Jumaat, Oktober 19, 2007

Aidilfitri 1426H, 1427H, 1428H di Ames

1426H
Tempat: Le Baron Hall

Masa ni aku baru beberapa bulan merasa hawa sejuk bumi Pakcik Sam. Bersua muka dengan senior-senior yang poyo tapi cool. Pengalaman berpuasa, berbuka, bersahur, berterawih dalam suasana yang asing. Masa raya tahun ni, aku makan tak ingat punya banyak. Abang Fauzi dengan Kak Fauziah pula menghabiskan baki masa tinggal dengan kami. (chewah guna ganti nama diri KAMI tu.) Kemeriahan turut dirasakan dengan kedatangan Fu dan Acap, serta penampilan istimewa Faraz dan Ted.

1427H
Tempat: Rumah baru Kak Siti Sabtu

Tahun kedua beraya. Tahun ni Bad Boys pergi beraya ke Chicago. Bad Boys la sangat. Ayie, Mislan dengan Jimbo je. Tahun ni rasanya hari raya paling banyak gambar diambil. 60% masa dihabiskan dengan pengambilan gambar. Selebihnya makan. Oleh sebab warna tahun ini merah, jadi baju aku salah konsep. Patut Irama Malaysia, tapi terpakai kategori Pop Rock pulak. Tapi kalau dah hensem tu, segala pakatan mengganggugugat tak akan berjaya. Oh ya, tahun ni aku beraya dengan cellphone baru. Haha. Tahun ni Kak Dina, Abang Talhah dan Toriq jadi anggota baru keluarga kami.

1428H
Tempat: University Village Community Center

Tahun ini banyak perubahan. Kami kebanyakannya pindah ke rumah baru di UV. Jadi tahun ni serba baru. Rumah baru, langsir baru, perabot baru dan status baru. Kak Sam dan Fakhrul beraya sebagai suami isteri untuk kali pertama. Bertambah lagi bilangan ahli keluarga tahun ni. Kali ini dengan biaknya. Kami ada junior baru. Fazmin usus namanya. Kemudian, 3 famili baru sampai. Abang Fazli, Kak Jaja, Maisarah dan Aiman. Kak Rosita, Abang Jalal, Maisarah, Luqman dan Nabilah. Kak Nor, Abang Razi, Sofia dan Maisara. Makin banyak la budak-budak kecik. Abang Azhari, Kak Shida, Amira's dari Iowa City pun datang. Juga Kak Tini dari Florida. Lepas beraya di CC, kami ke rumah Abang Talhah pula.


* Hensem macam ni pun tak de orang nak..isk2..huahuahua

-Maaf Zahir Batin-

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menyesal aku bace sampai habis damn..

AmiE berkata...

Salam..

sejarah2 beraya di us..menarik.aku nk tiru gak ar, tp simpan dlu smpi thn ke 6..

thn ni, kitorg ade peningkatan ry sikit..sbb buat pertama kalinya memasak bertiga dan memanggil org dtg bertandang..(er amnah, ni utk budak perempuan m2 je..jgn terasa..nnt kalo am dtg msk kaw2 nye..=) )

Sebab selalunya, ktrg msk rendang malam raya, dan rendang tersebut ktrg bertiga je lah hbskan..kalo org dtg bertandang, mkn kuih je le..huhu

dan

seperti sahabat seberang beberapa blok,

Damn..

huahua

AmiE berkata...

eh typing error selang* bukan seberang..jauh benar bunyinya..huahua

Tanpa Nama berkata...

bodoh....tidak...aku terbaca.....yg penting duit warx...stylo x guna warx.......

Tanpa Nama berkata...

zulu: sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian duit scholar..

amie: asal aku buat entry je ko nak tiru..asal aku nak tiru je ko buat entry..ko citer je masak2 sambil jamu orang tp x jamu aku buat ape..bile mau belanje nasik ayam linda onn?

yeop: hauhuaa terbaca gak ko..duit x boleh beli kebahagiaan yeop..tp hensem boleh gak la kalo nak bahagia sekejap..haha

Tanpa Nama berkata...

Dearest Wak,
Andaiku ada adik/kazen pompan, akan ku mengintroduce dan mempromo dirimu melalui video takbir rayamu.
Haha!
Wak, dadih itu sungguh sedap!

Tanpa Nama berkata...

ahaha..kak tini..perkataan 'andai' itu terlalu pedih utk dihadapi..ye2 dadih itu sedap kerana yang membuatnya itu hensem..haha

Ct AdAh berkata...

salam..

spt amie dan 'shbt selang beberapa blok'..aku pn nyesal baca smpai abis..muahaha..bila la ko nk bertaubat dr sikap PERASAN ni wak..ish3x..wak, peningkatan yg aku tgk setiap kali raya di US adalah status org2 di sekeliling ko..smkn rmai yg berkeluarga..ko bila lg wak? aku bersimpati sbb xde org nk..kui3x..

p/s: rambut ko setiap kali raya pn berbeza..xdpt la gelaran mawi utk raya thn ni..=p

Tanpa Nama berkata...

arghhh terbaca sampai abih jugak!! argghh tensen

Tanpa Nama berkata...

odah: perasan itu middle name aku no 2..haha aku 3 thn lg ar paling lambat pun..skrg pun dh ramai waiting list.. =P..rambut aku walau macam mana pun tetap menyerlahkan kehenseman..

kak sam: akuilah kebenaran..berkata benar walau ianya pahit.. =P haha selepas zulu, yop dan kak jaja..kak sam adalah mangsa seterusnya..haha