Sabtu, Mei 03, 2008

Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi MISTERI..!!

Mari bicara tentang alam ghaib. Umat Melayu dan yang serumpun dengannya memang terkenal dengan cerita-cerita yang angker, seram sejuk malah meremang-riukkan bulu roma dan bulu tengkuk. Bermacam-macam jenis dan nama hantu wujud dalam tradisi masyarakat Melayu. Hantu raya, pontianak, polong, pocong, jerangkung, toyol, penanggal dan lain-lain. Ada juga yang mengamalkan ilmu hitam (sihir), membela jin, saka, susuk dengan alasan untuk menjaga keluarga, kecantikan luaran, kekayaan dan banyak lagi alasan.

Teringat pula zaman kanak-kanak dahulu. Waktu itu rumah Nek Jah (sebelah rumah nenek aku) sedang mengadakan kenduri kahwin. Aku bersama adik aku, sepupu-sepupu, pakcik-pakcik yang umur lebih kurang sebaya duduk bercerita di bawah rumah Nek Jah. Waktu tu dah malam. Bila dah buka cerita hantu, apa lagi memang seram gile ar, ditambah dengan suasana malam yang sepi pi pi, Pak Mat jual topi pi pi. Cerita tentang hantu penanggal yang mencari bayi-bayi baru lahir. Bila kena sergah dengan tukang cerita, seekor-seekor lari lintang pukang. Aku siap jatuh masuk parit divider rumah nenek aku dengan rumah Nek Jah. Sengal!

Teringat lagi. Zaman di SMKA. Peh! Masa form 3 memang kemuncak seram. Boleh dikatakan dalam 4-5 bulan tahun 2001 itu memang zaman jin dan kaum kerabat diorang mewarnai hidup kami di SMKA. Secara personal, aku menamakan tahun itu sebagai 'Tahun Histeria'. Dalam seminggu kalau tak ada 1 kes histeria memang tak sah. Bila seorang kena kacau, pelajar-pelajar puteri lain yang lemah semangat pun terkena sekali. Macam bersahut-sahutan jeritan diorang. Dan rutin kami memang baca Yasin, laungkan azan dan panggil ustaz-ustaz serta Wak Jazuli untuk tolong tengok-tengokkan mereka.

Kemuncak keseramannya apabila salah seorang daripada pelajar puteri dirasuk oleh jin yang menjaga tapak sekolah kami.(katanya!) Masa tu kami tengah prep malam. Minggu hadapannya peperiksaan percubaan PMR. Tiba-tiba terdengar jeritan dan lolongan. Ingatkan histeria biasa. Tapi lepas beberapa minit, ustaz suruh semua pelajar duduk dalam kelas, tutup tingkap dan jangan pandang ke luar. Kebetulan aku punya meja mengadap ke arah koridor dan cermin tingkap yang betul-betul depan aku pecah.

Pelajar yang dirasuk tu berjalan ke hulu ke hilir sepanjang koridor. Meracau! Dan meracau! Ustaz dan Wak Jazuli mengekor dari belakang sambil cuba menenangkan keadaan. Ada satu tahap pelajar tersebut dah panjat tembok dan nak lompat ke bawah. Tapi sempat diselamatkan. Nak dijadikan cerita, masa dia tengah meracau tu, dia berhenti betul-betul depan cermin tingkap kelas aku yang pecah tu. Apa lagi, semua dah cuak. Aku memang tunduk je ar. Bila aku dongak, dia tengah pandang aku, lepas tu dia cakap "Apa pandang-pandang?" (gaya cam ala-ala Maya Karin gitu.) Terus tunduk je aku sepanjang kelas prep malam tu. Muka dia memang muka orang kena rasuk. Putih dan pucat semacam. Tapi macam cun jugak la. Hehe.
Gambar ditukar kerana tidak sesuai untuk tontonan mereka yang lemah semangat

Apa yang aku nak cakap sebenarnya, kita wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib. Allah jadikan syurga, neraka, dosa, pahala dan makhluk-makhluk yang dihijab dari pandangan kita sebagai bukti kekuasaan Allah. Supaya kita tunduk dan menyerah kepada hanya Allah. Namun ada juga manusia yang ingkar dan tunduk pada hawa nafsu dan hasutan syaitan. Ada yang mengamalkan ilmu sihir untuk kepentingan diri, kerana hasad dengki dan menjual roh kepada syaitan laknatullah. Semoga kita dijauhkan dari golongan yang mansyirikkan Allah dan mereka yang mengkufuri nikmatNya.

14 ulasan:

rienmiel berkata...

salam warx~

wei, kat US ade antu x?
kat OZ aku rase xde sbb aku cam berani sket kat sini compared to kat Mesia...hehe

Tanpa Nama berkata...

waalaikumussalam

hantu us la ade..hantu msia government diorg x de buat program ijazah luar negara kot..

Unknown berkata...

Apa yang menarik perhatian saya ketika mengunjungi blog saudara ialah bahasa Melayunya..tersusun, indah, teratur...tetapi kekaguman itu berkecai dengan pengakuan saudara yang sempat melihat ke'cun'an aweks yang sedang dirasuk. Sunggun ampeh itu. Lebih tensi apabila melihat wajah saudara ada 71% similarity dengan Penelope Cruz. Sungguh ARGH! itu.

Tanpa Nama berkata...

haha..
Saudari Tini,
Terima kasih atas kesudian saudari membuang masa membaca coretan hati saya di blog ini. Ayat-ayat yang ada hanyalah tidak lebih sekadar usaha penambahbaikkan bagi mengelak kebosanan pada topik yang diutarakan. Dan persamaan sebanyak 71 peratus wajah hensem saya dengan wajah jelita Penelope Cruz adalah kerja myheritage.com. Tiadalah mampu saya menafikan kredibiliti website tersebut. Sebarang surat-menyurat boleh dihantar kepada webmaster di pihak sebelah sana.

Terima kasih.

Haha, ni tini mana ek? Kak tini florida ek..kalau ye, bile nak dtg sini lg? =P

Unknown berkata...

Tini di FL la...ceh warx..I should've played along eksen2 mengaku nama Tini Zulaikha untuk mengassess teknik pengoratan warx terhadap aweks2 yang innocent lagi tidak berdosa...wahahaha

Sememangnya saya tidak menafikan kejelitaan wajah warx, tetapi mengapakah mesti Penelope Cruz? Tidak adakah selebriti lain seperti Hetty Koes Endang mahupun Jennifer Love Hewitt?

Allocation duit gaji tahun ini hanya untuk 2 tempat, warx : Alaska dan balik Mesia sempena Hari Raya Aidilfitri...yeyeye...(walaupun belum mendapat izin advisor, tapi saya yakin kerana dianugerahkan otak dan bakat semulajadi untuk menjalankan penipuan sadis ini). Korang je la mai sini. Summer ini amat sesuai untuk mencuci mata di pantai Miami...hehehe

Tanpa Nama berkata...

haha..dah agak dah..sampai kat alaska karang, kalau terjumpa dengan magic bus, kim slm ar..summer ni x tau lg bjalan ke x, oleh sebab tiada duit gaji, maka allocation juga x dapat dijalankan..so, selamat menganiaya advisor..huahuahua

Tanpa Nama berkata...

harharharrrrrrrrrrr (sambil menutup mulut)..lawak sungguh saya membaca perbualan ant. kamu berdua..tidak kusangka pula tini yg grunge itew pandai juga berbahasa melayu asli..hehehe (sambil tutup mulut lagi)
eh warx..tlgla kuarkan gamba misteri nih..kecut perut akk setiap kali melihatnye..nway, saya turut bersetuju dgn sdri tini..sdra warx mmg kureng asam krn sempat menyatakan ke'cun'an awex yg sdg dirasuk itu..tp tini, dia citer skang blhla eksen..mase tu tkde manenye nmpak cun..nk terkencing adela..wakaka..

Mohd Hazreen Rashid berkata...

salam, Klik sana klik sini tersampai sini. Muehehe.

Aku ade belajar psychiatry n cekgu aku cakap orang2 yg histeria tu sebenarnye mengalami hallucination. Hallucination pun ade banyak jenis, tp sbb aku sengal so aku tak hengat hallucination/schizophrenia jenis mana satu yg membelenggu jiwa dan psychology orang melayu.

Kalau duduk tempat2 yang besar dan kosong kat russia sorang2 serious aku tak takut, tapi kalau balik Malaysia barulah aku terkenang cerita2 hantu. Hampeh.

Tanpa Nama berkata...

kak jaja: air yg tenang jgn disangka tiada buaya..kak tini tu nampak je americanized, tp ayat2 bm dia x hengat..haha oo, kang sy tukar la gambar tu ngan gambar maya karin..

hazreen: purasikura.blogspot.com sudah sampai ke sini..halusinasi jenis ape yg membelenggu orang melayu itu, perlu ko dalami..agar kehidupan manusia sejagat di masa hadapan lebih terjamin..haha
jgn risau dude, aku pun sama je cam ko..lol

Tanpa Nama berkata...

sdra warx..thanx for ur kind & prompt action..:)

Tanpa Nama berkata...

my pleasure.. =P

Unknown berkata...

Maafkan saya, tumpang lalu (sambil tunduk tersipu2 malu di sebalik selendang putih..kemudian duduk bersimpuh di tepi pintu)....
Saya? Americanized? Owh tidak, sama sekali tidak. Saya masih Melayu, dan bila saya balik Mesia nanti, saya sama sekali tidak akan bertutur bahasa Melayu sengau dengan slang orang putih atau mengselang-selikan setiap 2 perkataan dengan..like...like...like.

Tanpa Nama berkata...

cheh kak tini..terkenang pulak cerita zaman 50-an dulu2..kemudian terbayang pulak iklan hari raya tv3 yg adibah noor jd driver teksi..lol

Unknown berkata...

Sepuluh (harrey)