Rabu, Julai 30, 2008

Masalah-masalah yang selalu ada

Apa itu hidup,
Bila tidak ada,
Masalah-masalah.


Kadang-kala manusia boleh merasa atau seolah dapat menjangka seakan adanya musibah yang akan berlaku kepada mereka. Sebagai contoh, seorang ibu merasa tidak sedap hati tatkala melepaskan anaknya tinggal seorang di asrama. Seminggu selepas itu, sang ibu dikhabarkan anaknya cedera teruk dibuli rakan pelajar yang lebih tua. Mungkin perasaan tersebut adalah alamat yang Tuhan berikan supaya kita berjaga-jaga dalam menghadapi mehnah tribulasi kehidupan.

Bagaimana menghadapi cubaan? Ada sesetengah insan menyalahkan diri dan sering berkeluh-kesah kerana tidak berdaya menghalang musibah yang berlaku. Kata-kata seperti "Kalaulah aku tak pergi ke pasar raya tadi, sudah tentu tak kena tipu dengan salesman." atau "Aku dah jangka ada benda tak baik nak jadi, tapi kenapa aku tak berhati-hati?" sering diungkapkan. Tetapi tepatkah tindakbalas seperti itu dalam menangani ujian yang diturunkan?

Sebagai seorang hamba, kita hanya mampu merancang dan Tuhanlah yang menentukan. Dan sebaiknya, apa-apa ujian yang kita tempuhi patut dihadapi dengan sabar dan redha. "Wah, senangnya kau bercakap. Kau tak kena, bolehlah." Perkara yang perlu kita lakukan ialah sentiasa positif dalam menghadapi sesuatu perkara. Cuba tukar situasi malang yang sering kita samakan dengan ujian itu kepada sesuatu yang lebih mendatangkan manfaat.

Sebagai contoh, kita diuji dengan sakit. Tidak perlu merintih meraung menyalahkan Tuhan atas penyakit itu, tetapi hadapi dengan fikiran terbuka, berusaha menyembuhkan penyakit dan anggap ia sebagai ganjaran kerana kita akan sentiasa ingat kepada Tuhan setelah selalu mengabaikanNya di waktu senang. Dan kita boleh belajar dari pengalaman agar penyakit tersebut tidak menyerag kita lagi akan datang.

Masalah manusia dari dahulu hinggalah sekarang ialah menganggap masalah yang menimpa itu sebagai masalah. Maka masalahlah yang mereka hadapi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aduh, insaf rasenye stlh membace entry awk kali nih..
ye, manusia sent. lupe pdNya bile mendpt kesenangan, ttp bile musibah/ ujian dtg menimpa, taqdir yg sll dipersoalkan..samelah dgn menyalahkan Allah..na'uzbillahi minzalik..

p/s:sudah pulangkah?post entry dr mane ni?

Tanpa Nama berkata...

muahahaha..entri yang x menggambarkan ke'lagho'an penulisnya..time ni kat vegas kot..