Jumaat, November 02, 2007

Hikmah

Hari Selasa yang lalu. Usai kelas Bahasa Arab terus kuatur langkah menuju ke makmal berkomputer. Mahu terus ke perhentian bas pun terpaksa menanti kurang lebih 30 minit. Daripada melangut memerhati gadis-gadis bermata biru, baik aku melayar internet memeriksa peti masuk emel. Mana tahu aku ada terlepas pandang emel-emel penting kuliah.

Nah! Baru aku teringat. Patutnya aku ke Ames Police Department semalam. Ada sesuatu yang penting perlu aku selesaikan. Selepas log keluar daripada komputer, aku bergegas menanti bas Cyride No. 1 berwarna Merah. Dua tiga kali aku memeriksa waktu dan laluan bas tesebut agar tidak tersilap bas. Sampai di Downtown Ames, aku hilang arah. Terpinga-pinga mencari bangunan 515 Clark Avenue.

Rasanya tadi sudah masuk ke bangunan yang betul. Oleh sebab kurang yakin dengan diri sendiri, aku keluar semula. Menyeberang jalan memeriksa nombor bangunan yang lain. Sah. Bangunan tadi itulah yang sebenar-benar bangunan polis. Sengal. Buat penat saja. Masuk dengan hati yang berdebar. "Nak pergi meja yang mana satu ni? Police Records? Police Investigation/ FBI Cases? Arghh, terjah saja. Macam rancangan Melodi tu."

Selepas menerangkan tujuan kedatangan aku, lantas seorang pegawai polis yang sedang bertugas membawa aku ke bahagian rekod. Lama juga aku terpaksa menunggu. Tergagap-gagap aku masa polis tadi tanya macam-macam. Mujur semuanya berjalan dengan baik. 15 minit kemudian muncul seorang wanita bersama 1 fail. Fail rekod jenayah. Jenayah la sangat. Rekod barang yang dipulangkan kepada pihak polis.

Alhamdulillah. Dompet aku yang hilang kira-kira 2 tahun lepas telah dijumpai. Hilang di Movies 12. Ketika itu aku masih dalam semester pertama. Kehilangan tersebut berlaku kira-kira seminggu sebelum cuti Thanksgiving. Rencana kami seIowa State mahu menjelajah kawasan Midwest semasa cuti itu. Agak susah juga hidup tanpa dompet. Terpaksa ke sana sini memohon untuk kad baru, permit baru. Naik bas kena bayar $1. Dunia seolah-olah gelap. (Walaupun memang gelap pun sebab mendung je.)

Tapi siapa menyangka, setelah harapan untuk kembali menemui dompet tersebut terhenti, emel daripada Ames Police Department minggu lalu sangat mengejutkan. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui. Dia yang menentukan segalanya dan memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jadi setiap yang terjadi itu ada hikmah yang tidak terjangkau oleh kematangan akal fikiran kita. Oleh itu, kala datang musibah, banyakkanlah menyebut nama Allah dan jangan berhenti berdoa.

Ada gambar ni dalam dompet tu. Hehe. Garang tapi kiut. =P


Petikan lirik lagu Hikmah (alaa..OST sinetron Hikmah yang pelakon dia Tamara Bleszinsky tu..)

O.. Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia-sia
Semua kan ada hikmahnya

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.'"
(Al-Baqarah: 155-156)

Sebenarnya entri ini boleh diringkaskan menjadi 1 ayat saja. "Aku dah jumpa balik dompet aku yang hilang dua tahun lepas." Sekian.

17 ulasan:

Ct AdAh berkata...

hahahaha..nk gelak aku baca ayat2 ko dlm entry ni..poyo la wak..guna je la email inbox drpd peti masuk email..log keluar = log off..ditambah lg expression ko yg terpinga2 wkt konon2 slh masuk bangunan tu..kui3x..ape pn, mmg garang la gmbar passport ko wkt kecik2 tu..tp ye ke cute? confuse2..=p

Tanpa Nama berkata...

kenape ko x tulis ayat last tuh kat atas2..x perlu ku baca ayat ko yg bunga2 tuh...penat je...

Unknown berkata...

"Garang. Tapi kiut" <- haha, terpengaruh dengan KAMI la wak ni..

huhu, memang susah hidop tanpa dompet. tapi tak sangke plak after 2 years pon leh jmpe balik~

Tanpa Nama berkata...

odah: bm aku a1 ok..ape guna belajar sastera hafal cerita sabor jibor tu dlu kalo x dipraktikkan..haha kiut ar aku dl2..aku pun kagum..haha

yeop: kalo letak kat atas de la org tertipu..ko kan suka bunga2 ni..haha

jazlin: kata liyana jasmay awek aku jazlin..hehe tu la pasal, dah 2 tahun bole polis kasi emel suh amik..kalo kat msia..jgn harap ar..duk kisas pun hilang dompet..ape kes..

Tanpa Nama berkata...

salam..

wah.. alhamdulillah.. boleh jumpa dompet semula.. tetiba teringat plak kisah saya kehilangan hp di pkn dulu..

garang tapi kiut? yeke??.. ngeh2..

Tanpa Nama berkata...

wslm amnah..hp tu jumpa balik x?

iye la..garang tp kiut..ngeh2

munirmuji berkata...

salam...dude...lama aku tak menziarah ke sini...

satu perkataan pasal entry kali ni...'SENGAL!!!'

gambar tu ...aku no komen...tapi cube tunjuk gigi ko mase tu kat aku meh...

Tanpa Nama berkata...

waalaikumussalam

asal sengal lak..haha gigi time tu xde la bai..baru patah sebab jatuh masa main kejar2..haha

Tanpa Nama berkata...

Salam..

"Aku percaya tiada yang sia-sia
Semua kan ada hikmahnya"

huhu..

tahniah la jmpa duit and gambar antik ko tu..

Tanpa Nama berkata...

huh..mana de jumpa duit amie..duit 10 dol tu lesap..tp kad2 sume ade ar..kire aku kasi tips ar kat org yg jumpa tu..

genkidene berkata...

bagusnye bley dpt jumpa balik eh..
rasenya kalo kat m'sia kalo tempoh 2 tahun hilang, mcm mustahil je dpt balik.. 'ala kullihaal, alhamdulillah! itu namanya kalo satu benda tu mmg rezeki kita, tak kan ke mananya.. n nmpknya duit dlm dompet tu mmg bukan rezeki warx lah.. =D

Tanpa Nama berkata...

tu la pasal..rezeki mmg Allah dah tetapkan..so, kalau kita hilang sesuatu brg, rasanya x perlu la diratap2 sbb mgkin brg tu rezeki org lain..redha sudaa..

Tanpa Nama berkata...

uish.. bole la aku "pinjam" laptop kite dan buat harta huahuahauh

Tanpa Nama berkata...

chet..laptop kita cuma aku je leh wat harte..

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..mmg wallet n gamba tu rezeki awk..kalu tak tak dpt akk tgk gamba garang tp tiut tuh..:p..tak sangka akk awk ni puitis giler orgnye..ingtkan jiwang je..wakaka.."ssghnye setiap yg berlaku tu ade hikmah di sebaliknye..itu janji Allah.."..dan apb musibah melanda ingatla.."la tahzan, innallaha ma'anaa.." wallahua'lammm
p/s: siapakah shbt graduan 4 dan graduan aku dah tgk smpi ep.7 tu?kompius makk..

Tanpa Nama berkata...

shbt graduan 4: ialah zulu al zula
graduan aku dah tgk smpi ep.7: warx.hensem

sekian

Tanpa Nama berkata...

oh ya..saya memang jiwang selaras dengan puitis..muahaha