Hari Raya Aidiladha dirayakan oleh umat Islam seluruh dunia setiap tibanya tanggal 10 Zulhijjah saban tahun. Ia merupakan hari kebesaran umat Islam disamping Hari Raya Aidilfitri dan perayaan lainnya. Juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji. Lazimnya sambutan Hari Raya Aidiladha dilihat kurang meriah jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri kecuali di beberapa buah negeri (Kelantan misalnya.) Mengapa keadaan ini berlaku?
Aku pernah mendengar satu pandangan tentang Hari Raya Aidiladha. Menurut pandangan tersebut, Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang lebih besar daripadan Hari Raya Aidilfitri. Sebabnya? Kerana beserta Hari Raya Aidiladha, terdapat hari-hari Tasyrik yang mana jika dihitungkira, umat Islam boleh bertakbir raya selama 4 hari. Lalu dengan logik matematik, aku pun menghubungkaitkan ratio takbir dengan sebesar mana perayaan tersebut perlu diraikan.
Namun, relevankah sebuah perayaan itu dinisbahkan dengan alasan sebegitu? Maaf kerana aku tiada jawapan yang pasti oleh sebab kecetekan ilmu agama dalam diri. Bagi aku, kedua-dua perayaan utama dalam kalendar Islam tersebut sama pentingnya. Meriah atau tidak sambutannya bergantung kepada penilaian dan hitungan kendiri. Adakah dihitung dengan banyaknya hari cuti? Atau warna warni pakaian yang baru? Atau sejauh mana penghayatan tentang kisah sejarah yang membawa kepada hadirnya perayaan tersebut?
Sama-sama kita fikirkan.(Apesal ramai suka guna ayat ni ha? Cliche gile.) Bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu Pikirlah Sendiri!"
Teringat suatu masa dahulu menolong jemaah masjid menjayakan upacara korban selepas solat sunat Aidiladha. Semua yang terlibat saling membantu untuk menyelesaikan bebanan kerja. Bak kata pepatah, "Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama dijinjing" Sejauh manakan amalan tolong-menolong dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita? Apa yang aku saksikan hari ini kebanyakannya lebih sesuai dikategorikan "Yang kaya makin kaya, Yang miskin makin melarat"
Dengan tidak semena-mena keluar kepulan awan berhampiran dengan kepala yang menunjukkan sedikit sedutan dari filem 'Antara Dua Darjat' lakonan Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee.
Salam takzim untuk semua.
6 ulasan:
warx,
salam aidiladha...
sudah berkorbankah hari ini? (^_^)
berkorban perasaan..boleh? huahauhua
ye..terkenang satu ketika dulu semasa daku masih single mingle..membantu para jema'ah surau semasa upacara qurban sudah menjadi kelaziman...bersama adik2 wanitaku yg lain, tugas kami specific kpd menimbang daging2, mengira bil. beg plastik dan menguruskannye utk diagihkan kpd peserta qurban dan para jema'ah yg bergotong-royong..
owh, i soo missed that moment!
peh kak..kalau dapat makan daging korban ni..mmg zasss laa..huahuaua
salam aidiladha.
(adus. lewat bape hari ni.)
baca punya sedap, sampai 'sejauh mana penghayatan kisah sejarah' disambung dengan 'sama-sama fikirkan', otak saya yang kacak ni da siap sedia nak baca cerita sejarah kewujudan korban tiba-tiba teramat kecewa kerana encik penulis habis di situ.
berkata ku sekejap 'ala'. tapi takpela eh. sukati penulis la kan nak tulis apa.
hehe.
byk songeh pula saya.
hehe..tett..sang penakluk blog ini memberi peluang kepada blog2 yang lebih arif untuk mengupas tentang isu tersebut..kerana kedangkalan ilmu membuatkan penulisan ini tidak lengkap..huhu
Catat Ulasan