Jumaat, November 16, 2007

Cantik?

"Beauty lies in the eyes of the beholder"

Berbagai-bagai tafsiran, takrifan, penilaian, pandangan, terjemahan yang manusia cipta untuk menerangkan apa sebenarnya maksud tersirat dan tersurat perkataan CANTIK. Secara global, boleh aku simpulkan cantik itu bermakna sempurna. Obsesi masyarakat umum terhadap kecantikan menyebabkan media cetak juga elektronik berlumba mengetengahkan model jelita yang sempurna serba-serbi. Tiada cela. Persetankan itu seketika. Mari menjengah pendapat yang lebih realistik.

Kecantikan itu dinilai dari mata yang memandang. Ya. Aku setuju. Tapi bagaimana? Ada yang menilai mulus kulitnya, mancung hidungnya, mungil bibirnya, redup matanya, montok tubuhnya, baik perilakunya dan berbagai lagi. Citarasa setiap manusia berbeza. Bukan sahaja berbeza mengikut kaum, bangsa, keturunan malah setiap kujur tubuh yang berisi roh bergelar insan punya rasa berbeza.

Citarasa setiap kaum berbeza. Gambar atas: Madhuri Dixit. Gambar bawah: Zhang Ziyi

Mahu contoh? Yang paling dekat dengan aku, budak-budak Iowa sendiri. Tidak lama dahulu, kami sama-sama dihiburkan dengan drama KAMI. (Ya, aku tahu cerita ini agak lagha). Anas obses dengan Adii (suka yang chubby katanya). Jimbo lebih gemarkan Sophie (cun habis). Dan aku pula lebih tertarik dengan Lynn (sebab adalah rahsia). Dan jikalau semua orang punya citarasa yang sama, alamat hanya seorang wanitalah yang kami sang lelaki rebutkan. Kacau dunia.

Gambar hiasan: Datin Norjuma

Dan dalam mencari teman sehidup (dan mungkin semati), kecantikan juga salah satu faktor penentu. Bohong kalau ada yang mengatakan tidak melihat rupa paras dalam mencari pasangan. (Kecuali yang ditakdirkan Tuhan cacat penglihatan). Malah Junjungan Besar Nabi Muhammad juga telah memberi garis panduan kepada kita umatnya tentang kriteria yang perlu diambilkira untuk mencari pasangan. Kecantikan, kekayaan, keturunan dan juga agama. Dan agamalah yang menjadi tunjang kebahagiaan selamanya.

Kesimpulannya, setiap manusia itu diciptakan cantik dn mempunyai keistimewaannya yang tersediri. Terserah bagaimana dirinya menjaga dan memelihara kecantikan itu dan bagaimana ia menilai kecantikan. Perlu kita bersyukur dengan kurniaan Allah terhadap penciptaanNya tak kira melalui perbuatan, perkataan dan juga hati. (ceh, macam jawab PQS je).

"Allahumma hassanta khalqi fa hassin khuluqi."

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau pun layan KAMI gak ke...
mesti ko ske si lynn sbb die "garang tapi kiut"...lyke quote kegemaran si abu...hehe

cbe kite buat survey tentang definition "cantik"...
berapa agaknya kebarangkalian utk mendapat jawapan yg exactly sama from responden^^

Tanpa Nama berkata...

huh aku terkejut..cepat gile dpt 1 komen..ye2, aku melayan KAMI disebabkan kewujudan seorang yang bernama liyana jasmay..haha sebab musabab masih menjadi rhsia..

cube ko wat survey tu amrien, pastu kasi tau aku result dia..sbb aku malas nak wat survey2 ni..haha

Tanpa Nama berkata...

hahahahhaa....warx sudah kembali jiwang....lonely ke warx...susah nak cari kiut tapi garang....tasya mcm hampir menyerupai insan yg ko cari...selamat maju jaya

Tanpa Nama berkata...

sengal..bkn jiwang ok..jiwa je..

Unknown berkata...

oo aku tau nape ko ske lynn.. sbb muke dia ala2 jawa kot haha :p ke dia mmg jawa eh

munirmuji berkata...

salam..membe2 aku kate lyn tu cute ala2 kampung...ko rase cam ne warx..?
sengal la ko..

adie tu tu classmate aku kat kdu mase wat Islamic study dulu...

pape pun kecantikan itu terlalu abstract n aku setuju ngan amrien...ko wat la survey cam aku penah wat pasal jiwang dulu...

aku nak tengok responden ko kumpul cam ne...

Tanpa Nama berkata...

jazlin: heh, cm ne nak tau muka jawa ke x? aku smpai skrg x leh tau..liyana jasmay jawa ke? lahir kuantan, duk kl..xtau ar kalo mak bapak dia ade keturunan bau2 bacang ke..haha

munir: aku rasa apa yang kau rasa..haha oo ok, bdk kdu ek..euwww!! (ikut intonasi adii) aku malas nir nak wat survey..so apa kata ko wat kan utk aku..

AmiE berkata...

Salam.

dan selalu bila dh dapat yg cantik ni, maintainence high sikit.(Untuk mengekalkan kecantikan lah katakan), setakat duit beli gincu estee lauder atau christian dior tu, ko jgn lah kedekut nak hulurkan ok..belum cmpur gym dan yoga serta ubat-ubatan dan jamu jamuan.huahua

Quote kata-kata adik aku, masa tgk iklan tv, si perempuan nk beli gincu (jenama apa tah), dan suaminya menolak.mahal katanya.Dan farid,"Apa r.Nak perempuan cantik tapi kedekut,"

Bravo.kalo ade jmpa lelaki sebegini sle kenalkan pada ku.huahua

Unknown berkata...

haha warx, aku pon bknnye reti nk identify muke jawe. aku dgr2 org kate lynn tu ade muke jawe, so i jump to the conclusion lah ko ske die sbb muke jawe

:P

Tanpa Nama berkata...

amie: manusia kan memang x pernah puas dengan apa yang dia dapat..seboleh2nye nak dpt brg berkualiti dengan hrga murah (kalau boleh nak free)..bila orang tnya, berapa ko beli bai? dia dengan bangga diri dan lubang hidung kembang menjawab "dapat murah ni, special offer, ade free gift lak tu" itulah manusia..

jazlin: oo ok, so ko terus je lompat ke arah kesimpulan ar ni..n kalo aku jump to conclusion dr pernyataan ko tu, boleh dirumuskan bahawa org2 jawa lelaki mahupun wanita adalah hensem2 dan lawa2..haha

JeMari MaNisKu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

hahaha..lawak2 akk bace komen2 pembaca blog awk nih warx..apsal comment deleted tu?sensored ke?ahaqs!betul, cantik itu terlalu subjektif..mungkin si A cantik pd akk, tp tidak pd myhubby..dan begitulah sebaliknye..tp ape yg akk observe, org yg cantik dalaman akn kelihatan cantik walaupun rupa parasnya tidak cantik/hensem..n kdg2 org yg cantik/hensem paras tupe ni, meluat kite nk tgk sbb takde budi pekerti n dalamannye terlalu hampeh..
p/s:i like madhuri dixit sbb dia MMG CANTIK!juma pon cantik..(penah same2 kursus dgn dia dulu mase still ank dara..)tp after bersalin agak kurang sbb dah gemuk..(tp org kaya raya ni mcm2 blh dibuat utk menawan semula) tp, itu jelas menunjukkan bhw kecantikan luaran itu tidak kan kekal..kecantikan rohani jua utk selamanya..sekian

Tanpa Nama berkata...

x tau la sape bg komen n delete..x sempat baca pun..n kak jaja, we share 1 thing in common, madhuri is such a hottie..huahuahua bollywood's darling..

Mudzil berkata...

weh, asal desper sgt smpai wat posting pasal beauty nih?hahaha..aku just nk nasihatkan ko,kalo muke ensem tp hati busuk lupekan jer la nk carik pmpuan baik..

eh ko terase ke?

Sarah Mohd Shukor berkata...

salam shafiq.

apa kabar? lama tak dgr cerita kamu. n sorry lama x jenguk kt sini. knp dh lama x update? ni nk bgtau, akk dh sambung smula cerita monolog bersama iman tu. kalau trasa nk smbung baca, sila la ye :) salam maal hijrah. all the best there!

Tanpa Nama berkata...

salam warx..ape kaba?lame menyepi nih..hopefully awk dah sembuh sepenuhnyela ye n dpt ke class spt biasa..ngeri gak akak dgr abg fazli citer psl sakit awk tu..sian gile!!oh ya, thanx for the wish..take k!
p/s:dpt bwk blk menantu spain utk mak tak?:p

h a r i z, H berkata...

lorhhh...patutla ustazah2 kt kisas kte pemeriksa ktas spm pqs slalu komplen ktas dak2 kisas...kte jwpan cam bg tzkirah...panjang2....btol ler...essay pny panjang, ayat pny bbunga, boley dikate cm jwb pqs... ish3x...hehe...