Khamis, September 04, 2008

Bangun sahur, ooooiiii!

"Bang Cik, bangun! Jom kita sahur. Dah pukul 5 ni. Dah nak habis imsak dah." Kejut mama yang kemudian bergegas mengejutkan adik-adik yang lain. Waktu sahur selalunya akulah orang yang paling awal bangun kalau dikejutkan. Bukan apa, aku mahu habiskan makan cepat-cepat dan menyambung tidur semula sebelum masuk subuh.

Menu sahur kami sekeluarga bergantung kepada lauk berbuka. Kalau lauk tersebut licin tanpa meninggalkan sedikitpun kuahnya, maka nenek atau mama akan bangun lebih awal dan masak lauk yang baru. Namun, jika lauk berbuka banyak yang lebih, nenek akan hanya panaskan lauk tersebut dan menanak nasi yang baru. Kadang-kadang abah sudah beritahu awal-awal jika abah akan masak untuk sahur. Biasanya abah akan masak mi hailam atau mi kicap untuk kami sekeluarga.

Kuih-kuih yang kami beli untuk berbuka biasanya akan banyak yang lebih. Jadi, sahurlah masa yang paling ideal untuk menghabiskan kesemuanya. Kalau tidak, akan berbuanglah kuih-kuih tersebut. Paling menarik bagi aku semasa sahur, pasti ada minuman panas yang mama atau nenek sediakan. Milo susu, nescafe O ataupun teh tarik membuka selera pagi kami semua.


Ah, di sini aku sangatlah malas untuk bersahur. Bunyi jam loceng dari telefon selular berteriak bagai nak rak. Aku matikan, capai apa makanan yang ada dalam bilik. Minum air paip yang sejuk gila dan tidur semula. Lengkap sahur ringkas aku. Yang penting, jangan lupa niat puasa dan setidak-tidaknya ambillah sedikit hikmah bersahur yang memang disarankan oleh Baginda Rasulullah SAW.


Anas (may Allah be pleased with him) quoted the Prophet (peace and blessings be upon him) as saying, "(Make sure to) have your sahur meal, for sahur is blessed."(Al-Bukhari and Muslim)

`Amr ibn Al-`Aas quoted the Prophet (peace and blessings be upon him) as saying, "The difference between our fasting and that of the People of the Book is the sahur meal."
(Muslim)

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.
heh, mengajuk fan di blog aku..

sahur, satu-satunya cara nk menambah pahala sunat, makan je pun dapat pahala,dipuji2 pulak siapa tak mahu..huhu

p.s; sila contohi abah ko yang rajin masak mee.Ko lak malas bangun..x jadi ar kata-kata 'bapa borek anak rintik'..

haha.

Tanpa Nama berkata...

wslm

haha, kang aku dah dewasa skit, aku contohi la abah aku...

Tanpa Nama berkata...

ermm..

Ooo..erk..ooo cmtu ke..

laa yeke...

oo..ish ish air paip tu..

ermm..erk..ooo ok ok..

oo milo..sedap sedap..

erk..insaf..

(dah siap bace!!)

gegee :D..peace!

rienmiel berkata...

salam warx~

sedeynyer ko minum air paip je time sahur padahal bapak ko siap masak mee panas2 lagi...huhu

Tanpa Nama berkata...

shaiza: lol, ni mesti xde modal nak komen dah ni..cess

amrien: haha, bole je kalo aku nak wat air panas, masak2 ke ape ke..tp sbb aku malas nak bgn, air paip sudaa..bersih pun bersih...hikhik

Unknown berkata...

haha air paip pun jadi ye wak. hehe, takpelah. at least bersahur jugak. selamat berpuasa! jangan malas-malas bersahur :D

Tanpa Nama berkata...

uih..jazlin..haha, selamat berpuasa gak..

Tanpa Nama berkata...

uish..akak kalo bersahur siap bertambah2 nasiknye warx..kesian plak bile memikirkan yg awk hanya meneguk air dr paip..sdgkan akk juga minum air dr paip tp yg suam2 aje dan tlh ditadah dlm cawan oleh suamiku..:)
slmt bersahur dan berpuasa ye abg.wak!(ucapan dr aiman)
p/s:saba jela bace sesaaiman tu punye komen..krkrkrkr

Tanpa Nama berkata...

ape nak buat kak..hidup membujang..hikhik

Tanpa Nama berkata...

sabar jela melihat gelak kak jaja yg telah dicurik dari daku tu...krkrkrkr

peace!

Tanpa Nama berkata...

heh..kak jaja dah fofular skrg..dah kuar surat kabar..hikhik

Tanpa Nama berkata...

wakaka..ape nak buat warx..lumrah hidup di perantauan..kalo kat mesia sah takde can nak masuk paper..amik kesempatanla fofular kt sini..huhu (siap dpt emel poyo lg..erkkk)
eh, kalo kua online tu cane nak tau bile kuanye surat kaba fizikal ek?tk saba nak bgtau org kg nih..nak suh frame gantung kat tepi peti ais..gegegegge
p/s: sesa, tkpela akk cilok sikit..awk tu byk sgt versi gelak ketawa..mentang2la suke gelak!crcrcrcrcr

Tanpa Nama berkata...

oo, kuar online x semestinya kuar surat kabar kak..org2 yg bernasib baik je kuar surat kaba fizikal nih..so berdoalah semoga gamba tu kuar ye kak..kalo bertuah, gamba tu nanti elok2 je bawah gambar Agong..hehe

Tanpa Nama berkata...

hahaha..kak jaja..kalau susah susah sgt xmasuk paper...pe kate akak print je yg kuar kt online tu..pastu frame aje kak..sonang kan hawhawhaw :D

hirumi berkata...

allalala,siannya minum air paip je ke?meh cni join aku tido dkt czech.sure tak bangun sahur dek cuaca yang bertambah sejuk hari demi hari.. :p

Tanpa Nama berkata...

sengal..aku yg x berapa sejuk pun kdg2 terlepas sahur..