Rabu, November 26, 2008

Lapang Sebelum Sesak

Masa cuti sekolah memang seronok jika dihabiskan dengan menonton filem. Tetapi perasaan seronok itu tidaklah seseronok ketika menonton filem di waktu datangnya musim peperiksaan atau suntuknya waktu untuk menghantar tugasan kelas. Namun rasa seronok itu tetap ada kerana tidak perlunya meredah sejuk untuk ke kelas.

Banyak juga filem telah aku tonton. Walaupun ratio tontonan itu lebih kurang sahaja dengan hari-hari persekolahan. (Banyak betul masa aku tengok cerita cereka ni?) Ada kala berbaloi mengambil pengajaran kisah yang dipaparkan. Ada kala hanya menonton kosong tanpa merisaukan keadaan bumi yang makin panas oleh pemanasan global. Namun ada kala terasa sangat bodoh kerana menonton cerita yang sangat sampah. Dah la sampah, busuk pulak tu. Ptuih!

Buat adik-adik yang masih di bangku sekolah, abang nasihatkan agar tidak membuang masa ketika waktu cuti. Isilah masa senggang dengan mengulangkaji pelajaran dan menolong ibu bapa membuat kerja-kerja di rumah. Kalau berbasikal di jalanan, jangan melebihi had laju atau bersaing berdua atau beramai-ramai hingga mengganggu lalu lintas.

8 ulasan:

uya ahmad berkata...

Saye tgk movie tak kire cuti ke tak...betul tak kawan2???hohohoho..
cuti sekolah r mase paling best untuk tido 24 hrs..ups, not to forget to pray la......so, takley rido 24 hrs...hahahahahaha....

Tanpa Nama berkata...

weh, pulang harddrive aku..kak nor nak tgk citer Susuk..huahuahuahua

uya ahmad berkata...

hahahaha......tanak pulang baru tau....

amnah my. berkata...

bagus betul abang ni bagi nasihat kat adik2 ye.. silap2 adik tak buat abang pulak yang lebih2.. muahaha
p/s: dah tengok congkak?

Tanpa Nama berkata...

muahaha..dah2..ok la..x la seram sgt..huhhuu

Tanpa Nama berkata...

nampaknya orang yang berada di us lebih arif ttg filem²/cerekarama² melayu daripada orang yang duduk malaysia sendiri.

ye lah kan.
dekat malaysia, apa kelas tgk cerita melayu. cerita omputeh la best. baru rasa smart, rasa bagus dan macam-macam lagi.

haha. tiba-tiba je. keadaan sudah terbalik.

Tanpa Nama berkata...

huahuaua shafiq ramjis mmg peminat cerita melayu ok.. + cite indon..tp mmg telah terbukti bahawa geografi memainkan peranan agak besar dalam menentukan filem bahasa apa yang ditonton oleh masyarakat melayu..huahauhua

Tanpa Nama berkata...

bang cik palk bile nak "cuti2 Florida?"..huhuhu..

psst..jgn lupe belikan acik souvenirs ye..gegegegege =p