi menarik sesuai untuk tontonan kanak-kanak mahupun pencinta kanak-kanak. Kadang-kadang ada sesetengah scene yang membuatkan aku teringat kembali kenangan berpuasa di zaman kanak-kanak. Maka ia jadi lebih dekat dengan hati aku. 4 episod di bawah menceritakan pengalaman Upin, Ipin, keluarga dan rakan-rakan mereka menjalani ibadah puasa. Episod ke 5 dan ke 6 akan ditayangkan sempena Syawal nanti.

Episod 1


Episod 2


Episod 3


Episod 4