Rabu, Ogos 27, 2008

Musim Luruh 2008

Sebagai pembuka bicara untuk entri baru ni, berita buruk bagi aku adalah bermulanya semester Fall 2008. 3 tahun di Ames bukanlah tempoh masa yang lama. Dan 3 tahun juga aku rasa tidak banyak memberi perubahan pada diri aku secara total. Mungkin sebab aku sendiri yang selalu ingin berada di zon selesa sehingga takutkan perubahan. Apa-apalah. Moga diberi Allah kekuatan untuk terus sabar dalam mencari erti sebuah kehidupan.

Semester baru. Subjek baru. Pensyarah baru. Rakan sekelas yang hampir semua sama. 15 jam kredit yang aku sudah rasakan bahang kepayahan. Menakutkan sungguh introduksi 4 subjek aero yang aku ambil.

Aer E 361 - Computational Techniques for Aerospace Design.
Aer E 411 - Aerospace Vehicle Propulsion I.
Aer E 423 - Composite Flight Structures.
Aer E 461 - Modern Design Methodology with Aerospace Applications.
Psych 101 - Introduction to Psychology.


Entah kenapa mengada-ngada pulak nak mengambil Psikologi. Kelas pukul 8 pagi pulak tu. Harap-harap semester ini berjalan pantas dan dipermudahkan urusan menghadapi semua subjek membunuh ini. Tolong! Tolong-menolong!

Rabbi yassir wa la tu'assir. Rabbi tammim bil khair.

6 ulasan:

rienmiel berkata...

salam warx~

hmm...aku rs x rugi ko amik psychology sbb aku rs subject tu best...esp utk kenal diri sendiri...heh...

eh, ni final sem ko ke?
papepun...all d best...
semoga dipermudahkan...

Tanpa Nama berkata...

heh..xde ar..ade lg 2 semester..ni second last le..aku x kisah pun amik psiko tu, cume masalahnye kena gi kelas kol 8..snow2 kang sah2 mls bangun..hehe

Tanpa Nama berkata...

salam.
psycho?
best2..adkh mash dipengaruhi multiple personaliti disorder?
huhu..

xpe.
aku ade exam psycho gak.
ko blaja elok2.nntley ajr aku.

huahau

Tanpa Nama berkata...

heh..aku blaja 101 je..tu pun mengantuk2 dlm kelas..

Tanpa Nama berkata...

gulp..
baru bace subjek2 awk tu akk dah rase ngeri..lom kene blaja lg..aduhai..
slmt belajar dan smg berjaya wahai adikku..

Tanpa Nama berkata...

haa, tau xpe kak..hikhik mintak doaya kak ek..