Musim bunga. Dandelion mula berputik dan membunga. Suatu ketika dahulu, zaman Doraemon dan Nobita menghiasi waktu maghrib kanak-kanak sedunia, komik hasil buah tangan Fujio F. Fujiko memang kegemaran. Dan antara kisah yang paling aku ingat hingga sekarang adalah kisah Nobita & Ibu Dandelion juga Nobita & Patung Dharma. Penat sungguh aku memujuk rayu mama untuk tolong membeli komik-komik tersebut dengan susah payahnya.(Itu belum dikira komik-komik terbitan Comics House lagi. Dragon Ball, Dragon Quest dengan Johan Bolasepak. Pening mama aku.)
Hari ini, 16 Mei 2008, aku berteman si comel dandelion yang sedia melepaskan putik-putiknya terbang jauh entah ke mana. Terbang mencari destinasi baru untuk meneruskan kemandirian generasi seterusnya. Moga salah satu debunga dandelion bisa sampai membawa salam rindu dari anakanda yang jauh. Selamat Hari Guru untuk mama dan abah. Doa restu kalian amat aku harapkan.
Ayat entah apa-apa entah. Pointnya nak ucap selamat hari guru je. Juga untuk guru-guru yang pernah mengajar aku di PASTI Al Hidayah Simpang Empat, Tabika KEMAS Batu Laut, SK Batu Laut, SRA Batu Laut, SMK Batu Laut, SMKA Kuala Selangor, KISAS, INTEC, ISU dan juga guru-guru yang mengajar di pusat-pusat tuisyen, pusat-pusat latihan memandu, pusat membeli-belah dan lain-lain. Jasa kalian sangatlah besar sebesar tasik Michigan yang dikelilingi Michigan, Wisconsin, Indiana dan Illinois(betul ke?). Heh, apa punya perumpamaan la.
Terngiang-ngiang lagu Guru Malaysia semasa sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan di kantin ketika di sekolah rendah dulu.
12 ulasan:
fuh ayat.. gempak tu..
ni perli ke ape ni? haha
pjgnyela muqaddimah awk ye warx..ermm..kate pengerusi majlis..wakaka..
happy belated teacher's day to ur parents warx and all my former teachers too..kiranye to myhubby jugakla sbb dia lecturer, kira teacher gakla kan..?cumenye skang dia cuti dan menjadi setudent sepnh mase..happy teacher's day abg!!!smg terus cekal mendidik ank bangsa..i love u!!!ooppss..tumpang lalu tuan tanah..:p
ceh, tetibe je kena jadi pengerusi majlis..nasib baik x nervous
Salam, Warx..u probably will like this:
http://www.youtube.com/watch?v=8krO7Q3vSys&feature=related
waalaikumussalam..
kak tini, best2..tp dah lama dah layan pun..hehe
oo..aisyah tu bkn lagu ori yassin ke?cit..
aah, bukan pun..even yg outlandish nyanyi tu pun bukan version asal..
makan eskrem kaler hijau tyme hari guru sek rendah 97 or 98.. x sure. de lebey dpt byk cikgu nye kt bangunan PIBG..
sape yg makan ni? isk2..aku ke? sah2 x ingat..lol
bertemankan si comel dandelion? peh, tgh menaip sambil sekuntum bunga di tangan ke gamaknye?
wuhuhuhu. takpe2. kami readers tak kasitahu org lain. syhh. diam-diam je.
HAHAHA.
ces..x leh blah tul nama timang-timangan dia nih..angelina jolie..nak gak..isk2 xpe2 kasik can..haha
Catat Ulasan