Sabtu, Oktober 13, 2007

Salam Aidilfitri




Esok raya. Ramadan kali ini banyak mengajar aku. Buat ke sekelian kalinya gagal lagi mengkhatamkan 30 juzu' Al-Quran. Terawih di masjid boleh dikira dengan jari. Bahkan yang buat sendiri pun tak berapa cukup. Qiam? Hmm, qiam dengan kurma dan air je la. Solat sunatnya entah ke mana. Belajar pun terumbang-ambing. Masih di takuk lama. Masih kalah dengan nafsu malah telah dibelasah dengan teruknya. Umpama kekalahan skuad bola sepak Malaysia pada Piala Asia yang lepas. Tapi bab raya tak nak kalah. Moga tahun hadapan bertemu lagi dengan bulan Ramadan. Azam yang sama. Tapi harap hasilnya lebih baik. 11 bulan sebelum kembali bersua pasti menjanjikan cabaran hebat.

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr: 27-30)

Nota kaki: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada mama, abah, awa, intan, ejah, aiman, nenek dan atuk di kampung (Banting, Selangor), saudara jauh dan dekat, rakan-rakan seantero dunia, guru-guru di SK & SRA Batu Laut, SMKA Kuala Selangor, KISAS, INTEC. Tak lupa kepada kenalan baru dan lama juga seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sepuluh jari disusun memohon ampun serta duit raya.

4 ulasan:

AmiE berkata...

Salam..

huhu..selamat hr raya maaf zahir batin, 0-0 lah ye..kalau ade hutang mintak, kalau tak mintak sila halalkan saja ye =p..

aku pun x hbs khatam 30 juzu' dan, puasa pun x penuh lg..haih..hauhua..

bulan ramadhan telah berlalu, dan andai kata akan bertemu lg ms hadapan, untungnya kerana masih diberi peluang membaiki diri, menjd lebih baik..

moge2 ms tu kte sume x lali lg lah ye..

p/s: ketupat mn tu?..us ade ketupat ke?

Ct AdAh berkata...

salam..

xpe wak, muhasabah n check diri blk..Ramadhan next year berusaha utk tmbah amal ibadah..

p/s: itu laa..aku dh nasihat jgn lagho2 sgt..ko xmo ikut..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..=p

Tanpa Nama berkata...

salam warx..at last, berjaya gak akk menjengah ke blog awk ni..hikhik..masuk2 je tgk citer upin&ipin dulu..best giler!!!dahla tgk dgn sarah, ade 10x kot dia suh akk replay ep.1-6..wakaka..maklumlah, dah lame tak tgk katun melayu..tp mmg syiok aa katun nih..i likeeee!!! :D so di kesempatan ini, akk pon nak ucap salam 'eidulfitr utk kesekian kalinya..ingatan utk awk dan juga diri sendiri, bln syawal n lain2 bln pon blh kalo nak khatam 30juz n buat qiam..;)maaf zahir batin k

p/s:msg ini ditype pd ptg td tp mlm ni br publish..hehe

Tanpa Nama berkata...

wslm kak jaja.. kantoi akhirnya.. betul3.. best gile upin dan ipin.. erk, terkena di situ..ye2 bulan lain pon bole..