Selasa, Mac 25, 2008

Bila nak kahwin?

Assalamualaikum

Aku baru sahaja menutup tingkap blog seorang rakan sepersekolahan. Daripada pembacaan aku sebentar tadi, nampaknya akan ada seorang lagi rakan yang bakal mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah. Aku tumpang bahagia. Setakat ini, sudah banyak rakan-rakan dari Kolej Islam yang telah berumah tangga tak lupa juga yang mengikat tali pertunangan. Semoga perhubungan suci yang telah/akan dibina sentiasa mendapat hidayah dan reda Allah.

*Kepada rakan-rakan yang pernah bersekolah dengan aku, yang dah nak kahwin tu, hulur-hulurlah kad jemputan. Kalau tak ada kad jemputan, mesej kat friendster pun jadilah. Takut karang terusha isteri/tunang orang. Haha.

Ahad, Mac 09, 2008

Penggal baru telah bermula

Rakyat sudah bersuara. Moga wakil yang dipilih menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.

P.112-KUALA LANGAT
SULAIMAN BIN MOHD KARLI BN 25,698
ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID PKR 26,687 MNG

JUMLAH PEMILIH : 66,515
KERTAS UNDI DITOLAK : 407
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 52,792
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 0
PERATUSAN PENGUNDIAN : 79.37%
MAJORITI : 989

N.53 - MORIB
HASIMAN BIN SIDOM BN 10,116 MNG
MOHAMMAD SALLEHUDDIN BIN HAFIZ PAS 9,830

JUMLAH PEMILIH : 25,549
KERTAS UNDI DITOLAK : 404
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 20,535
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 185
PERATUSAN PENGUNDIAN : 80.37%
MAJORITI : 286

Jumaat, Mac 07, 2008

Lapar

"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al Baqarah: 168)

Lapar! Tiba-tiba rasa sangat bersyukur tatkala 3 bulan percutian musim panas tahun lepas. Makan minum senantiasa terjaga. Asal buka almari makanan, mesti ada lauk-pauk untuk jamahan perut. Masakan nenek memang superb. Even mama pun kalah. Bagi aku, rangking pemasak paling hebat di dunia adalah seperti berikut:

1. Nenek.
2. Mama.
3. Abah.
4. Masakan orang-orang Jawa Kg. Batu Laut, dan kampung-kampung sekitarnya.
5. Masakan yang orang lain masakkan untuk aku.
6. Masakan kedai yang dibelanja oleh orang lain.
7. Masakan kedai yang aku bayar sendiri.
8. Masakan kedai yang aku kena belanja orang lain.

Haha.

Saat ini, terbayang beberapa menu yang sangat diharapkan berada di depan mata.

1. Masak lemak ikan pari.
2. Ikan terubuk cicah dengan sambal totok (sambal pedas gile yang abah buat).
3. Tempe goreng.
4. Getuk ubi. (atau bahasa Melayunya ubi ketuk)
5. Air tebu campur degan(isi) kelapa.

Tapi..
Perut ini hanya mampu mendendangkan lagu Ungu - Andai Kutahu..ngahaha!

Dah.