Sabtu, Jun 06, 2009

Pernahkah Kau Merasa~

*Ada seorang pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Setelah kelas persediaan dan ujian khas untuk melayakkan beliau ke sana, akhirnya tiba waktu untuk berlepas. Dalam fikiran pelajar itu, tiada satu pun yang mengujakan untuk terbang ke destinasi itu. Fikiran beliau mula terfikir perkara-perkara yang di luar kehendak manusia. Kapal terbang jatuh terhempas, serangan sakit jantung, pengebom berani mati, apa sahaja yang boleh menghalang penerbangan. Malah mati itu adalah opsyen terbaik kerana beliau sanggup menghadapi itu dari menghadapi sebuah perubahan.

*Ada seorang pelajar yang tidak suka langsung membuat presentasi di hadapan audiens. Setiap kali beliau melakukan itu, apa yang dirancang tidak pernah terjadi. Baginya saat bercakap di hadapan ramai membuatkan kredibiliti diri menjadi rudum kerana kelemahan dirinya itu membuatkan dirinya seperti dibogelkan di tempat awam. Justeru mulalah akal melayang memikirkan mesin projektor meletup, pensyarah ditimpa kemalangan maut, gempa bumi berskala richter tinggi terjadi, dan apa sahaja yang bisa menghindarkan diri beliau dari melakukan apa yang tidak digemari.

2 contoh di atas adalah menunjukkan bahawa manusia mampu berimaginasi sehingga tahap ekstrim dalam keadaan tertentu lebih-lebih lagi dalam keadaan yang mendesak. Keadaan ini memang ada berlaku dalam diri manusia. Tidak dinafikan memang ramai yang mengambil langkah berfikiran positif dalam menangani masalah dan isu kehidupan yang merumitkan. Namun mencari jalan keluar yang senang iaitu dengan melarikan diri dari masalah adalah yang paling mudah dan paling memikat hati di saat sedang berhadapan konflik hidup.

Eh, kejap. Apsal aku tulis mende alah ni? Oh, 1.15 am waktu Ames. Fikiran sedang memikirkan kejadian-kejadian buruk sebagai satu eskapisme melarikan diri dari realiti yang menyakitkan. Haha. Sila layan lagu Hatiku Hampa nyanyian Ungu. Ia seperti kelakar tapi mengujakan. Kekeke..

4 ulasan:

fanramli berkata...

salam

hari ini tak tahu nak cakap apa. kata² itu macam hilang pula.
ta tahu kenapa. hoho.

emm, selamat² di malaysia. semoga cepat dpt kerja.

hehe.

uya ahmad berkata...

warx, ko ok ke ni????
hahaha..hati ko berat nak meninggalkan Ames..kuang3...
tu yg merapu-rapu tu..hua3....

sarahaiman@iowa berkata...

salam dik shafiq..apa kabarmu di banting?
sudah puas ka melepas rindu dendam pd keluarga, rumah dan mknn2???
lame sudah kite tak bertemukan..
dan stlh sekian lame tidak menjenguk ke blogmu ini, akk tibe2 rase rindu plak..ahaqs!
slmt utk sume ye..
take k n keep in touch!

warx.hensem berkata...

+60126212848
no burung merpati saya..

sori ar sume..banting taklah semaju yang daku jangkakan..makan kita terpaksa berkomunikasi 2 hala menggunakan burung merpati..kekeke