Rabu, April 01, 2009

Bila Datang Musibah...

11 tahun lepas, Ustaz Abu Nasir (ketika itu Penolong Kanan di SRA Batu Laut) memanggil aku ke pejabat beliau. Kali ini bukan lagi kerana kes bermain dengan alat pemadam kebakaran. Habis semua alat pemadam kebakaran di sekolah agama tersebut tidak berfungsi gara-gara pelajarnya yang korup. Kali ini aku dipanggil untuk menjadi representatif sekolah dalam acara tilawah Al Quran untuk Ikhtifal peringkat daerah beberapa bulan selepas itu.

Aku merasa pelik. Ya, aku boleh membaca Al Quran, tapi melagukannya? Aku kurang pasti. Ketika itu siapalah aku untuk menolak permintaan guru-guru, lalu aku ikutkan sahaja. Tanpa sedikitpun ilmu tarannum di dada, aku dibekalkan kaset seorang pelagu Al Quran dari Malaysia (aku tidak tahu siapa..hehe) dan diminta meniru lenggok bacaan beliau.

Saat pertandingan, oleh sebab gemuruh jiwa yang begitu kuat, aku tersasul dan bacaan kurang lancar pada satu dua ayat. Aku tahu peluang untuk menang memang tiada sejak sebelum pertandingan lagi. Jadi tiada kesal yang mengganggu cuma sedih tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna. Namun aku berterima kasih kepada ustaz ustazah yang memberi aku peluang mengenali seni tarannum walaupun aku sudah terlupa bagaimana membaca seperti itu lagi.

Antara ayat-ayat yang aku bacakan adalah (Surah Al-Baqarah):


2:154. And call not those who are slain in the way of Allah "dead" Nay, they are alive, only you perceive not.


2:155. And surely We shall try you with something of fear and hunger, and loss of wealth and lives and crops; but give glad tidings to the steadfast.


2:156. Who say, when a misfortune strikes them: we are Allah's and to Him we are returning.

6 ulasan:

fanramli berkata...

salam.

bila baca entri ni, mcm tak nampak kesinambungan tajuk dgn 3 perenggan pertama.

pastu, pk, mungkin ada kaitan ngan ayat² kalamullah yg diletak.

tp bila baca, aiseh. tak paham la pula englishnya. slain? perceive? steadfast? haish.

lalu, dicari name surah. oh, penulis tak tulis. camne nak cari ni. ah, mungkin surah al-baqarah kot.

dan hoho. ya tepat. alhamdulillah, seb baik jumpa.

pastu, barulah paham.
mmg ada kaitanla ngan tajuk.

hehe.

warx.hensem berkata...

wslm..

sorry, lupa nak gitau surah mana..
dan hanya copy paste terjemahan inggeris itu..

sarahaiman@iowa berkata...

wak ensem..bile bace entri awk ni terimbau kisah yg lbh krg same sms akk di sra sg.kantan dl..tk ingtla drjh. brp mase tu..bezanye, akk bkn disuruh oleh guru besar utk menyertai pertandingan, tetapi untuk membacakan ayat2 suci al-quran sbg pembukaan satu majlis istimewa di sekolah..uiks, sungguhla ustzh ni dah slh pilih org...ape nk buat, dh mmg glamer mase tu...huahuahuaaa..

oleh krn tiada ilmu taranum dan tak pernah pun masuk mane2 tilawah, namun alhamdulillah dikurniakan bakat menciplak style org lain..so akk pun tirula gaya seorg junior lelaki yg mmg sedap bacaanye dan kerap menjuarai pertandingan tilawatul quran..tp kompomla trk same kan...siap ade part yg tk smpi lg tu nak tarik...erk, mmg belasah sungguh...tp kesannye, sampai skarang, bile sampai je kpd ayat2 tersebut (kalo tk silap al-baqarah juge), akk masih lg blh tiru sikit alunan lagu tuh..heee...

mane tau, esok2 blhla diturunkan ilmu yg seciput itu dkt sarah or aiman or ank2 yg lain..pastinye sore mereka lebih asyik dr mamanye ini..insyaAllah

warx berkata...

wah kak jaja..bukan sahaja berbakat dalam bidang penceritaan malah ada raw talent dalam pembacaan Quran..peh kak..ni nak cari calon isteri cam akak ni (cilok ayat Anas) kekeke

warx.hensem berkata...

err, komen di atas adalah daripada saya (Mohd Shafiq Ramjis) sekian

sarahaiman@iowa berkata...

sungguh ku tertanye2 sape yg mengomen itu, rupenye dirimu warx..=p
*blush*
dlm mase yg same.."saje je awak ni nk buat akk perasan tau!!!huh.."