Jumaat, Mac 07, 2008

Lapar

"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al Baqarah: 168)

Lapar! Tiba-tiba rasa sangat bersyukur tatkala 3 bulan percutian musim panas tahun lepas. Makan minum senantiasa terjaga. Asal buka almari makanan, mesti ada lauk-pauk untuk jamahan perut. Masakan nenek memang superb. Even mama pun kalah. Bagi aku, rangking pemasak paling hebat di dunia adalah seperti berikut:

1. Nenek.
2. Mama.
3. Abah.
4. Masakan orang-orang Jawa Kg. Batu Laut, dan kampung-kampung sekitarnya.
5. Masakan yang orang lain masakkan untuk aku.
6. Masakan kedai yang dibelanja oleh orang lain.
7. Masakan kedai yang aku bayar sendiri.
8. Masakan kedai yang aku kena belanja orang lain.

Haha.

Saat ini, terbayang beberapa menu yang sangat diharapkan berada di depan mata.

1. Masak lemak ikan pari.
2. Ikan terubuk cicah dengan sambal totok (sambal pedas gile yang abah buat).
3. Tempe goreng.
4. Getuk ubi. (atau bahasa Melayunya ubi ketuk)
5. Air tebu campur degan(isi) kelapa.

Tapi..
Perut ini hanya mampu mendendangkan lagu Ungu - Andai Kutahu..ngahaha!

Dah.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai..sodih akk bace bab lapar ni..sbbkan rase kesianla akk teruja sgt msk n jamu korg sume mkn..tp mahapla, tak blh nk buat hari2 ye..n i guess my ranking is at no.4..kekeke..tp kan, teruk betul yg no.8 tu!saba jela..
eh, sambal totok tu letak ape wak?mcm sambal kicap (cili api+garlic+kicap+asam limau) tu ke?tak penah akk denga..jawa totok penahla..:p isk, teliurla pulak..

Tanpa Nama berkata...

ahaha..sy pun x berapa nak tau sgt letak ape..cili padi,ikan bilis halus,kicap dll..x penah tgk plak cara memasak nye..haha

Tanpa Nama berkata...

aku pun ske sgt getuk ubi yang arwah mbah aku buat...
btw, kat sane xde tempe ke? ko blaja la buat sendirik...hehe

Tanpa Nama berkata...

eh, no.4 plak..no.5..
ceh, mkn je tau ye?sape yg nak mewarisi resipi ni nnti kalo bkn awk dan beradiks awk juge adenye..:p

Tanpa Nama berkata...

ahaha..xpe kak jaja..sy carik isteri orang jawa gak..gerenti beres..

Tanpa Nama berkata...

ah wak .. isteri...

Tanpa Nama berkata...

pehal zulu..haha