Selasa, Mei 26, 2009

Nota Akhir Waktu


1.

Trak Conway sampai di perkarangan rumah kira-kira jam 12.40 tengah hari. Gila. Si Dalton dan Marc beritahu aku melalui e-surat yang mereka ini dijangka tiba antara jam 3-5 petang. Ah sudah. Menggelabah alam aku dibuatnya. Barang Ayie belum sampai. Kotak Nabilah belum elok balutannya. Mujur Zulu ada membantu.

2.

Lama juga aku tunggu perkhabaran tentang tiket pulang aku. Aku pinta kepada Puan Ruziah supaya diaturkan kepulangan aku ke tanah air 6 Jun nanti. Hampir sebulan tiada maklum balas yang kunjung tiba. Lalu Encik Amir pula menjadi sasaran aku. Katanya akan disemak status permohonan aku. Cepatlah hendaknya dapat tiket itu. Boleh aku bertenang.

3.

Masih banyak barang-barang yang tidak terkemaskan. Perabot di bilik yang ingin diserahkan kepada mereka yang memerlukan sudah dibawa turun. 31 hari bulan ini bilik perlu dikosongkan. Tandas perlu dibersihkan. Jadi barang-barang perlu dikemas segera. Selepas itu aku hanya perlu merempat di ruang tamu itu.

4.

Macam tahu-tahu saja aku akan pulang. Sebaik habis minggu peperiksaan, komputer buruk yang menemani pengajian empat tahun aku di sini padam. Bila aku rapat padanya, ada bau terbakar. Buang. Kelmarin, setibanya di Albertville, jam tangan murah yang usianya sudah dua tahun, mati kira-kira jam 1.05 petang. Dapat adik baru lah kau nampaknya wahai jam.

5.

Ames sunyi. Tanggal 14 lalu, keluarga Abang Talhah, Abang Jalal dan Abang Fazli pulang bercuti ke Malaysia untuk tempoh waktu kira-kira sebulan setengah. 20 hari bulan Nabilah berlepas pulang. Pagi Ahad semalam, Zulu berlepas pulang lebih awal dari aku. Abangnya nak kahwin. Esok aku akan menghantar Kak Yati, anak-anak dan Uya balik pula.

6.

Suara mama kedengaran ceria. Walaupun setiap kali perbualan kami mama memang ceria, namun aku dapat rasa ceria yang lain macam kali ini. Perasaan teruja si ibu menanti kepulangan anaknya adalah magik. Boleh jadi anugerah seperti itu tidak mampu dinikmati oleh semua orang. Aku jadi syukur dengan itu.

8 ulasan:

NURUL IZZA berkata...

wah..kalaulah duk di Ames tu dh lama cop perabot serta pingagng mangkuk dan periuk2 mu itu.namun apakan daya..ramai lagi yg memerlukan.betapa ramai pulang kemalaysia untuk bercuti aka menziarahi keluarga ya.sungguh cemburu dihatiku ini..namun insyaAllah...suatu masa nanti akan ku pulang jua..

semoga selamatla meninggalkan bumi Ames itu.moga2 tautan ukhwah berpanjangan..

warx.hensem berkata...

oo..skrg ni dr 7 family yg ade kat sini, 4 dah balik..so cm separuh ar yg balik msia summer ni..

farah berkata...

Syafiq,
Siannya kena merempat.. Sedih dengar.. Gunakan lah rumah kami yg kosong tu - dapur, tv, bilik etc. Mintak kunci umah kat Bahtiar, k? We all pun senang hati ada orang tengok2 kan umah tu, :-)

p/s - Abg Talhah kem salam. Kalau datang S.Alam, jgn lupa singgah Seksyen 4. Kut2 boleh bertemu jodoh kat sini, hahahahha.. ;-)

warx.hensem berkata...

Kak Farah,

OO, kunci rumah akak ada kat saya lagi..hehe, td sy hntr grill kat umah akak, sy perasan cm tingkap bilik atas tu terbukak, akak lupa tutup ek..nak sy tutupkan ke..sbb skrg cm selalu hujan..

kim slm balik kat abg talhah..hehe

AmiE berkata...

Habis sudah 4 tahun.huhu.
Semoga alam pekerjaan ko lebih baik lah hendaknya.aminn

warx.hensem berkata...

haha..ko je x hbs2..doakan aku dapat keje weh..xpon dapat anak org kaya..kekeke

farah berkata...

Syafiq,
Ooo.. cam tu cerita nyer.. boleh lah Syafiq tolong tutupkan tingkap tu yek. Kalau rajin skit, tolong ikat ngan tali ke etc. sebab skru dia dah longgar (rumah lamer, biasa ler).. hehehhe.. Take care, jangan tensen2 bab mengemas tu ye.. hahahaha.. Doa2 ler pasal anak org kaya tu..

genkidene berkata...

Salam,
Owh dah abes blaja ye! Tahniah!
Welcome to the career life! hiihi
semoga mndpat perkerjaan yg baik.