Jumaat, Januari 30, 2009

Bertangguh Itu Pencuri Masa


"Bertangguh Itu Pencuri Masa"


Kata-kata di atas terabadi sebagai mural laluan tangga di Sekolah Rendah Agama Batu Laut dalam tulisan Jawi kira-kira 10 tahun yang lalu. Masihkah di situ tempatnya? Aku pun tidak tahu. Sudah lama tidak menjejak kaki ke sana. Kalau sampai pun, sekadar di perkarangan sekolah melangsaikan tanggungjawab sebagai abang paling mithali menjemput adiknya pulang sehabis kelas pengajian.

Namun kata-kata tersebut terus signifikan dalam kehidupan aku yang masih dan akan terus belajar. Walaupun teori tidak selalu diterjemah menjadi aplikasi, setidak-tidaknya ada waktu yang membuat aku tersedar kepentingan tidak mengamalkan prokrastinasi. Alangkah indah jika semua perumpamaan, pepatah mahupun peribahasa nenek moyang yang baik-baik diamalkan oleh cucu-cucu mereka.

Pagi ini, dengan kegigihan yang tiba-tiba membara, komputer riba dipangku dan tugasan pun dimulai. Aplikasi Remote Desktop memudahkan kerja kerana perisian ANSYS memang tidak dimuat turun dalam komputer peribadi. Maka perjalanan menyiapkan satu tugasan pun berlangsung. Pelbagai bahan rujukan disemak dalam memastikan kelancaran. Akhirnya dengan muka puas hati dan gembira bukan kepalang, tugasan yang diamanahkan akhirnya siap untuk dicetak dan dihantar keesokan harinya.

Maka lapanglah waktu sang pelajar. Jika dibandingkan hari ini dengan seminggu yang lalu, terasa jurang yang begitu jauh, dalam dan gelap. Hari ini seminggu yang lalu adalah momen untuk dilupakan. Kerja tertangguh bertimpa-timpa ditambah rasa cemas tidak tentu hala yang membuat hidup menjadi sukar. Itulah dia penangan menjadi seorang yang bergelar "Mr. Last Minutes".


Resolusinya di sini, janganlah kalian menangguhkan kerja. Ingatlah bahawa waktu itu umpama pedang. Jika anda tidak memotongnya, ia akan menyembelih anda. Hehehe. Renung-renungkan dan selamat beramal.

8 ulasan:

fanramli berkata...

salam.


Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "aku pasti melakukan itu besok pagi." [18:23]


prokrastinasi.

apa eh tu?

Unknown berkata...

"Apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap" (Surah Alam Nasyrah,94: 7-8)

atau dlm kata lain, gambatte ne..chaiyok! ha ha~

Pergh..tapi memang hobby aku la last-minute ni, plus multi-tasking..camne tu? orang kate, nak uji limitasi diri??

p/s:'limitasi' ni macam agak ke'indon'an la..haha

Tanpa Nama berkata...

fan: prokrastinasi itu adalah procrastination yang saya cuba melayukan. maksud dia ape ek? lbh kurg suke lengah2 kerja ar..dlm french x tau plak istilah dia.. je te laisse..hikhik

zul: tu ar zul, kerje last2 minit ni mmg best gak kadang2..tp hidup x penah tenang la sbb keje x siap lg..sbb ko duk jakarta, aku guna la limitasi yg agak ke'indon'an itu..kalo ko duk banting, aku guna limitation..sbb org banting sume ckp guna english..huahuahua

AmiE berkata...

salam.

patut buat entry ni ms ko 1st year dkt us nun di barat itu..jd sedar lebih awal sikit.;p

atau lebih baik lg sblm aku mula cuti.ni dh terlewat.haha

Tanpa Nama berkata...

haha..at least aku buat gak kan amie..ko balik msia ke ape?

AmiE berkata...

mana ade balik.aku duduk dkt sini membuang ms.haha.kalo entry ko ni awal sikit bole la aku siap2 buat note utk sem depan.dh la ulang crite twilight 20 kali.lol.

Tanpa Nama berkata...

sbg seorg yg suke mencuri mase akk pun insaf dgn entry awk nih dan terjemahan ayat2 al-Quran oleh komentator yg lain membuatkan akk tersentak "ish, zuhur tak solah lg ni.."
hayya 'alas solah..hayya 'alal falah..

p/s:oleh itu, jgnla kamu menangguh2 utk mskkan kakakmu ini kari ketam krn pabile kamu sudah pulang for good nanti, maka meleleh saje air liurku mengenangkannye..=p

Tanpa Nama berkata...

haha..kak, tunggu sy mintak resepi dr mama sy dulu..dah lama x masak ni, ntah ape jadi kang.. =P