Rabu, November 12, 2008

Statistical Parametric Mapping

Pejam celik sudah 5 tahun alam persekolahan aku tinggalkan. Jadi berapa umur aku sekarang? Err, 17 + 5 = 22. Peh, tua siut. 5 tahun dahulu, pada tarikh yang sama seperti hari, apakah yang sedang dilakukan oleh seorang Mohd Shafiq Ramjis?

Sesungguhnya aku tidak tahu dan tidak ingat dengan jelas. Tapi apa yang boleh aku agak, aku mungkin sedang mengantuk kerana cuba memaksa diri untuk mengulangkaji. Di sekolah aku, persekitarannya memang sangat kondusif untuk belajar. Kalau tak konon-konon pegang buku, rasa macam berdosa. Sebab kebanyakan member memang rajin gila baca buku. (Adakah mereka juga seperti aku? Terpaksa berpura-pura belajar walhal keinginan tak serupa realiti?)

Minggu ini, bermulalah perjuangan adik-adik pelajar tingkatan 5 di Malaysia berperang dengan kertas soalan SPM. Rajinkah mereka seperti kawan-kawan aku dahulu? Atau pura-pura rajinkah mereka seperti aku yang dahulu? Semoga diberi kelapangan dada untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Semoga juga dipermudah urusan ketika di dewan peperiksaan. (Ye la, karang kalau time exam tiba-tiba perut sakit nak terberak, kan susah.)

Juga semoga berjaya kepada Nur Akmal Aiza Binti Ramjis. No KP 910807-??-???? (Melampau la pulak sampai ingat No KP, KP mama dengan abah pun aku lupa. Hauhauhau) Bang Cik doakan. Insyaallah.

Oh, ya! Tajuk entri agak mengelirukan. Sebenarnya nak kasi tajuk SPM. Tapi macam singkat sangat.

* * * * *

Keputusan UPSR meningkat lagi tahun ini. Berapa markah nak dapat A tahun ni ek? Masih nak teruskan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik lagi ke Hishamuddin?

8 ulasan:

rienmiel berkata...

salam warx~

i cannot agree more untuk ayat ko ni:
"Kalau tak konon-konon pegang buku, rasa macam berdosa"

aku pun antara yang berlakon gak...
usung buku tebal2 sana sini tapi otak maintain kosong...heh
so, aku pun kesimpulan untuk diri sendiri: "kalau dah dasar sengal tu....."(biarlah aku sambung sendiri....hehe)

neway, wish all the best utk adik ko!!

Ct AdAh berkata...

isk2, apekah? berpura2 pegang buku..xleh blah btul..mmg sengal bak kata amrien..haha..ape pn wak, terima la hakikatnya yg ko dh tua (aku muda lg sbb lum 22..huahua~)

p/s: tajuk cm gempak..rupa2nya psl spm je..cess~

Unknown berkata...

wah..adik aku pun SPM gk..semoga adik ko lebih cemerlang dari abang chik dia..hehe

rindunya 'SPM'..time tu senang nak score A..haha..sekarang punye la susah..

Tanpa Nama berkata...

amrien: haha, aku ingat aku sorg je yg terpaksa, rupanya ade gak teman seangkatan..hikhik

odah: x kisah umur, yg penting hati gembira..ngeh3 tajuk kena la gempak..attention-getter la katakan..haha

zul: muahaha..aku ingat dlu spm dah susah dah..sekali ade lg susah rupanya..susah gile nak dpt a dah skrg..pasrah jek..

Tanpa Nama berkata...

oit,tgelak sorang2 aku baca bab 'berpura-pura' aka konon rajin. haha..nasib baik xde membe duk sebelah. kalo x die pelik apsal aku gelak sorg2.

err...aku tak pura-pura rajin,tapi xtaula ape yang aku baca tu masuk ke x. hahaha....

semoga berjaya kepada adik2 yg amik spm

Tanpa Nama berkata...

haha..tu ar, aku kalo nak baca blog member2, kena baca sorang2, senang kalo nak tergelak ke ape..haha aku dah la pura2 baca, x masuk lak tu..nasib baik la ade gak quality time yg aku betul2 baca dan masuk..kalo x, lunyai spm aku.

Tanpa Nama berkata...

awk ni..suke tau...tajuk buat akk cemas je..:p ye2la bace cpt2 sbb nk smpi ke tajuk tu...rupenye name pjg bg SPM..ceh..tipah tertipu tau..(emoticon kepala merah dgn asap berkepul2 kua dr tingef)

cousins akk pun ade 3 org kot yg amik..dh habes kot gamaknye skang ni..smg adik Nur Akmal Aiza suksess dan cemerlang spt Bang Chiknye..ameennn :)

Tanpa Nama berkata...

adik sy hbs 1 dis kot? huhuu