Petang 30 Mei 2008 mencatatkan sebuah lagi memori indah dalam catatan perjalanan kami sebagai perantauan di bumi Ames. Suha Bahirah hadir menyerikan lagi kehidupan keluarga Abang Talhah dan Kak Farrahdina serta keluarga besar Malaysia lainnya. Bayi perempuan seberat kurang lebih 3.4 kg selamat dilahirkan pada jam 7.15 petang di Hospital Mary Greeley, Ames. Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah. Tahniah kepada Abang Talhah, Kak Farrah dan Toriq. Semoga kehadiran adik Suha menjanjikan kebahagiaan dan kegembiraan berpanjangan bagi keluarga kalian. Saya di sini senantiasa mendoakan yang terbaik untuk semua warga Malaysia di Ames.
Yeah! Dapat sorang lagi baby girl. Muahahaha..
Maksud di sebalik nama SUHA BAHIRAH:
"Suha" - Bintang kecil yang cahayanya tersembunyi - i.e. "bintang";
"Bahirah" - Yang bercahaya; Yang cerdik
Kesimpulannya - "Bintang yang bercahaya dan cerdik"
Sedikit add-on:
Jam 10 malam hari yang sama, aku menerima panggilan dari Abang Talhah. Abang Talhah mengajak aku untuk menemankannya ke rumah Abang David esok harinya bagi menyelesaikan proses penanaman uri. Apa lagi, menggelabah aku meng'google' tentang penanaman uri. Tak cukup dengan Pak Haji Google, aku dengan semangatnya menelefon mama. Mama pula tengah sibuk kondangan, jadi mama cuma janji untuk sms saja maklumat tentang penanaman uri itu nanti.
Esoknya, dalam pukul 11, kami (aku, Abang Talhah, Ayie dan Toriq) tiba di perkarangan rumah Abang David. Setelah bersetuju untuk menanam uri tersebut berhampiran dengan pohon epal di belakang rumah, kami pun mula menggali lubang. Setelah siap proses penanaman uri, doa untuk kesejahteraan/kesihatan bayi dan keluarga pun dibacakan didahului dengan lafaz syahadah, istighfar dan selawat.
Usai doa, kami pun meminta diri untuk pulang menjenguk ibu dan bayi di hospital. Untuk makluman, penanaman uri ini bukanlah termasuk dalam sunnah atau apa-apa ibadah khusus lainnya. Ia hanyalah ritual masyarakat Melayu (dan yang sewaktu dengannya) dan hukum melakukan penanaman uri ini adalah harus.
10 ulasan:
amboi..ayat last tu mcm dia plak bapaknye..kekekeke :D
yeah..sekali lg tahniah buat a.talhah, k.farrah n big bro. toriq..smg dgn bertambahnye ahli keluarga akn bertambahnye nur dan rahmat dr Allah SWT..ameen..
tp awk lupe nak citer psl penanam uri tula warx..dasat btlla mamat tu..lom kawen lg dah pandai tanam uri..mmg sgt cekap, berani dan berwibawa..so, gurls out there, takde yg berminat ke?;p
p/s: akk kompius aa..bahirah ke, barihah?
bahirah..sy dengar dr mulut ayah dia sendiri..ekekeke so, girls out there, jgn nilai lelaki hanya dr segi harta kekayaan..haha
Pergh Jaja...warx tanam uri? perghhhhh...
Err..warx....asl pls.
Wahahahahhaaha
22/M/Banting
Kriteria calon isteri idaman: Yang sederhana serba-serbi. ekekeke
ooo..bkn yg hot mcm 'ezora' ke???:p
ok gak tu kak jaja..hehe sederhana dan hot..pehh..
Salam semua..
Tima kasih sebab announcekan kehadiran Suha Bahirah dalam blog ni..(Bahirah tu Jaja; bukan Barihah.. yang Barihah tu Toriq ler yang kompius.. hehehe).. Nanti wak story la sket pasal pengalaman tanam uri tu, akak pun nak tau jugak cemana korang buat.
warx: "abg warx tu sibuk k.ton..mane ade mase nk bwk zora keluar jln2.." huh, sengalll..:p
k.farrah: ok2..noted..nmpknye aunty jaja tlh dikompiuskan oleh big bro. toriq daa..haha
p/s: nntikan kisah suha dlm fp aunty keh..:)
kak farah: saya dah tulis serba sedikit pasal penanaman uri tu. tahniah sekali lagi.
kak jaja: pengaruh tv kuat ni kak jaja..isk2 cepat2la update fp akak..nak tgk gambar suha..huhu
wakaka..ni sume adlh hasil dr influence korgla nih..citer ni la, citer tu la..sib baik rmh tga ku masih terbela..huhu
tula..akk pun tak saba nk tgk..tp tgh takde momentum aa nk buat n3 nih..insyaAllah asap..
oo..baru akk tau hukum tanam uri tu harus..thanx warx for the info..again gals out there, tolongla..takkan tak blh nk pilih ant kaca dan permata kot????:D
Catat Ulasan