Rabu, November 14, 2007

Beckham - Kisah sedih di sebalik wajah tampan


Hujung minggu lepas aku dan beberapa rakan ke Minneapolis. Buat ke sekian kali. Kehadiran yang sedikit istimewa. Mahu menjadi saksi membuang tanggapan kurang manis rakyat kebanyakan di benua Amerika dan membuktikan David Robert Joseph Beckham 'is not just a pretty face'. Ya! Demi Beckham, aku korbankan masa dan wang ringgit. (Dan sememangnya pengorbanan ini berkadar lurus dengan perkataan 'Pembaziran').

Benar, kebanyakan gadis yang datang pada malam tersebut tergila-gilakan bekas ketua pasukan England itu. Malah kanak-kanak perempuan juga menghadapi sindrom kronik ini. Buktinya? Tanyakan sahaja nama pemain-pemain yang beraksi di atas padang malam itu. Pasti hanya satu nama yang akan keluar dari kotak suara gadis-gadis. DAVID BECKHAM! Lihat juga pada sepanduk yang dibawa. 'Marry me, Beckham!', 'Beckham, Take your shirt off!' 'We love you, Beckham!' dan bermacam lagi.

Tiada apa yang istimewa dalam permainan Beckham malam itu. Aksinya longlai, kurang berlari, juga beberapa hantara yang cuai. Namun semua itu ditutup dengan hantaran-hantaran jauh tepat yang mana memang sinonim dengan gaya permainannya. Mungkin disebabkan perlawanan tersebut yang kurang prestijnya juga alasan tambahan untuk mengelakkan kecederaan. Keseluruhan pasukan LA Galaxy juga tidak menunjukkan permainan meyakinkan di sebalik kemenangan mereka melalui penentuan sepakan penalti untuk membawa pulang Copa Minnesota.

Dan akhir sekali aku menyedari yang kedatangan Beckham di negara bukan bola sepak ini bukan untuk bermain di tahap tertinggi. Tiga faktor ini mungkin salah satu sebabnya:

1. Kontrak bernilai jutaan dolar lantas mengesahkan status dirinya sebagai figura bola sepak paling tinggi bayaran dan paling popular di dunia.
2. Mempromosi bola sepak di benua Amerika dan bertindak sebagai duta di sini disebabkan fenomena Beckham yang berstatus selebriti.
3. Takut bini. =p (boleh duduk kat sebelah rumah Tom Cruise)


*Ramai yang berkata rupa paras, pangkat dan harta bukan ukuran, tapi hati yang tulus, kudus dan luhur yang jadi keutamaan. Dan sampai sekarang aku masih sangsi dengan mereka yang sering mengungkapkannya.

-gambar belum ada lagi, dah dapat karang, aku upload-

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ah kalau stakat gambar ko dgn caption menjijikkan x pe jek la simpan sendiri jek la gambar2 tu.. hhauhauhau..

Tanpa Nama berkata...

huahuaua

Tanpa Nama berkata...

hahahaa..aku x baca ayat2 yg pelik....x de kontroversi kan.....I mean perkataan yg x sinonim dgn ko....or x berkadar terus ngn ko....kita menonton bola kerana cintakan aksi permainan dan semgt berpasukan seperti Man Utd....bukan tgk bola kerana beckam beb......

Ct AdAh berkata...

salam..

adeh, nk kutuk pn x reti..sbb aku x minat bola..weh, gmbar xde pn xpe..ko letak ke x, sma je wak..x effect pn..haha..simpan buat koleksi sndiri sudaa..

Unknown berkata...

waa bestnye dapat tgok beckham main live~ best2..

Tanpa Nama berkata...

yop: poyo la yop..cintakan aksi permainan dan semangat berpasukan konon..rooney injured pun dah gelabah takut xx dpt usha..usha rooney, x jambu lgsung..huahuahua

odah: heh, gambar tu la bukti aku duduk dengan agak bosan dlm stadium tu.dahla depan aku bdk2 kecik je..kalo ade awek hot x pe gak..huahuahua

jazlin: xde la best sgt tgk dia main live..sbb x dpt baju dia..kalo x dah boleh jual kat ebay dah..sure untung ratus2 dolar..huahuahua

amnah my. berkata...

apsal takleh post comment nih.. tak taula kuar bape kali..
apalah besnya bola ni ye.. nila komen orang yg tak minat bola..

rupa, harta dan pangkat jadi ukuran juga.. tetapi biasanya yg sederhana.. manusia sentiasa inginkan yg terbaik dalam hidupnya dan itu adalah fitrah.. hati yg tulus paling utama dan tiga2 benda tu adalah bonus! sape yg tak mau bonus..

Tanpa Nama berkata...

kuar am..huhu best la bola sepak..at least lg best dr american football..

oo, begitu..sbb tu la sangsi skit kat mereka yg ckp semua tu x penting..so, semuanya kena la seimbang kan..kalau xde harta cmne nak makan ye x? huahaua

Tanpa Nama berkata...

weh...Rooney dia main semngt tau walaupun dia power.....tetap kejar bola sampai2 jadi defence lagi....Beckham mmg dia power....tapi x power mner le utk...... dia main x nak kejar bola....dia hanye cool kat Man Utd je...ade nampak smgt sygkan club....sbb tuh dia ok kat Man Utd.....no spirit not soccer player......

Samcun berkata...

bila nak bayar duit ticket nih?? hehe

Tanpa Nama berkata...

muahaha..kantoi x bayar lg..nnt jumpa sy kasi la kak sam..berat wallet ni menanggung cash..haha

Mr. Dollar berkata...

ermmmmmmm... apa class sangat beckham tue warxx??. no vote for beckham?? hahahah

Tanpa Nama berkata...

haha

Tanpa Nama berkata...

beriya2 cite psl tgk bola, sekali kantoi tiket lom bayar lg..muahahahhaaa...ganas sam...
p/s:mmg 1 pembaziran hanya demi mamat yg rega juta2 tu tp tak reti main..huhu..amacam 2 test on monday tu?leh buat tak?

Tanpa Nama berkata...

test kantoi..gile x berbaloi ar..hauhaua

Tanpa Nama berkata...

isk isk..sungguh sia2..nmpak tak ape hikmahnye?

Tanpa Nama berkata...

walo da ade org baru yang kacak dan pandai bermain seperti christiano ronaldo .. beckham jugak pilihan insan2.. hakhakhak

christiano rawks!


saje bloghopping.. haha